Proton sasar 4,000 sebulan

Orang ramai melihat demonstrasi kenderaan baharu Proton pada Pameran Kejuruteraan Proton di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mac - Proton Holdings Bhd. (Proton) menjangka model terbaharunya, P3-21A akan terjual sebanyak 4,000 buah sebulan selepas pelancarannya yang dijangka pada hujung bulan ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model itu yang dibangunkan dengan penerapan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian antarabangsa, mampu menarik perhatian pembeli selepas pengenalannya.
Malah katanya, harga yang diletakkan juga adalah kompetitif berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk yang ditampilkan.
"Pengenalan P3-21A merupakan langkah awal kami untuk memasuki pasaran Asia dan seterusnya antarabangsa
"Oleh itu, ciri yang diterapkan haruslah menepati keperluan antarabangsa. Kita tidak boleh berharap jualan di pasaran domestik semata-mata," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Katanya, model terbaharu itu merupakan kereta pertama keluaran Proton yang menggunakan teknologi 'pembentukan menerusi tekanan panas'.
Jelasnya, melalui model tersebut, Proton juga berhasrat meluaskan pemasarannya ke negara-negara Asia Tenggara, China serta Australia.
Sepanjang berlangsungnya POWER OF 1 dari 14 Mac hingga 18 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil, Proton menyasarkan mampu mencatatkan 1,000 tempahan bagi model baharu tersebut.
Proton sasar 4,000 sebulan

Oleh AHMAD FADZIL ZAINOL ARIFFIN
bisnes.utusan@gmail.com

Related Posts :INFO BUSINESS

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin