Khalwat: Pelantikan pendakwa dibantah
Khalwat: Pelantikan pendakwa dibantah KANGAR 12 Jan. - Kes seorang isteri yang ditangkap khalwat bersama pasangan bukan Islam pada hari jadinya September 2009 akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 22 Februari ini. Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut selepas Harlina Harun, 33, hari ini mengemukakan bantahan terhadap pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim dan Pendakwa Syarie, Ahmad Zaini Shamsudin dalam kes tersebut. Harlina yang diwakili oleh peguam syarie, Zulmi Sabri mengemukakan bantahan atas alasan pelantikan Ahmad Fikri adalah tidak sah berdasarkan Seksyen 58(2) dan 78(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006. Mahkamah juga diberitahu bahawa pelantikan Ahmad Zaini sebagai Pendakwa Syarie adalah bertentangan dengan Seksyen 78(2) enakmen tersebut dan Seksyen 183(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perlis 2006. Berikutan itu, dakwa Harlina, pelantikan Ahmad Zaini di bawah peruntukan 184(1) Enakmen Tatacara Je...