Saya ada peminat sendiri - Mizz Nina























MENDENGAR sahaja bait-bait lagunya yang sering disiarkan di corong-corong radio tempatan, mungkin kita sendiri menyangka penyanyi yang menyanyikan lagu Inggeris ini bukan penyanyi tanah air.


Sebutan serta cara penyampaiannya begitu bersahaja dan boleh dikatakan kita bagaikan mendengar lagu itu dinyanyikan oleh artis-artis terkenal luar negara seperti Lady Gaga, Madonna dan Salena Gomez.

Namun jangan terkejut kerana penyanyi yang dimaksudkan itu adalah dari Malaysia yang dikenali sebagai Mizz Nina.
Figura yang bernama Mizz Nina ini sememangnya tidak putus-putus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang mampu dibanggakan oleh dirinya serta para peminat muzik di Malaysia.
Namun, selepas mengecapi kejayaan demi kejayaan, ada juga suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa genre lagu yang diketengahkan oleh Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman ini tidak boleh diterima oleh pendengar serta penggemar muzik tempatan berbanding peminatnya di luar negara.
Alasannya, lagu serta penyampaian yang dibawa oleh Mizz Nina terlalu ke arah genre muzik Barat dan langsung tidak mengetengahkan budaya serta muzik tempatan.


"Saya tidak kisah apa orang nak kata, yang penting saya tahu apa yang saya lakukan selama ini dan sejauh mana muzik saya boleh pergi dan diterima peminat di sini," jelas Mizz Nina.
"Sekiranya lagu saya tidak diterima, kenapa single saya yang berjudul With You yang dimuatnaik di laman Youtube pada bulan Februari lalu mendapat 6,000 penonton pada minggu pertama, malah dalam tempoh tiga minggu sahaja dah ada 40,000 orang penonton.
"Paling mengejutkan saya lagu terbaru saya bersama penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (USA), Flo Rida berjudul Take Over, klip video lagu ini telah dirakamkan di Miami sebelum ini dan selepas di muatnaik dalam Youtube seramai, 1,449,274 penonton telah dicatatkan pada minggu pertama.
"Genre muzik yang saya ketengahkan ini sebenarnya mempunyai pengikut serta peminatnya yang tersendiri, biarkan sahaja apa yang orang mahu kata, janji saya tahu apa yang saya lakukan," kata Mizz Nina.
Tambah penyanyi ini lagi, matlamatnya hanya satu iaitu berjaya dalam bidang seni suara di dalam negara seterusnya menempa nama di luar negara sebaris dengan penyanyi-penyanyi tersohor yang lain.
"Sebelum mencipta nama di negara orang mestilah tempa nama di tempat sendiri terlebih dahulu dan saya juga berharap agar peminat tempatan terus menyokong saya.
"Saya terlalu berharap agar industri muzik kita terus berkembang maju supaya orang luar boleh menerima muzik kita. Jika kita terus berada di takuk lama dan tidak berani untuk keluar, industri muzik kita akan terus ke belakang dan akan ketinggalan. Apa yang penting kita mesti berani mencuba sehingga berjaya.
"Selepas raya nanti saya akan mengadakan siri jelajah ke negara-negara Asia untuk mempromosikan album Take Over, antaranya Singapura, Jepun, Hong Kong dan Jakarta," jelas Mizz Nina.
Rancang KeluargaMenyentuh mengenai cahaya mata, Mizz Nina yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh pada 1 Julai ini memberitahu buat masa ini, dia belum bersedia untuk mempunyai anak.
"Saya memang impikan untuk memilikki cahaya mata, tetapi biarlah projek album ini selesai terlebih dahulu.
"Insya-Allah, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan berusaha untuk memiliki cahaya mata tahun hadapan," katanya.
Bagaimanapun, Mizz Nina mengharapkan peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kehidupannya.
Jelas Mizz Nina, selepas berumah tangga, kehidupannya kini lebih terurus berbanding ketika zaman bujangnya.
"Kehidupan saya sekarang memang lebih terurus berbanding sebelum ini. Walaupun saya dan Noh sibuk dengan kerjaya, namun kehidupan berkeluarga membawa erti yang lain pada kami berdua.
"Kami akan melakukan tugas yang sepatutnya kami lakukan sebagai suami isteri. Kerjaya bukan penghalang untuk saya dan Noh hidup bahagia seperti pasangan lain," jelas Mizz Nina.
Album BaruKejayaan yang diraih menerusi album solo pertama, What You Waiting Forsememangnya memberi suntikan semangat buat MIzz Nina untuk tampil dengan album keduanya, Take Over yang dilancarkan pada awal Jun.
Menganggap album pertama sebagai batu loncatan untuk melebarkan sayap dalam industri hiburan tanah air dan luar negara, Mizz Nina kini lebih berani mengetengahkan muzik yang lebih mantap dan segar.
Ternyata, muzik dan lagu yang dibawa dalam album kedua ini lebih bertenaga dengan sentuhan komposer dan kolaborasi penyanyi hebat yang diakui mampu memberi impak yang luar biasa.
"Dalam album ini, saya masih bekerjasama dengan produser, Colby O'Donis (Amerika Syarikat), di mana dia juga telah membantu saya dalam single, What You Waiting For.
" Dalam Take Over, terdapat dua single dari sentuhannya iaitu Hit Me Up dan Cup Of Love. Lagu yang dihasilkan olehnya cukup hebat dan saya yakin ia mampu menghiburkan pendengar serta peminat saya di sini," katanya.


DOWNLOAD MIZZNINA PICTURE

DOWNLOAD 309pc picture from library







Related Posts :Info gambar artis

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin