teknik POLLARDING DAN CANTUMAN DEWASA


Pokok buah-buahan yang telah tua, iaitu berumur lebih dari 20 tahun, di mana hasilnya walaupun banyak tetapi saiz buahnya kecil ataupun mempunyai kualiti buah yang tidak baik, boleh dilakukan pemulihan dengan membuat pollarding dan cantuman dewasa.  Tujuan membuat pollarding dan cantuman dewasa adalah untuk:-
  • Memperolehi generai pertumbuhan pokok yang baru
     
  • Boleh memulihkannya dari baka yang tidak baik kepada klon-klon yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dengan membuat cantuman dewasa
     
  • Memperolehi kualiti buah yang baik
     
  • Pertumbuhan pokok yang dibuat cantuman dewasa akan tumbuh lebih sihat disebabkan sistem pengakaran pokok yang ekstensif
     
  • Pokok akan mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding jikalau kita membuat penanaman semula anak pokok buah-buahan.  Bagi tanaman mangga, rambutan, pulasan dan limau bali, ianya mula mengeluarkan hasil dari tahun kedua manakala tanaman durian, pokok mula mengeluarkan hasil dari tahun ketiga.

Untuk pokok yang sesuai
Untuk tanaman rambutan, mangga, pulasan, jambu batu dan limau bali.
Pokok yang berasal dari biji benih ataupun yang mempunyai mutu hasil yang rendah boleh dibuat pollarding dan dicantum dengan baka yang terpilih.  Kebiasaannya pokok seperti rambutan, mangga dan lain-lain lagi, pokoknya terlalu tinggi dan sukar untuk memetik buah.  Apabila memetik buah, ada yang tertinggal dan menjadi busuk serta kering di atas pokok.  Oleh itu tanaman tersebut perlu dibuat pollarding bagi merendahkannya sehingga ke paras 3 meter.
Setelah selesai pollarding, dahan-dahan atau ranting-ranting di dalam kanopi pokok perlu dibuang dengan seimbang supaya persekitaran dalam kanopi pokok mempunyai pengudaraan yang baik.  Bagi tanaman durian (ditanam dari biji benih) yang telah mengeluarkan hasil di antara umur 6-7 tahun di mana citarasanya tidak baik boleh dibuat pollarding dan dicantum dengan klon yang baik / terpilih.
Masa dan keadaan yang sesuai untuk membuat pollarding:
  • Pada musim hujan
  • Keadaan pokok sihat dan tidak berpenyakit
Untuk tanaman seperti rambutan, mangga, pulasan, jambu batu, limau bali:
Tunas baru akan mula tumbuh selepas 1 bulan dipangkas.  Setelah tunas-tunas baru ini berumur 2-3 bulan adalah sesuai untuk dibuat cantuman menggunakan matatunas dari baka yang terpilih.  Kaedah cantuman mata tunas dijalankan untuk tanaman jenis ini.
Untuk tanaman durian, tunas baru akan mula tumbuh selepas 2 bulan dipangkas.  Setelah tunas baru ini berusia satu bulan atau mempunyai 2-3 helai daun cantuman bolehlah mula dijalankan.  Cantuman baji ataupun teknik cantuman straw/tiub boleh dilakukan.
Penjagaan pokok selepas pollarding / cantuman dewasa:
  • Mengecat Bahagian Keratan
    Bekas keratan hendaklah disapu dengan cat bagi mengelakkan bahagian keratan menjadi buruk
  • Penjagaan Tunas Cantuman
    Tuna baru perlu dijaga dengan rapi, kerana ianya mudah patah dan merupakan tunas tumpangan pada pokok tersebut.
Teknik mempercepatkan pembesaran tunas cantuman
Tunas yang telah berjaya dicantum dan telah mencapai ketinggian 30 cm, baja NKP hijau ataupun baja tunggal yang mempunyai nisbah NPK yang agak sama dengan NPK hijau ditabur di sekeliling pokok yang telah dibuat pollarding.  Baja tunggal Triple Super Phophaste (TSP) adalah disyorkan sebagai gantian kepada rock phosphate ini kerana TSP adalah mudah larut air.  Baja tambahan seperti baja nitrophoska follar boleh disembut bagi mempercepatkan lagi pembesaran tunas cantuman.
Tunas cantuman yang diberi baja foliar didapati membesar hampir dua kali ganda berbanding dengan tunas cantuman yang tidak diberi baja foliar.
Pengeluaran hasil
Pokok buah-buahan yang telah dibuat pollarding dan cantuman dewasa akan mula mengeluarkan buah dari 1-3 tahun bergantung kepada jenis pokok buah-buahan.

 
 































Related Posts :Info Agroculture

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin