Mesin bakar sate tanpa asap mudah alih
Penjual sate juga perlu membalikkan sate, merenjis minyak dan juga mengipas bara arang di pembakar sate.
Ini menyebabkan hingga kini tiada lagi penjual sate yang beroperasi di dalam bangunan seperti gerai atau kiosk di pusat bel-belah.
Semua 'masalah' ini memberi idea kepada Abdul Rahim Md. Tahir, pensyarah bidang teknologi kimpalan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Batu Pahat, Johor, untuk menghasilkan mesin pembakar sate atau Satay Port.
"Saya terpanggil menghasilkan Satay Port yang boleh digunakan di dalam bangunan tertutup kerana tidak mengeluarkan asap," katanya semasa ditemui di Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Cyberjaya baru-baru ini.
Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi European Welding Specialist dan International Institute Welding specialist.
Hasilnya sate yang dibakar tidak hangus dan hitam yang kaya dengan karbon sebaliknya lebih bersih kerana tidak perlu kipas yang menyebabkan habuk arang terbang, jatuh dan melekat pada sate.
TercabarAbdul Rahim sedikit pun tidak tercabar apabila ada yang bertanya sama ada sate yang dibakar menggunakan Satay Port masak atau sedap.
"Biasanya apabila ada yang bertanya, sate yang dibakar menggunakan mesin saya ini masak atau tidak, saya akan bakar dan beri mereka rasa sendiri dan beritahu saya hasilnya.
"Mungkin mereka lihat tidak ada kesan karbon di sate tapi kalau kita selidik, kesan karbon tadi tidak elok untuk kesihatan," katanya
Mengenai keenakan sate yang dibakar menggunakan Satay Port, Abdul Rahim berkata, rasa sate adalah subjektif dan bergantung kepada pembuatnya.
"Saya hanya mereka mesin membakar sate bukannya mencipta resipi sate yang enak," katanya.
Lebih menarik, Satay Port rekaan Abdul Rahim boleh membakar 800 cucuk sate dalam masa sejam tanpa henti dengan seorang operator.
"Pengguna hanya perlu meletakkan sate di atas tali sawat yang disediakan dan sate akan bergerak ke dalam tempat pembakar, naik ke bahagian atas dan akan jatuh dalam masa tiga saat.
"Proses berkenaan untuk satu pusingan hanya mengambil masa 3.5 minit dan tidak memerlukan tenaga mahir untuk membakar, membalikkan dan mengipas arang," katanya.
Lebih mudah, pengguna tidak perlu membalikkan sate tadi kerana terdapat pemanas di kedua-dua bahagian atas dan bawah.
Sate yang berada di atas tali sawat akan bergerak ke atas sebelum jatuh di atas dulang yang disediakan.
Menurut Abdul Rahim, bagi pelanggan yang mahukan sate lebih masak atau garing, mereka boleh mengubah kelajuan tali sawat.
"Pelanggan yang mahukan sate lebih garing boleh menaikkan suhu pemanas," katanya.
Satay Port yang beratnya hanya 17 kilogram (kg) amat sesuai untuk mereka yang berniaga di pasar malam atau kiosk pusat beli-belah.
Ciptaannya ini telah dipatenkan tahun lepas dan mendapat tempahan bukan saja di dalam negara malah sehingga ke Brunei.
"Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak dapat memenuhi semua tempahan kerana saya membinanya secara manual tanpa menggunakan mesin," katanya.
Comments
Post a Comment