Rezeki jus mengkudu
KOTA BHARU 17 April - Kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang mungkir janji untuk membeli daun dan buah mengkudu yang diusahakannya, Wan Salamah Zakaria, 59, dari Kampung Lancang, Ketereh dekat sini, nekad memproses sendiri bahan tersebut untuk dijadikan minuman kesihatan.
Berkat kesabaran dan kesungguhannya, Wan Salamah, ibu tunggal kepada sembilan orang anak, akhirnya mampu mengeluarkan jus mengkudu menggunakan jenama De Salama sejak lima tahun lalu.
Pemilik syarikat SM Positif Enterprise yang berpangkalan di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu memberitahu, pada awalnya syarikat hanya mampu menghasilkan 200 botol jus mengkudu untuk kegunaan pesakit kencing manis dan darah tinggi sekitar kawasan kampungnya.
Bagaimanapun berdasarkan sambutan menggalakkan penduduk, pihaknya telah meningkatkan pengeluaran dan sehingga kini mampu menghasilkan kira-kira 5,000 botol jus berkenaan sebulan bergantung kepada tempahan yang diterima.
"Saya mendapati kesihatan pesakit yang meminum jus berkenaan semakin bertambah baik dan keadaan itu mendorong saya untuk meningkatkan pengeluaran produk," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jika saya mahu membeli buah mengkudu boleh..? Lokasi pengkalan Chepa padang tembak
ReplyDelete