filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan
filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen. PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak. Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka. Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton). Antaranya, gamba...