kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA
Tujuh warga asing ditahan terlibat kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA
SHAH ALAM 21 Julai - Polis menahan tujuh warga asing semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri barang kemas berlian dianggarkan bernilai hampir RM2 juta dari seorang wanita Hong Kong di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mereka yang terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk seorang wanita, dua anak beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada pukul 2.25 petang.
Polis turut merampas 309 pelbagai jenis barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta daripada mereka, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Tun Hishan berkata, dua daripada mereka iaitu lelaki Colombia berumur 29 tahun dan wanita Uganda, adalah pelajar di dua kolej swasta di Selangor, dan yang lain terdiri daripada pelancong.
Kesemua mereka yang berumur antara 25 hingga 48 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat awam, katanya. - BERNAMA

Comments
Post a Comment