Caj letak kereta di Kampung Baru jadi rungutan



ORANG ramai tidak ada pilihan selain terpaksa membayar caj RM5 bagi meletakkan kenderaan di kawasan persendirian di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Caj parkir RM5 yang dikenakan kepada pengunjung di kawasan letak kereta persendirian di Kampung Baru dianggap sebahagian pengunjung sebagai membebankan.
Caj tersebut bagaimanapun dilihat masih relevan bagi sesetengah pihak jika dibandingkan caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan letak kereta di dalam bangunan atau kawasan lain.
Tinjauan Utusan Malaysia ke Kampung Baru baru-baru ini mendapati, hampir empat buah kawasan letak kereta persendirian mengenakan caj sebanyak RM5 untuk sekali masuk kepada pengguna.
Terdapat di antara mereka yang menyewa kawasan kosong daripada pemilik tanah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat letak kereta.








Related Posts :Suara Rakyat,

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin