Posts

Showing posts with the label Info LuarNegara

9 maut pemandu amuk langgar pejalan kaki

Image
NEW DELHI 25 Jan. - Seorang pemandu bas yang mengamuk, memandu kenderaan tersebut secara melulu dan melanggar pejalan kaki, menyebabkan sembilan terbunuh dan 27 lagi cedera di bandar Pune, barat India, hari ini. Pesuruhjaya Polis Pune, Meeran Borwankar berkata, suspek, Santosh Mane adalah pekerja perkhidmatan bas milik kerajaan negeri Maharashtra. Menurutnya, Mane membawa bas itu keluar daripada terminal dan mengamuk selama 30 minit dengan merempuh kawasan sesak yang dipenuhi orang ramai. Sekurang-kurangnya 40 kenderaan turut rosak dan 27 mangsa yang cedera telah dihantar ke tiga hospital di bandar itu. "Anggota polis turut bertindak menembaknya untuk memberhentikan bas terbabit tetapi tidak berjaya. "Beberapa orang awam kemudiannya menaiki bas itu ketika ia dipandu perlahan dan memaksa suspek memberhentikan kenderaan terbabit," kata Borwankar. Mane ditahan polis dan punca kejadian masih disiasat. - DPA

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran

Image
Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin. – AGENSI JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam. Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata. Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003. “Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abza

60 dikhuatiri maut tanah runtuh di Papua New Guinea

Image
Pandangan udara menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus kawasan hutan, – REUTERS SYDNEY 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tanah runtuh di pedalaman Papua New Guinea, ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur, semalam. Kejadian di Nogoli, tengah Papua New Guinea itu berlaku berhampiran projek besar gas asli cecair ExxonMobil di selatan negara tersebut. Menurut media Papua New Guinea, 40 mayat telah ditemui dan 20 lagi masih hilang. Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan, Martin Mosi berkata, bilangan yang terkorban dalam bencana itu mungkin lebih ramai, tetapi menegaskan pihaknya masih belum dapat mengesahkan angka sebenar. “Anggota kami kini dalam perjalanan ke tempat kejadian dan kami akan mendapat gambaran yang jelas tidak lama lagi. “Namun yang pastinya, ia adalah bencana tanah runtuh yang besar dan meliputi kawasan yang luas,” kata Mosi. Perdana Menteri Peter O’Neill dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kejadian. Gamba

AS tekad halang nuklear Iran

Image
WASHINGTON 25 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, penyelesaian masih boleh dicapai secara aman dalam konfrontasi antarabangsa dengan Iran berhubung program nuklearnya tetapi beliau enggan menolak tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan. Kenyataan Obama itu membayangkan kesempatan untuk diplomasi semakin terhad, terutamanya ketika Iran sudah mengancam untuk menutup Selat Hormuz iaitu laluan utama bagi bekalan minyak dunia, ekoran sekatan antarabangsa yang semakin ketat dihadapinya. Masyarakat antarabangsa sudah mengatasi perbalahan (berhubung isu Iran) dan kini bersepakat mengenai langkah untuk menyekat cita-cita nuklear Iran, kata Obama dalam ucapan tahunannya kepada anggota kedua-dua dewan Kongres AS, malam tadi. Kesepakatan tersebut dicapai menerusi 'kekuatan diplomasi kita', kata Presiden itu, tanpa menyentuh kenyataan bahawa Rusia dan China terus berkeras menentang tindakan untuk memperketatkan sekatan ke atas Teheran. "Amerika

Tenis: Sharapova kalahkan Kvitova untuk mara ke final

Image
click on picture to view slides MELBOURNE 26 Jan. - Bekas juara Maria Sharapova mengalahkan pemain kedudukan kedua Petra Kvitova dalam tiga set untuk layak ke final Terbuka Australia. Pemain berasal dari Rusia itu menewaskan Kvitova 6-2, 3-6, 6-4 dan akan menentang pemain Belarus, Victoria Azarenka. - AFP

Mesir tahan penerbangan Libya Airlines

Image
KAHERAH 26 Jan. – Penemuan satu objek yang disyaki bom mengakibatkan penerbangan sebuah pesawat Libya Airlines dibatalkan, semalam. ‘Objek besi’ itu ditemui beberapa minit sebelum pesawat 203 ke Tripoli berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir. “Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, sepasukan pakar bom dan pengawal keselamatan di bawa ke dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan. “Namun, tiada apa yang ditemui dan pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kesemua 75 penumpang pesawat tersebut,” kata pegawai lapangan terbang. Menurut beliau, pesawat tersebut ketika ini ditahan di Kaherah sehingga siasatan selesai. – AFP

Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati

Image
GENEVA 26 Jan. – Ketua Bulan Sabit Merah Syria ditembak mati di utara bandar Idlib, Syria kelmarin, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam. “Abdulrazak Jbero ditembak mati ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Idlib dan motif pembunuhan sedang disiasat. “ICRC mengutuk pembunuhan itu di mana ia menunjukkan Syria masih tidak menghormati pasukan perubatan,” kata Ketua Operasi ICRC Asia Barat, Beatrice Megevand-Roggo. – REUTERS

Banduan Kyrgyzstan mogok lapar, jahit mulut

Image
BISHKEK, Kyrgyzstan 26 Jan. – Lebih 1,000 banduan di penjara Bishkek, Kyrgyzstan menjahit mulut mereka dalam satu protes yang diadakan di situ semalam. Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 7,000 banduan yang mengadakan mogok lapar sebagai membantah keadaan di penjara berkenaan. “Seramai 1,197 banduan menjahit mulut mereka sebagai sokongan kepada mogok lapar sementara 6,600 yang lain enggan menjamah sebarang makanan yang disediakan pihak penjara,” kata Ketua Timbalan Penjara, Kuanyshbek Kenebayev. – AFP

Angelina stres mengarah filem

Image
ANGELINA JOLIE LOS ANGELES - Aktres jelita, Angelina Jolie mengakui berdepan dengan tekanan perasaan semasa penggambaran filem pertama arahannya, In the Land of Blood and Honey. “Saya sering mengalami masalah emosi semasa membuat penggambaran filem itu kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Saya berasa kecil hati dan tidak yakin boleh mengarah filem tersebut,” katanya kepada laman contactmusic.com. Jolie juga memaklumkan tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pengarah. “Saya tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang pengarah filem, saya hanya mahu menceritakan kisah ini dan akhirnya secara tidak langsung saya menjadi pengarah,” kata Jolie. Filem arahan dan ditulis oleh Jolie mengisahkan mengenai percintaan seorang lelaki warga Serbia dengan seorang wanita Bosnia beragama Islam meniti era perang Balkan dari tahun 1992 hingga 1995. Filem itu turut menampilkan beberapa barisan pelakon antaranya, Zana Marjanovic, Gor

OIC bimbang kempen anti-Islam

Image
JEDDAH 20 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menyuarakan kebimbangan berhubung kenyataan retorik anti-Islam yang dibuat ketika kempen pilihan raya Parlimen dan Presiden yang sedang hangat berlangsung di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah. “Situasi Islamofobia yang semakin meningkat dalam politik Barat kini amat membimbangkan OIC,” kata Setiausaha Agungnya, Ekmeleddin Ihsanoglu. Parti-parti sayap kiri radikal kini semakin mengukuhkan kedudukan di Parlimen Austria, Bulgaria, Denmark, Hungary, Belanda, Sweden, Perancis dan Parlimen Eropah. Kumpulan pelampau berhaluan kanan anti-Islam seperti Liga Pertahanan Inggeris (EDL) di Britain dan CasaPound di Itali juga semakin mendapat sokongan ramai. Mereka semua berkongsi agenda anti-Islam yang mengancam masyarakat Islam daripada mengamalkan ajaran agama dan meningkatkan lagi kemungkinan diskriminasi. AS juga tidak terkecuali menunjukkan tanda-tanda ‘permusuhan’ terhadap Islam dan penganutnya wala

Iran tutup kedai patung Barbie

Image
TEHERAN 21 Jan. – Polis Iran bertindak menutup berpuluh-puluh kedai yang menjual patung Barbie sebagai sebahagian daripada usaha menyekat budaya Barat. Agensi berita Mehr melaporkan, polis merampas patung-patung Barbie itu kerana etika pemakaiannya yang mengenakan pakaian renang dan skirt pendek, sedangkan wanita di negara ini perlu memakai purdah. Larangan penjualan patung Barbie telah dikuatkuasakan di Iran sejak pertengahan 1990-an. – AGENSI link main website 

50 masih hilang dalam tragedi kapal Costa Concordia

Image
PASUKAN penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa-mangsa kapal Costa Concordia yang karam di perairan Itali, semalam. - AFP AFTER ON TRAGEDY TIME BEFORE PULAU GIGLIO, Itali 15 Jan. - Satu pasangan berbulan madu dari Korea Selatan diselamatkan hari ini dari sebuah kapal persiaran Costa Concordia yang melanggar batu dan terbalik di perairan dekat pantai barat Itali, tetapi tiga orang disahkan maut dan sekurang-kurangnya 50 lagi masih hilang. Pasukan penyelamat juga sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan seorang lagi mangsa yang dikesan terperangkap di dalam kapal Costa Concordia. Dua penumpang Perancis dan seorang krew rakyat Peru disahkan terbunuh, dipercayai setelah terjun ke perairan Mediterranean yang sejuk selepas kapal yang membawa lebih 4,000 orang itu melanggar batu pada malam semalam dan mula terbalik. "Operasi ini berisiko tinggi, kapal itu berada di perairan sedalam hanya 30 meter tetapi boleh perlahan-lahan hanyut ke laut dan tenggelam

ASEAN digesa bincang Spratly

Image
MANILA 15 Jan. - Filipina menggesa ASEAN mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan isu berhubung pertikaian Kepulauan Spratly yang dituntut oleh China dan empat negara anggota pertubuhan itu. Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, beliau telah meminta rakan sejawatnya daripada ASEAN untuk menyokong cadangan Filipina itu ketika mesyuarat tahunan di Kemboja minggu lalu. "Manila bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada sidang itu nanti," kata del Rosario. Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak. Kepulauan yang terletak di kawasan laluan laut yang sibuk dan dan kaya dengan sumber perikanan itu turut dituntut oleh China dan Taiwan. Ramai bimbang pertikaian tersebut bakal menjadi punca kepada peperangan terbaru di Asia. "Satu resolusi mengenai konflik itu perlu diwujudkan berdasarkan undang-undang antarabangsa yang diterima se

Kanak-kanak mangsa kegawatan ekonomi

Image
Kegawatan ekonomi membuatkan keluarga ini tidak berumah dan tinggal dalam kereta. KETIKA ibunya duduk di pusat perlindungan di pinggir bandar Miami sambil bercakap mengenai bagaimana dia sedang bergelut dengan masalah ekonomi dan hilang kepercayaan terhadap sistem politik Amerika Syarikat (AS), Aeisha Touray , 3, menjeritkan sesuatu yang bunyinya seolah-olah slogan baru gerakan bantahan Pendudukan Wall Street. "Berani sungguh awak!" jerit kanak-kanak itu secara tiba-tiba sambil menyorong kereta mainannya di atas meja bilik persidangan Pusat Perlindungan Chapman Partnership di Miami, kawasan kejiranan yang dikuasai penduduk kulit hitam.

Semangat Piala FA mampu julang Blues

Image
LONDON - Pembantu jurulatih Chelsea, Roberto di Matteo percaya persembahan baik dalam Piala FA bakal membantu musim Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Skuad Blues mara ke pusingan keempat dan akan menentang sama ada QPR atau MK Dons selepas menang 4-0 ke atas Portsmouth di Stamford Bridge semalam. Kemenangan semalam bermakna skuad Andre Villas-Boas memulakan tahun baru dengan dua kemenangan berturut-turut selepas menamatkan 2011 dengan pencapaian kurang memuaskan. Ia menyebabkan pengurus Blues itu hampir berputus ada dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Kemenangan ke atas Portsmouth, iaitu lawan yang dikalahkan Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA 2010 di Stadium Wembley, membolehkan Blues kembali ke landasan di Stamford Bridge, ekoran kekalahan 1-3 pada aksi terakhir di padang sendiri kepada Aston Villa. Juan Mata memecah kebuntuan jaringan dengan skuad Pompey pada awal babak kedua namun terpaksa menunggu pada lima minit terakhir perlaw

Kapal Rena putus dua dipukul ribut

Image
Kapal kontena 'Rena' putus dua selepas dipukul ribut di Tauranga, semalam. Kapal itu telah tersadai di situ sejak 5 Oktober lalu setelah terlanggar terumbu karang. - AFP WELLINGTON 8 Jan. - Sebuah kapal kargo yang terkandas dan menyebabkan pencemaran maritim terburuk di New Zealand pada tiga bulan lalu, terbelah dua akibat dipukul ribut hari ini. Kejadian itu sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai krisis alam sekitar terbaru di negara tersebut. Sepasukan pembersih minyak dan pakar hidupan liar telah dikerah ke kawasan kejadian apabila minyak mulai keluar dari kapal Rena yang tersangkut di terumbu karang Astrolabe yang terletak 22 kilometer dari pesisiran pantai North Island sejak 5 Oktober lalu. Aktiviti perkapalan juga dilarang di kawasan itu ekoran hampir 300 kontena dihanyutkan dari bangkai kapal itu yang berkemungkinan akan terbalik. Kini Rena terbelah dua dengan jarak 20 hingga 20 meter selepas dilanda ombak kuat setinggi tujuh meter. Komander Mar

Barat diberi amaran jangan campur tangan pilihan raya Rusia

28/11/2011 2:32am MOSCOW 28 Nov. - Perdana Menteri, Vladimir Putin hari ini memberi amaran kepada negara-negara barat untuk tidak campur tangan dalam pilihan raya Rusia yang akan datang. Pengumuman itu dibuat selepas beliau bersetuju bertanding sebagai Presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada bulan Mac depan. Putin berkata, sebarang usaha dari kuasa-kuasa barat untuk membangkitkan rasa tidak puas hati bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya adalah tidak berguna. Kata beliau dalam satu mesyuarat parti United Rusia, negara-negara asing membayar beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk mempengaruhi perjalanan kempen pilihan raya Rusia. - AFP

Tiga anggota polis cedera ditembak pengganas Boko Haram

28/11/2011 2:32am KANO 28 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk tiga anggota polis mengalami kecederaan selepas ditembak oleh beberapa ahli kumpulan pengganas Boko Haram ketika menyerang sebuah balai polis, bank dan bar, semalam. Seorang pegawai kanan Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria di Geidam berkata, lelaki-lelaki bersenjata itu melakukan serangan bom dan senjata api ke atas sebuah balai polis dan bar di bandar Geidam, 160 kilometer dari Damaturu. “Tiga anggota polis mengalami luka tembakan dan seorang penduduk tercedera semasa lari menyelamatkan diri,” katanya. Tambahnya, keempat-empat orang itu kini sedang dirawat di hospital. - AFP

Palestin mohon campur tangan PBB batal sekatan Israel

Image
Palestin mohon campur tangan PBB batal sekatan Israel 22/11/2011 3:21am

4 syarikat penerbangan dilarang guna ruang udara Eropah

Image
4 syarikat penerbangan dilarang guna ruang udara Eropah 22/11/2011 11:52am BRUSSELS 22 Nov. - Kesatuan Eropah semalam menyenaraihitam empat syarikat penerbangan dari Filipina, Honduras, Republik Congo dan Demokratik Congo daripada menggunakan ruang udara di 27 buah negara anggota pertubuhan tersebut.