Tidak ambil tindakan ke atas Trio Datuk ‘T’ Anwar ibarat ‘telanjang’













Tidak ambil tindakan ke atas Trio Datuk ‘T’ Anwar ibarat ‘telanjang’ ALOR GAJAH 13 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Trio Datuk ‘T’ yang mendedahkan video seks yang mengaitkan dirinya dianggap sanggup ‘telanjang’ di hadapan rakyat. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tindakan berdiam diri Ketua Pembangkang itu juga jelas menunjukkan bahawa video yang didedahkan tahun lalu itu terbukti benar dan tidak dapat disangkal lagi oleh pihak pembangkang. “Video yang didedahkan Trio Datuk ‘T’ memperlihatkan kejatuhan moral pemimpin pembangkang (Anwar) dan tidak boleh dinafikan lagi oleh mereka. “Dia sepatutnya malu untuk berdiri di hadapan rakyat dan menabur pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan sedangkan diri sendiri terpalit dengan isu keruntuhan moral yang memalukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, biarpun video berkenaan telah disahkan tulen oleh pakar dalam dan luar negara, Anwar sehingga kini tidak berani untuk menafikan apatah lagi bersumpah atau mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim. Jelas beliau, rakyat khususnya penyokong pakatan pembangkang seharusnya sedar dan harus menolak kepimpinan Anwar dan sekali gus membubarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seringkali menggunakan pendekatan agama dalam kempen politiknya untuk meraih sokongan rakyat. “Mereka ini berlagak seperti orang alim, tokoh agama dan pejuang bangsa semata-mata untuk mengaburi mata rakyat tetapi memiliki nilai moral dan akhlak yang teruk," katanya. Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) merasmikan Bengkel Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Paya Lebar di sini yang turut dihadiri Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zulkarnaini.



Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV