Kelantan diberi 21 hari siasat dakwaan penyelewengan KGT








BACHOK 24 Jun - Kerajaan Pas Kelantan diberi tempoh selama 21 hari untuk menyiasat secara terperinci dakwaan wujud penyelewengan dalam pengurusan pentadbiran Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT), syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SS) untuk membuat siasatan berhubung dakwaan tersebut yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini, sekiranya kerajaan negeri gagal menjalankan siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu hendaklah didedahkan secara telus kepada rakyat.

"Seandainya rakyat masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan hasil laporan siasatan itu, Kementerian Kewangan tidak teragak-agak untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya.





Related Posts :Info isusemasa

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin