10,000 bekas askar diminta daftar


KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Kira-kira 10,000 veteran tentera tidak berpencen di negeri ini belum mendaftar dengan Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) sejak ia ditubuhkan 3 Julai lalu.
Yang Dipertua PVTTB Cawangan Terengganu, Alias Abd. Razak berkata, sehingga kini, hanya 2,000 daripada 12,000 veteran tentera tidak berpencen yang telah mendaftar bersama persatuan itu.
Sehubungan itu katanya, PVTTB cawangan Terengganu menyeru mereka yang berkenaan menyertai persatuan tersebut selain turut menggalakkan mereka menganggotai Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB).
"Kita harap, mereka yang belum mendaftar segera berbuat demikian bagi membolehkan PVTTB mengenal pasti masalah yang dihadapi anggota tentera tidak berpencen, sekali gus memudahkan kita menyalurkan bantuan kerajaan kepada mereka yang layak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Alias, kesemua anggota tentera yang belum mendaftar boleh menghubungi ketua yang dilantik di setiap daerah bagi mendapatkan borang dengan dikenakan bayaran pendaftaran RM10 sebagai ahli dan bayaran RM50 untuk yuran seumur hidup.
Tambahnya, terdapat lapan ketua dilantik mewakili lapan daerah iaitu Mohd. Zuki Ngah (013-9289220) di Kuala Terengganu, Mohamad Embong (011-14949019) di Kuala Nerus, Mohd. Salleh (013-9185089) di Marang, Jusoh Muda (013-9901524) di Dungun, Hamzah (013-9725342) di Kemaman, Rahim (016-9397184) di Setiu, Rosli Ismail (010-9030045) di Besut dan Zainuddin (012-9553329) di Hulu Terengganu.
"Kita harap dengan maklumat ini dapat memudahkan mereka menghubungi persatuan memandangkan kita juga dalam proses memberi bantuan apabila tidak lama lagi kerajaan akan menyalurkan pemberian RM1,000 secara one-off kepada bekas tentera yang berkhidmat kurang 21 tahun dan tidak menerima pencen.
"Pembayaran itu akan diagihkan bermula awal Januari depan dengan lokasi pertama di Parlimen Bagan Datoh, Perak dan diikuti negeri-negeri lain," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus KVTTB, Mohd. Zaki Mohd. Ali berkata, untuk menjadi ahli koperasi KVTTB, bayaran pendaftaran sebanyak RM10 dikenakan manakala bagi unit saham, minimum sebanyak RM100.






Related Posts :Isu Rakyat,

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin