Perjanjian majukan sektor pertanian Sabah
Yahya Husin (lima dari kiri) bersama Dr. Maximus Johnity Ongkili (empat dari kiri) bersama Ketua setiausaha MOSTI, Datuk Madinah Mohamad (tiga dari kiri) wakil syarikat yang menandatangani MoA dan MoU bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. SABAH telah dikenal pasti sebagai tapak perintis pelaksanaan beberapa program yang membabitkan kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerajaan negeri. Ia termasuk beberapa projek perintis selain projek-projek pertanian yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat dan rakyat negeri itu. Ekoran itu beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program berkenaan. Ia membabitkan MOSTI menerusi agensi-agensinya yang telah menandatangani MoU dan dua MoA berkenaan dengan Kerajaan Negeri Sabah. Memorandum pertama adalah antara Mimos Berhad (Mimos) dengan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) bagi progr...