Lebuh raya milik ah long?



SELAIN iklan pinjaman wang, iklan kelas tuisyen dan iklan membeli kenderaan terpakai turut menjadikan tiang jejambat MRR2 berdekatan Zoo Negara di Hulu Klang, Selangor sebagai tempat mempromosi perkhidmatan mereka.




KUALA LUMPUR 14 Nov. - 'Jejambat ah long'. Mungkin itu gelaran yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dilakukan oleh ah long-ah long terhadap jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR) 2.
Ini kerana boleh dikatakan setiap tiang jejambat lebuh raya itu, terutama yang merentasi kawasan Hulu Klang, dipenuhi dengan iklan berbentuk sticker bersaiz besar.
Malah, bukan iklan ah long saja yang menempati tiang-tiang itu, iklan kelas tuisyen, perkhidmatan sewa lori, mengubah suai dan mengecat rumah, dan membaiki penyaman udara juga dilekatkan.
Fenomena ini semakin membimbangkan kerana sekarang saiz iklan yang ditampal lebih besar untuk menarik perhatian ramai dan boleh dilihat dari jauh.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jumlah iklan-iklan haram itu semakin meningkat. Bukan sahaja ditampal pada tiang-tiang jejambat, tembok konkrit dan lampu trafik juga menjadi mangsa pihak tidak beradab itu.
Kertas iklan yang digunakan jelas berkualiti tinggi sehingga sukar untuk dikoyakkan.
Seorang penghantar surat, Syaiqol Fadli Ibrahim, 23, yang diminta pandangannya meminta pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini.
"Mereka turut menampal iklan pada papan tanda jalan. Saya bekerja sebagai penghantar surat, jadi nak mencari jalan agak sukar kerana papan tanda jalan telah ditampal dengan iklan-iklan.
"Kalau boleh pihak berkuasa jangan berlembut. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini ingin mempromosikan perkhidmatan mereka dengan cara mudah, dan ada yang menipu. Ini memburukkan pemandangan negara kita," katanya.
Seorang peniaga, Ina Mat Saad, 31, pula berkata, gejala tersebut bukan sahaja mencemar pemandangan tetapi turut merosakkan imej pihak berkuasa negara ini pada pandangan mata masyarakat dan pelancong asing.
"Kadang-kadang, saya mengoyakkan iklan-iklan tersebut yang ditampal berhampiran dengan premis perniagaan saya. Gejala ini tidak boleh dibiarkan di negara kita," katanya.
Juruelektrik, Masrizan Dasuki, 30, pula menyatakan dia tidak nampak masalah itu akan selesai kerana perbuatan tersebut tetap berulang dan pihak tidak bertanggungjawab itu sentiasa berdegil.
"Setiap kali pihak berkuasa mengadakan operasi pembersihan membanteras gejala iklan haram ini pada mulanya ia berjaya mengurangkannya, tetapi selepas itu iklan kembali ditampal sehingga tiada kesudahan," ujarnya.



P/S:BUKAN LEBUH RAYA JER DIMANA-MANA PUN ADA.ACTUALLY PEKERJA KERAJAAN TAKUT NAK TANGKAP AH LONG .POLIS ATAU DBKL MPSJ-TAK CAYA TENGOK JER NAMA JALAN SEMUA DITAMPAL NYA.APAPUN RAKYAT KENA LEBIH BERSUARA YANG MANA RAKYAT ADA HAK TANGKAP MANA2 INDIVIDU YANG MEROSAKKAN HARTA AWAM.DIMANA ADA AKTA YANG BOLEH MENAHAN MEREKA YANG MEROSAKKAN HARTA AWAM"JENAYAH VANDALISM"









Related Posts :Info Jenayah,

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin