F1: Hamilton sambar petak depan Grand Prix China








SHANGHAI 13 April - Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menyambar petak pertama pada Grand Prix Formula Satu China sebentar tadi, meninggalkan pemandu Lotus, Kimi Raikkonen di tempat kedua.
Ini merupakan petak depan ke-27 dalam karier Hamilton, juara dunia 2008, sekali gus meletakkan pemandu Britain itu sebagai pilihan untuk memenangi perlumbaan sebenar esok.
Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mencatat masa ketiga terpantas, manakala juara dunia, Sebastian Vettel dari Red Bull hanya akan memulakan saingan esok dari petak kesembilan selepas memilih untuk mengharungi sesi kelayakan dengan perlahan tetapi menggunakan tayar pertengahan yang lebih tahan lama berbanding tayar lembut yang digunakan Hamilton.
Rakan sepasukan Vettel, Mark Webber tidak beraksi pada sesi kedua kelayakan kerana masalah bahan bakar. - REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV