Pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei melakar nama sebagai pemain negara paling berjaya selepas memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia dengan bergaya untuk kali kesembilan di Stadium Putra di Bukit Jalil di sini hari ini. Pada perlawanan akhir, pemain berusia 30 tahun yang merupakan pilihan utama dan juara bertahan dengan mudah menyingkirkan cabaran pemain pilihan kelapan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan 21-7 dan 21-8 hanya dalam masa 32 minit. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei memecah rekod Wong Peng Soon yang menjuarai perseorang lelaki kejohanan itu sebanyak lapan kali iaitu pada tahun 1940, 1941, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952 dan 1953. Terdahulu, lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium kecewa apabila beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kalah 13-21 dan 18-21 d...