Pengundi muda kini bersama kita - Khairy













KUALA LUMPUR 13 Mei - Sokongan golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin padu terutama terhadap politik khidmat bakti yang dilaksanakannya selama ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu merangkumi penyediaan peluang pekerjaan dan pinjaman perumahan yang telah memberi kesan baik kepada kebajikan golongan itu serta mengubah persepsi mereka terhadap parti dan perikatan tersebut.
"Kita menyediakan platform yang baik untuk orang muda dalam meningkatkan kehidupan mereka berbanding pembangkang, yang tidak menyumbang sebarang inisiatif kepada golongan itu.
"UMNO dan BN akan lakukan sebaik-baiknya untuk memastikan sokongan golongan itu semakin meningkat kepada kita. Ia termasuk memperluaskan lagi program seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN yang amat memanfaatkan kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi karnival itu.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, golongan muda kini semakin pandai menilai dan tidak akan sesekali tertipu dengan pembangkang yang hanya pandai menabur janji.
"Mereka menilai apa yang kita buat dan apa yang pembangkang buat, saya tak mahu riak bahawa kita akan menang kerana segala-segalanya terpulang kepada pengundi.
"Kami hanya memberi khidmat dan membantu golongan muda, insya-Allah mereka akan menghargai pengorbanan kita," katanya.
Menurut Khairy, UMNO menerima kira-kira 1,000 penyertaan baru sepanjang tiga hari karnival itu, kebanyakannya adalah golongan muda.
Karnival kerjaya yang dikunjungi lebih 30,000 pencari kerja itu telah menyediakan 40 tapak yang dikendalikan syarikat-syarikat ternama, kementerian dan agensi-agensi kerajaan.



Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin