TKC Herbal Nursery himpun 800 herba


LADANG herba yang dibangunkan hasil bantuan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan memfokuskan tanaman Belalai Gajah.
MINATNYA dalam bidang penyelidikan herba telah mendorong Tiang Koon Cheng, 70, terlibat secara aktif dalam perusahaan tanaman itu secara berskala besar.
Bermula sebagai kakitangan kilang memproses produk herba di Singapura pada tahun 1969, dia cuba mempelajari seberapa banyak ilmu berkaitan tumbuhan berkhasiat tersebut.
Dia kemudiannya mengambil inisiatif menjalankan kajian sendiri berkaitan pelbagai jenis herba di beberapa kawasan hutan sekitar Malaysia.
Hasil penyelidikannya, Koon Cheng telah menghasilkan buku rujukan secara manual yang mengandungi maklumat lengkap tentang herba pada tahun 1984.
Bukan setakat itu, dia menubuhkan pula ladang herba miliknya sendiri yang diberi nama TKC Herbal Nursery Sdn. Bhd. pada tahun 2005 di daerah Pusat Pertanian Pantai Baru, Jelebu, Negeri Sembilan.
Antara pokok herba yang ditanam adalah seperti belalai gajah, misai kucing, terung belanda, ara tanah, raja burung dan pecah beling.
''Ketika itu, masih belum ramai ahli masyarakat yang mengetahui tentang kebaikan serta khasiat tumbuhan herba.
''Namun, selepas ramai yang mencuba dan mendapat hasil positif apabila penyakit mereka seperti buah pinggang, hati serta kanser semakin sembuh, permintaan terhadap herba ini telah meningkat.
''Disebabkan itu, harga herba-herba ini terutama daun belalai gajah dijual pada harga yang sangat tinggi iaitu sekitar RM1 untuk sehelai daun,'' katanya pada program lawatan Jabatan Pertanian bersama wartawan MEGA, Utusan Malaysia ke Negeri Sembilan baru-baru ini.
Sehingga hari ini, ladangnya mempunyai lebih 800 spesies pokok herba bernilai tinggi.
Melihat kesungguhan Koon Cheng, pada tahun 2011, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah menawarkannya menyertai program bantuan petani herba.
''Untuk projek bersama Jabatan Pertanian ini, saya memberi fokus kepada herba belalai gajah dan misai kucing,'' jelasnya.
Menurutnya, pokok-pokok berkenaan yang mengambil masa selama tiga bulan untuk dituai mempunyai jangka hayat boleh mencecah empat tahun jika dijaga dengan baik.
Penjagaannya juga mudah iaitu hanya perlu dibaja dan disembur racun serangga sebulan sekali selain ia jarang diserang penyakit.
Di ladang tersebut, dia menghasilkan sekitar 400 kilogram (kg) daun herba dalam masa sebulan.
Daripada segi pasaran pula, daun-daun herba tersebut banyak di eksport ke negara-negara seperti Indonesia, Amerika Syarikat, China, Jerman, Hong Kong, Taiwan dan India.
Bagi menggalakkan golongan masyarakat menambah pengetahuan berkaitan herba, Koon Cheng ada menyediakan kursus setiap hujung minggu di ladangnya dengan sasaran peserta daripada golongan pelajar.

Maklumat lanjut mengenai TKC Herbal Nursery Sdn. Bhd. boleh diperolehi daripada laman web www.yikpohling.com,
 hubungi talian  06-6773085  atau  016-6666516  (Alvin).
sector pertanian herba


Related Posts :Info BioTech, info business,

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin