Posts

Showing posts with the label info business

FAMA sasar jualan RM1.5b tahun ini

Image
Badruddin Amiruldin (depan, tengah) beramah mesra dengan penerima cek Program Kukuh FAMA di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam. BUKIT MERTAJAM 7 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan sebanyak RM1.5 bilion melalui hasil jualan di pasar tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) sepanjang tahun ini. Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, sasaran itu realistik dengan perkembangan tiga cabang perniagaan utama itu yang menjana pendapatan lumayan kepada usahawan FAMA di seluruh negara. Selain itu, menurutnya, menjelang 2014 juga pihaknya merancang membuka 1,000 buah pasar tani, 1,000 buah GBBS, 1,000 buah AKR serta 1,000 usahawan bermotosikal di seluruh negara bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Zulkifli Haron (kuih pau vending machine)

Image
Zulkifli Haron menunjukkan cara menggunakan mesin 'vending' pau ciptaannya dibengkel Zull Design Autotronic (ZDA), di Sungai Choh, Rawang, Selangor baru-baru ini. ASALNYA bukanlah mahu mencipta kelainan namun kerana menyahut cabaran yang dilontarkan oleh seorang sahabat, 'MacGyver' Malaysia atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Haron memerah otak menghasilkan sebuah mesin runcitan atau menjual (vending) kuih pau. Pasti anda biasa menggunakan mesin menjual (vending) untuk membeli air minuman sama ada di dalam tin mahu pun botol. Namun kini anda jangan terkejut kerana sedikit masa lagi anda juga boleh membeli kuih pau siap dipanaskan menerusi mesin yang sama. Berkonsep untuk memudahkan orang ramai menikmati pau yang masih panas dan segar, Zulkifli mengambil masa berbulan-bulan memikirkan cara mudah untuk menghasilkan mesin tersebut. Pemilik syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) tersebut berkata, bukan tiada syarikat luar negara yang boleh menghas

FRIM hasilkan biodiesel

Image
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. abd. LAtif Mohmod (tiga dari kanan) melihat penggunaan minyak biodiesel yang dihasilkan daripada pokok jarak pagar. INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Setiu berjaya menanam 6,000 pokok jarak pagar (Jatropa curcas) dan kini dalam persiapan untuk menanamnya secara besar-besaran. Projek perintis penanaman pokok jarak pagar, yang turut dikenali sebagai pokok Barbados Nut, Purging Nut dan Black Vonit Nut, telah dimulakan pada 2009. Dengan perkembangan itu, Frim bercadang untuk mendapatkan sekeping tanah yang luas daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membolehkan projek berskala besar itu dijalankan. Pegawai Penyelidik FRIM stesen Setiu, Rosdi Koter berkata, Terengganu mempunyai kira-kira 71,000 hektar tanah bermasalah di sepanjang pantai yang terbiar tanpa sebarang aktiviti pertanian komersial. "Tanah itu dikategorikan sebagai mempunyai tahap kepanasan melampau dengan 99 peratus kandungannya adalah silika dan satu

Mesin bakar sate tanpa asap mudah alih

Image
Satay Port mudah alih sesuai digunakan di dalam bangunan kerana bersih dan tidak mengeluarkan asap. BIASANYA sate akan dibakar di kawasan terbuka menggunakan arang bukan saja kerana asap tetapi juga habuk dan minyak yang mungkin terpercik. Penjual sate juga perlu membalikkan sate, merenjis minyak dan juga mengipas bara arang di pembakar sate. Ini menyebabkan hingga kini tiada lagi penjual sate yang beroperasi di dalam bangunan seperti gerai atau kiosk di pusat bel-belah. Semua 'masalah' ini memberi idea kepada Abdul Rahim Md. Tahir, pensyarah bidang teknologi kimpalan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Batu Pahat, Johor, untuk menghasilkan mesin pembakar sate atau Satay Port. "Saya terpanggil menghasilkan Satay Port yang boleh digunakan di dalam bangunan tertutup kerana tidak mengeluarkan asap," katanya semasa ditemui di Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Cyberjaya baru-baru ini. Beliau pernah mendapat pen

Mesin ais krim goreng

Image
UNTUK ruangan inovasi kali ini, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) menampilkan mesin aiskrim goreng semiautomatik. Mesin berkenaan kelihatan sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya. Hanya seorang tenaga manusia boleh menghasilkan lebih kurang enam keping aiskrim dalam tempoh seminit. Dengan ini, ia terbukti berkesan lebih cepat berbanding dengan proses secara manual dan hasil yang jauh lebih kemas dan bentuk yang lebih cantik. Masalah yang biasa didengari oleh pihak pengusaha ialah kebanyakan daripada mereka tidak cukup tenaga untuk menekan roti. Cara tersebut memerlukan tenaga yang agak kuat untuk membolehkan dua belah roti tersebut bercantum dengan elok tanpa terbuka. Seterusnya, permintaan yang terlalu banyak tidak dapat dipenuhi dan disiapkan secepat mungkin. Dengan itu pengusaha terpaksa menolak tempahan yang berpotensi dan tidak dapat mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat lebih tinggi. Maka, di atas

Scalogel

Image
Dr. Mohd Effendy Ab Wahid (kanan) dan Thirukanthan Chandra Segaran bersama anugerah masing -masing selepas memenangi pingat emas pada pameran BioInnovation di ibu negara baru-baru ini. ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan. Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya. Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan. Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka. B

Healen

Image
BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan. Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba,  Healen  merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Kajian yang dilakukan dalam penghasilan  Healen  mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai  biophenolic oitment  mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia. Menurut penyelidik Institut Biosains (IBS),

Tebu telur untuk air

Image
Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik. ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda. Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi  Hamizar Ramli , 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982. Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008. Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya. ''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

Itik penelur

Image
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas. Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur. ''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Image
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini. Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan. Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya. Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Ancaman siput gondang emas

Image
Seorang petani menunjukkan telur siput gondang emas kepada Dr. Ahmad Ismail (kanan) baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Ismail, serangan siput gondang emas memberi kesan secara langsung kepada petani. Hal demikian kerana petani terpaksa menanggung beban upah, racun, benih, membajak semula sawah dan baja bagi melaksanakan proses menanam semula padi yang telah musnah. "Kos yang ditanggung kadang-kala mencecah RM500 hingga RM 1000 bagi satu petak sawah. "Subsidi kerajaan yang diperoleh didapati tidak mencukupi untuk menanggung kos kerosakan akibat serangan siput gondang emas," ujarnya. Menurut Dr. Ahmad, kos mengusahakan sawah padi kini tidak menentu bergantung kepada keadaan musim. "Jika tiba musim hujan, kos pengurusan air akan meningkat di samping serangan siput yang begitu banyak di dalam sawah," katanya. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh penyelidik

Ladang Anggur Silverlake

Image
Sebuah ladang anggur di Silverlake berlatarbelakangkan bukit. MENJEJAKKAN kaki ke ladang anggur seluas 500 ekar ini, bagaikan berada di sebuah taman fantasi ala Belanda. Ia begitu mendamaikan. Bukan sahaja bau harum bunga-bungaan menggoda jiwa dan perasaan tetapi kehijauan alam semula jadi di sekitar Silverlake membuatkan hati benar-benar terpaut. Buat seketika, lupakan sebentar cuaca panas di Thailand yang mencecah sehingga 42 darjah Celcius. Ini kerana suasana romantis yang menyerap di segenap sudut ladang anggur ini, dapat dirasai. Silverlake menjadi sebuah taman anggur yang begitu indah sekali hingga menjadi tarikan utama pelancong di Pattaya. Menariknya, jika dilihat di sekeliling ladang anggur ini, ia bagaikan satu taman tema yang diwujudkan khusus untuk penggambaran filem. Ini tidak mustahil kerana Silverlake dibuka atas inisiatif seorang pelakon ternama negara gajah putih itu, Supansa Nuangphirom, yang cukup gah sekitar tahun 1980-an. Bahkan, ladang anggur

Belalai gajah

Image
ambar SHAHJEHAN MD AMIN Daun belalai gajah yang dipetik dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk. SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010. Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja. Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini. Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan

Lembu Korban Untuk Dijual Sempena Aidil Adha

Image
click gambar untuk download e-file Related Posts :info business, Info Niaga,

Pertanian lestari

Image
Spesies lebah dan kelulut merupakan agen penting dalam proses pendebungaan tumbuh-tumbuhan. Pada masa sama, terdapat banyak juga spesies serangga akan pupus sebelum ia dapat kenal pasti dan direkodkan kewujudannya akibat aktiviti pembangunan kawasan hutan. Serangga boleh ditemui dalam pelbagai jenis habitat. Malah jangan terkejut jika fakta menunjukkan kebanyakan serangga berkongsi habitat dengan manusia. Sama ada di halaman rumah atau pun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung atau tidak terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi pula mendapati terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 mentadak, 20,000 belalang, 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal, Program Pengurusan dan Penggunaan Sumber Biologi Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, Institut Penyelidik

Makanan Segera

Image
Mohd. Helmi boleh berbangga dengan penghasilan pelbagai produk sejuk beku keluaran syarikat FaSFoods milik keluarganya. “PADA mulanya saya hanya memberi rakan-rakan di jabatan mencuba sos spaghetti yang dicipta sendiri dan membawanya ke pejabat. “Tidak sangka mereka memberi maklum balas yang positif terhadap masakan tersebut dan sekali gus mengesyorkan supaya saya mengkomersialkan kepada seluruh kakitangan di MARDI. “Apabila memikirkan sambutan dan permintaan yang tinggi daripada mereka, secara tidak langsung membuka mata saya untuk cuba lakukan secara sejuk beku dan jual apabila ada permintaan sahaja," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Bermula daripada jualan secara kecil-kecilan kepada kakitangan MARDI, Mohd. Shaari Nordin, 63, melihat resipinya itu boleh diperkenalkan kepada orang ramai menerusi promosi kepada pasaran yang lebih luas.

Syarikat jongkong emas diserbu di jalan kuchai lama

Image
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Sebuah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. yang dipercayai menjalankan urus niaga bernilai kira-kira RM4 bilion termasuk melibatkan pelaburan kerajaan negeri dan orang kenamaan (VIP) diserbu pihak berkuasa hari ini. Serbuan itu dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Difahamkan, siasatan dan serbuan terhadap syarikat itu yang terletak di Jalan Kuchai Lama di sini dilakukan setelah beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis baru-baru ini. Sumber memberitahu, syarikat berkenaan sebelum ini pernah terlibat memperdayakan pelabur melalui skim pelaburan berbentuk piramid. Menurutnya, syarikat itu bagaimanapun ditutup dan pemiliknya menghilangkan diri selepas kegiatan mereka terbongkar. "Bagaimanapun, pemilik syarikat sama dipercayai

Usahawan asas tani naik 3 kali ganda

Image
Mohd. Johari Baharum bersalaman dengan seorang peserta selepas merasmikan seminar Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. TELOK KEMANG 10 Julai - Bilangan usahawan industri asas tani yang dibimbing Jabatan Pertanian meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun daripada 2,336 orang pada 2006 kepada 6,460 tahun lalu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, hasil jualan pula meningkat hampir 196 peratus daripada RM173.76 juta setahun pada 2006 kepada RM513.93 juta tahun lalu. "Projek-projek industri asas tani bimbingan Jabatan Pertanian telah menunjukkan prestasi yang baik dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua usahawan berkenaan serta para pembimbing mereka yang telah berjaya meningkatkan hasil jualan," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2012 di Port Dickson, dekat sini hari ini.

Hasil laut Pangkor

Image
Pak su menunjukkan bungkusan ikan masin yang lebih cantik dan kemas khas untuk menarik minat pelancong. Hasil laut Pulau Pangkor sudah semestinya bermakna dan istimewa bagi Rasdi Ibrahim yang membangunkan perusahaan berasaskan ikan untuk menaiktaraf ekonomi keluarga “DI sini (Pulau Pangkor) tidak ramai golongan muda yang berminat untuk mengusahakan produk ikan masin walaupun permintaan agak tinggi. Mungkin kerana pekerjaannya yang agak leceh dan tidak popular seperti bekerja di bandar," katanya. Begitu kata Pak Su ketika ditemui pada sesi lawatan pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pangkor, Isa Farid Isa Anshori di kedai miliknya di Pulau Pangkor, Perak, baru-baru ini. Jelas Pak Su, perusahaan ikan masin miliknya dimulakan sejak dua tahun lepas. Pada ketika itu dirinya tidak memiliki apa-apa dan hanya memikirkan untuk membuat ikan masin. Namun katanya, apabila mula menjalankan perniagaan barulah beliau se

Santan Padang

Image
Santan dicairkan dengan air bertapis bagi mengurangkan 14 peratus lemaknya. SANTAN adalah cecair dari kelapa tua yang berperisa lemak dan digunakan untuk menyedapkan lagi masakan. Pada masa dahulu, ia diperah daripada kelapa yang dikukur atau diparut. Tetapi sekarang proses menghasilkan santan sudah melalui penggunaan mesin berteknologi alaf baru. Cara menghasilkan santan itu pula bukan saja ternyata lebih bersih, tetapi berkuantiti dan berkualiti tinggi serta mengambil masa yang cukup singkat. Permintaan yang semakin melonjak terhadap santan segar, mendorong dua usahawan, Dani Sabri Ibrahim, 37, dan Zainuddin Kamaruddin, 46, berjinak-jinak dalam dunia perniagaan berkenaan sehingga menghasilkan produk jenama Santan Padang.