KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebanyak 81 kes penipuan peraduan gores dan menang dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM649,025. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abu Samah Shabudin berkata, daripada jumlah itu hanya 10 peratus mangsa yang tampil membuat aduan. “Tiga cara digunakan sindiket ini untuk menipu mangsa iaitu menerusi rayuan, ugutan dan desakan. “Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket gores dan menang yang dikesan cuba mempengaruhi masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di Bukit Bintang, KL Sentral, di hadapan bank-bank, di stesen monorel dan pusat beli-belah di sekitar ibu kota," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Forum Kepenggunaan Penipuan Internet Terjebak atau Tamak di sini hari ini. Forum itu dibarisi ahli panel daripada pelbagai agensi dan pertubu...