Tarik pelabur
Kelebihan tarik pelabur Najib Tun Razak bersama Mohamed Dzaiddin Abdullah (dua dari kiri) memegang buku Powering Business Sustainability sambil diperhatikan oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz (kiri), Dr. Nik Ramlah Mahmood dan Yusli Mohamed Yusoff pada majlis pelancaran Pengukuhan Program untuk Penguasaan Perniagaan Korporat Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 23 Nov. - Syarikat yang menyepadukan tanggungjawab sosial dan strategi perniagaan mempunyai kelebihan untuk menarik lebih ramai pelabur. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat kajian yang menunjukkan hubung kait positif di antara amalan kemampanan syarikat dengan prestasi harga saham. "Ukuran pelaburan ketika ini mula berubah apabila pelabur lebih memberi fokus kepada kualiti berbanding kuantiti. "Pelaburan bertanggungjawab sosial seperti penjagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus digabungkan dengan petunjuk kewangan yang kukuh dikenal pasti sebagai peluang pelabur...