. *SEJARAH PENANAMAN PADI DI SEMENANJUNG MALAYSIA* Kegiatan penanaman padi di Malaysia, terutama sekali di Semenanjung Malaysia dikarakteristikkan sebagai elemen ekonomi tradisional berbanding dengan sektor-sektor lain yang lebih dinamik dan komersil. Tradisional di sini bermaksud 1. padi ditanam sekali setahun; 2. wujud pengasingan jantina – kaum lelaki membajak tanah manakala kaum wanita menanam dan menuai padi; 3. menggunakan alatan dan kaedah yang antik. Kegiatan menanam padi juga mewujudkan kepelbagaian adat mengikut tempat. Adat-adat setempat ini wujud kerana beberapa faktor; 1. keadaan tanah; 2. keadaan cuaca dan hujan; 3. topografi; dan 4. keadaan infrastruktur pengairan. Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke 10 di Sungai Muda dan Sungai Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Cara dan kaedah pertanian di kawasan-kawasan ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh Thai. Kemudian, penanaman padi dipraktik...