PRU-13: Pemuda UMNO Pahang hantar 7 nama






















KUANTAN 14 Mei - Pemuda UMNO Pahang menghantar tujuh nama daripada 14 bahagian di negeri ini untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Abu Jimi Samat berkata, senarai kali ini adalah paling ramai berbanding antara tiga hingga empat nama sebelum ini, kepada Pemuda UMNO Pusat.
Beliau berkata, penambahan calon daripada Pemuda itu adalah sebagai persediaan untuk memperbanyakkan calon-calon pelapis.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya senarai nama yang dihantar tidak terpilih, ia bukan penghalang untuk Pemuda terus mengorak langkah demi kepentingan bersama.
"Bagi nama yang tidak terpilih sebagai calon nanti tidak bermakna mereka tidak layak memandangkan penentuan calon yang sesuai di kalangan terbaik antara yang terbaik merupakan perkara yang sukar," katanya.
Sehubungan itu, bagi wakil Pemuda yang tidak terpilih diharap tidak kecewa dengan pemilihan yang dibuat nanti dan terus menumpukan usaha perjuangan parti.
Pada pilihan raya umum 2008, calon Pemuda UMNO Pahang yang terpilih ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, ADUN Bukit Ibam, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz, ADUN Panching, Datuk Zaili Besar dan ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail. - BERNAMA
Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin