FAMA sasar jualan RM1.5b tahun ini


Badruddin Amiruldin (depan, tengah) beramah mesra dengan penerima cek Program Kukuh FAMA di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.
BUKIT MERTAJAM 7 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan sebanyak RM1.5 bilion melalui hasil jualan di pasar tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) sepanjang tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sasaran itu realistik dengan perkembangan tiga cabang perniagaan utama itu yang menjana pendapatan lumayan kepada usahawan FAMA di seluruh negara.
Selain itu, menurutnya, menjelang 2014 juga pihaknya merancang membuka 1,000 buah pasar tani, 1,000 buah GBBS, 1,000 buah AKR serta 1,000 usahawan bermotosikal di seluruh negara bagi memenuhi kehendak pelanggan.


"Saya rasa sasaran untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM1.5 bilion boleh dicapai kerana FAMA sentiasa meningkatkan usaha mendapatkan usahawan baru serta membuka lebih banyak peluang perniagaan melalui pasar tani, GBBS, AKR dan usahawan bermotosikal.
"FAMA juga sentiasa menyuntik budaya niaga dalam kalangan usahawan agar perniagaan mereka lebih berkembang serta tidak berada di takuk lama selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Projek-Projek Utama FAMA 2013 di Seberang Jaya di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pasar Tani FAMA, Rosilawati Abu Hassan dan Pengarah FAMA Pulau Pinang, Habibah Sulaiman.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin