UMNO Pulau Pinang tidak setuju tindakan Perkasa GEORGETOWN



















UMNO Pulau Pinang tidak setuju tindakan Perkasa GEORGETOWN 14 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri. UMNO dan Perkasa adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow. Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang tidak dipersetujui oleh BN. Katanya tindakan Perkasa boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu seringkali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan. Lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lepas bagi mendesak Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA
Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin