TPM mahu jentera sokong siapa saja calon BN




KUALA LUMPUR 18 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan padu kepada siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ini kerana kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan amat bergantung kepada sokongan jentera parti dan apa yang penting ialah kemenangan parti, bukannya calon yang bertanding.
"Bila sampai masanya pucuk pimpinan membuat keputusan siapa calon yang akan diletakkan di kawasan kita, tentulah keputusan itu tidak dibuat dengan terburu-buru dan pastinya ia pilihan yang terbaik.
"Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan UMNO, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN," katanya.
Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan (WP) berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihan raya Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Berucap di hadapan lebih 3,000 anggota UMNO WP, Muhyiddin berkata, memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan dalam waktu terdekat, jentera parti WP juga perlu menggiatkan usaha untuk menemui seberapa ramai pengundi bagi mendapatkan sokongan mereka. - BERNAMA


Related Posts :INFO politik

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin