Jenayah peniagaan online
🔰 🔰 🔰 🔰
PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen: 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:
Seksyen 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau
(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.
Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.
Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.
Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.
Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.
Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.
Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.
Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.
Saya mengharapkan kita sebagai pengguna mestilah senantiasa berhati-hati dalam menjalankan urus niaga secara on-line, jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan, selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara, janganlah cepat sangat rambang mata dan menyesal kemudiannya, diharap maklumat ini dapat membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan dengan sebaiknya.
Comments
Post a Comment