Daftar segera dengan MyIPO
Daftar segera - MyIPO
KUALA LUMPUR – Badan Kutipan Royalti di negara ini dikehendaki mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) segera bagi mengelak dikenakan denda sebanyak RM500,000 selepas Peraturan Pendaftaran Badan-badan Kutipan Royalti diwartakan Jun ini.
Ia ditetapkan hasil pertemuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan penggiat-penggiat seni kreatif bagi membincangkan draf peraturan-peraturan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan 2010) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran itu bertujuan supaya aktiviti dan sistem pengurusan royalti diurus lebih telus dan adil.
“Badan-badan yang ada boleh mula mendaftar segera bagi mengelak didenda.
“Kita juga telah menetapkan hanya badan-badan yang mempunyai lebih daripada 50 orang artis yang bernaung di bawah mereka boleh mendaftar,” katanya selepas pertemuan tersebut.
Comments
Post a Comment