Penjaga hati ,cinta dan cintamati

Ayat ni pelik tapi baca gambar tu.semua orang pasti pernah rasa macam tu.betapa susah nya untuk menjaga hati seseorang.
Terkadang dalam menjaga hati seseorang.seseorang itu terpaksa merendahkan diri dan maruahnya demi menjaga hati.Hanya untuk menjadi yang lebih baik.walaupun dia tahu dirinya hanya orang biasa sahaja.
Menjaga hati pasangan nya umpama seorang raja atau permaisuri.
Terkadang usaha tu mendapat balasan sebaliknya.sebab kerana pasangan anda tidak memahami niat anda dan usaha anda.erti kata lainnya pasangan anda menilai anda dari segi luaran tidak menilai hati.maka usaha itu akan sia-sia sahaja.
Anda boleh cuba atau berusaha bermacam-macam..buat dirinya. Tapi ia tetap tidak dapat memuaskan hati pasangan anda.
Mungkin waktu tu anda akan rasa terkilan hati atau terguris perasaan.itu lah lumrah manusia.manusia itu tak sempurna.ada manusia yang suka marah-marah sahaja dan suka komplen sana sini sebab orang itu hanya nak sembunyikan keburukkan nya yang mana dirinya tak sempurna.manusia jenis ini akan suka melihat diri orang lain,jenis cemburu,dan irihati.kalau jumpa yang jenis ni tahan jer lah sedaya mampu.
Sebab dalam bercinta tak semestinya bersatu.sebab bukan mudah untuk menjaga hati memelihara cinta.cinta tu lahir dari hati jadi kenalah jaga hati.jangan marah-marah,mudah merajuk,kena sentiasa bersikap positif ,sebab kematangan fikiran membawa kebahgiaan bersama.cinta tu hanya sebuah perasaan yang boleh disemai.jadi apa pun usaha lah.
Andai sudah habis daya anda untuk memelihara cinta.bila timbul tanda-tanda ,si dia berubah sikap,dingin,sering marah-marah macam orang gila,tidak hormat lagi pada anda sebagai pasangan nya.Jangan lah anda bersedih dan ragu-ragu.sudah tertulis dalam aliran hidup anda bahawa dia bukan cinta anda.lepaskanlah untuk dia mencari bahagianya sendiri bersama orang lain yang dia suka .sebab dalam hidup nya sudah tiada erti cinta bersama anda.

Mungkin ada kebaikan disebalik keburukan.kena positif kan diri dengan lebih berani.Kena yakin suatu masa anda akan bertemu dengan lebih sempurna.

P/s:bercinta tak semestinya bersatu.hidup adalah umpama ujian dalam menyempurnakan kehidupan.belajar dari kesilapan,tak semestinya anda rebah tewas hati ini anda tertewas selamanya.kena lah yakin dengan hidup.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin