Koperal R Subramaniam diserang bertalu-talu

Kena serang bertalu-talu


Ismail berkata  sesuatu kepada  Subramaniam ketika melawat  anggota polis itu yang cedera ditembak di PPUM, semalam. - Foto Mim Fadlizal Rozaiman























Ismail berkata sesuatu kepada Subramaniam ketika melawat anggota polis itu yang cedera ditembak di PPUM, semalam. - Foto Mim Fadlizal Rozaiman

Petaling Jaya: "Sepanjang 31 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya ditembak penjenayah,” kata Koperal R Subramaniam, 52, yang parah di perut selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini kelmarin. Risiko anggota polis
Dia yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berkata walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah.
“Ia pengalaman tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Inilah risiko dihadapi pegawai dan anggota polis setiap hari dalam melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, Subramaniam berkata, dia dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, sedang meronda di Jalan Kuchai Lama sebelum terserempak sebuah kereta PROTON Saga dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Suspek kemudian diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, namun tidak diendahkan sebelum mereka memecut melarikan diri sehingga di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama. Ketika cuba mendekati kereta itu, seorang daripada mereka mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah kami.

Tembakan bertalu-talu
“Bimbang keadaan lebih teruk, kami membalas tembakan dan mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah, dalam keadaan agak kelam kabut itu, kumpulan penjenayah terus melepaskan tembakan bertalu-talu dalam cubaan melarikan diri,”
"Saya tidak sedar terkena tembakan sehingga berasa sakit di perut dan melihat uniform berlumuran darah. Ketika itu juga saya lihat Azlan rebah dengan leher berlumuran darah. Secara kebetulan seorang anggota forensik dalam perjalanan ke rumah melalui tempat kejadian dan dia membawa kami ke hospital," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin