Lebih 10,000 hadiri hari kemuncak Karnival My3L

Muhyiddin Yassin mencuba melukis kaligrafi Cina semasa melawat tapak pameran selepas merasmikan Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Orang ramai teruja dapat melihat secara lebih dekat watak robot Transformer, Bumble Bee yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L, Peringkat Nasional yang dirasmikan oleh Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
SHAH ALAM 16 Nov. - Usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) melaksanakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di negara ini wajar dipuji apabila berjaya menarik minat lebih 10,000 orang ramai untuk hadir pada hari kemuncak karnival PSH yang diadakan di sini hari ini.
Karnival My3L yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah selaras dengan Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional 2011-2020 bagi memastikan negara berupaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam usaha mencapai status negara maju.
Malah Karnival My3L yang diadakan mengikut enam zon yang bermula di Kuching, Sarawak pada Mac lalu dan yang terakhir di Shah Alam hari ini, diwujudkan dengan matlamat menjadikan PSH sebagai satu budaya dalam kalangan rakyat selain menarik mereka untuk menyertai program tersebut yang melibatkan latihan dan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Bagi pasangan adik beradik, Sarina dan Sabrina Sarsan, mereka gembira dapat hadir pada karnival itu yang disifatkan sebagai satu usaha yang amat baik dalam memastikan rakyat negara ini mendapatkan peluang pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masing-masing.
Sarina dan Sabrina yang masing-masing berusia 27 dan 23 tahun itu menyatakan, mereka sanggup datang dari Tawau, Sabah hanya semata-mata untuk hadir ke Karnival My3L di Shah Alam, Selangor dan melihat sendiri peluang yang boleh diceburi mereka.
"Memang tidak dinafikan karnival ini telah membuka mata kami dan barangkali kepada orang lain juga bagaimana untuk mendapatkan peluang pembelajaran yang boleh memberi keuntungan kepada kehidupan masing-masing.
"Pembelajaran sepanjang hayat ini tidak hanya terhad kepada setakat pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang, tetapi boleh digunakan untuk menjana pendapatan seperti seni gubahan, fesyen, persembahan pentas, kejuruteraan dan sebagainya," kata mereka ketika ditemui di sini.
Pandangan yang sama turut dinyatakan Sapiah Piei, 38, yang menyatakan umur tidak menghalang seseorang itu untuk terus menimba ilmu dalam sesuatu perkara.
Beliau yang mengikuti kursus jahitan di bawah GiatMara mengakui latihan yang diterima adalah benar-benar memberi perubahan kepada kehidupannya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah JPKK, Amir Md. Noor ketika berucap pada majlis penutup Karnival My3L yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses yang berterusan bermula manusia itu lahir dan terhenti apabila seseorang itu meninggal dunia.
Menurutnya, bagi pelaksanaan PSH, pihaknya memberi tumpuan kepada golongan yang sedang bekerja bagi memperluaskan peluang mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran baharu.
Selain itu, Karnival My3L yang dianjurkan JPKK turut menaja akhbar Mingguan Malaysia melibatkan jumlah tajaan sebanyak RM20,000.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV