Posts

Showing posts with the label info sukan

Piala Thomas 2014 mungkin lebih teruk

Image
KUALA LUMPUR - Dengan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bersara dua tahun dari sekarang, beberapa pemain muda, termasuk juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli berada dalam radar untuk membawa cabaran negara pada Piala Thomas 2014. Sedangkan ketika Chong Wei dan bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim masih mampu menyumbang kudrat, kedudukan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir sudah terancam, tidak dapat dibayangkan apa akan berlaku kepada pasukan negara apabila kedua-dua pemain ini tidak lagi beraksi nanti. Anggota Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), Datuk James Selvaraj menamakan Zulfadli, Liew Daren, Mohd. Arif Latif, Misbun Ramdan Misbun dan Goh Soon Huat sebagai bayangan perseorangan yang akan menggalas tugas Malaysia dua tahun dari sekarang, ironiknya ia juga tahun di mana Sukan Asia berlangsung di Incheon, Korea Selatan. Bermakna, semua pemain yang disebut James ini juga adalah calon untuk beraksi pada temasya tersebut, dan jika melihat di mana keduduka

FAM - Gantung terus

Image
Ghani Minhat KUALA LUMPUR - Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu bersikap lebih tegas dalam membendung rasuah bola sepak untuk jangka panjang, pemain-pemain yang pernah terlibat dengan rasuah tidak perlu diberikan muka dengan hanya penggantungan berbentuk sementara. Sebaliknya, hukuman seumur hidup mungkin wajar dikenakan sebagai peringatan paling bermakna kepada semua pemain lain agar jangan sekali terlibat dengan rasuah pada masa akan datang. Kewajaran hukuman tersebut telah disuarakan Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat yang berkata, tiada guna memberi peluang kali kedua kepada pemain-pemain yang sudah terpalit dengan imej rasuah. ''Pada pandangan saya, kalau hendak gantung, biar gantung terus sampai bila-bila, kenapa hendak simpan lagi pemain yang pernah terlibat dengan rasuah. ''Tidak perlu hendak gantung dalam tempoh masa tertentu sahaja kerana sudah tahu nilai kejujuran mereka macam mana (pemain terlibat dengan r

Tenis: Sharapova kalahkan Kvitova untuk mara ke final

Image
click on picture to view slides MELBOURNE 26 Jan. - Bekas juara Maria Sharapova mengalahkan pemain kedudukan kedua Petra Kvitova dalam tiga set untuk layak ke final Terbuka Australia. Pemain berasal dari Rusia itu menewaskan Kvitova 6-2, 3-6, 6-4 dan akan menentang pemain Belarus, Victoria Azarenka. - AFP

ASEAN digesa bincang Spratly

Image
MANILA 15 Jan. - Filipina menggesa ASEAN mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan isu berhubung pertikaian Kepulauan Spratly yang dituntut oleh China dan empat negara anggota pertubuhan itu. Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata, beliau telah meminta rakan sejawatnya daripada ASEAN untuk menyokong cadangan Filipina itu ketika mesyuarat tahunan di Kemboja minggu lalu. "Manila bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada sidang itu nanti," kata del Rosario. Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak. Kepulauan yang terletak di kawasan laluan laut yang sibuk dan dan kaya dengan sumber perikanan itu turut dituntut oleh China dan Taiwan. Ramai bimbang pertikaian tersebut bakal menjadi punca kepada peperangan terbaru di Asia. "Satu resolusi mengenai konflik itu perlu diwujudkan berdasarkan undang-undang antarabangsa yang diterima se

PBSNT ancam tarik diri

Image
KUALA TERENGGANU – Isu surat pekeliling Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjejaskan peluang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil pemain import, semakin memuncak. Kali ini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesal terhadap pendirian keras FAM yang dilihat seolah-olah menutup jalan penyelesaian sedangkan isu itu boleh diselesaikan dengan mudah. Semalam, Ahmad membuat kenyataan mewakili kerajaan negeri selaku pemberi peruntukkan kepada kedua-dua pasukan negeri itu dengan memberi kata dua agar FAM berlembut. Jika tidak, skuad Terengganu dan T-Team akan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M). Dengan nada tegas, Ahmad memberi dua pilihan, iaitu FAM perlu membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super. Selain itu beliau meminta FAM membayar ganti rugi kos pembayaran pemain yang telah dibuat. “Kita telah berbincang dengan peguam mengenai perkara ini. Kita ada hak untuk mengambil tindakan

Semangat Piala FA mampu julang Blues

Image
LONDON - Pembantu jurulatih Chelsea, Roberto di Matteo percaya persembahan baik dalam Piala FA bakal membantu musim Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Skuad Blues mara ke pusingan keempat dan akan menentang sama ada QPR atau MK Dons selepas menang 4-0 ke atas Portsmouth di Stamford Bridge semalam. Kemenangan semalam bermakna skuad Andre Villas-Boas memulakan tahun baru dengan dua kemenangan berturut-turut selepas menamatkan 2011 dengan pencapaian kurang memuaskan. Ia menyebabkan pengurus Blues itu hampir berputus ada dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Kemenangan ke atas Portsmouth, iaitu lawan yang dikalahkan Chelsea pada perlawanan akhir Piala FA 2010 di Stadium Wembley, membolehkan Blues kembali ke landasan di Stamford Bridge, ekoran kekalahan 1-3 pada aksi terakhir di padang sendiri kepada Aston Villa. Juan Mata memecah kebuntuan jaringan dengan skuad Pompey pada awal babak kedua namun terpaksa menunggu pada lima minit terakhir perlaw

Nicol raih permulaan cemerlang

Image
KUALA LUMPUR - Selepas Datuk Lee Chong Wei memulakan musim 2012 dengan kejuaraan badminton Terbuka Korea kelmarin, semalam giliran Datuk Nicol David (gambar) pula memberikan hadiah bermakna buat rakyat Malaysia apabila menjuarai kejohanan skuasy Siri Dunia Akhir di London. Nicol mencatat kemenangan mudah 11-9, 11-9, 11-9 ke atas seteru utamanya yang menduduki ranking No. 2 dunia, Madeline Perry dari Ireland pada aksi final. Mengulas kemenangannya, Nicol berkata kejuaraan tersebut merupakan permulaan baik 2012. "Kemenangan dalam kejohanan yang hanya disertai oleh lapan pemain terbaik dunia adalah sesuatu yang mengkagumkan pada awal 2012. "Bukan mudah untuk meraih kejuaraan ini dan saya harap kejuaraan di sini akan mencetuskan inspirasi untuk menjulang lebih banyak kejuaraan," katanya. Pada aksi akhir semalam, Nicol hanya memerlukan 41 minit untuk menjinakkan Perry, meskipun Ireland itu dilihat beraksi lebih yakin pada permulaan

Perdana Menteri ucap tahniah

Image
Perdana Menteri ucap tahniah Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI 2011 menewaskan Indonesia, semalam. Najib menerusi laman Twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan yang mendebarkan. "Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya. Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Amukan basikal hasil 4 emas

Image
Amukan basikal hasil 4 emas Fatehah Mustapha meluru dari belakang untuk memintas pelumba Filipina, Apryl Epperinger bagi memenangi emas acara pecut wanita akhir, Jakarta, semalam. JAKARTA - Pelumba negara 'mengamuk' pada hari terakhir acara basikal trek di Velodrom Rawamangun di sini, apabila menghasilkan empat pingat emas, semalam. Watak utama di sebalik kejayaan besar skuad basikal negara diterajui ratu pecut wanita Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net. Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah setelah juga memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu wanita pada hari pertama saingan. Dua lagi pingat emas semalam diraih Idros Yunos dalam acara pecut individu lelaki manakala Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi Omnium. Selain kilauan emas, pingat perak berjaya diraih oleh Mohd. Fattah Amri Zaid (pecut individu lelaki) dan Muhamad Adiq Husainie Othman dalam acara 30

Renang berirama sapu bersih emas

Image
Renang berirama sapu bersih emas Atlet renang berirama negara mengangkat jurulatih mereka, Long Yan selepas menjuarai acara rutin bebas berpasukan di Kolam Renang Jakabaring, Palembang, semalam. PALEMBANG - Emas kelima renang berirama semalam membuktikan bahawa kita berada di kelas tersendiri dalam acara tersebut meskipun acara itu sudah 10 tahun tidak dipertandingkan. Rutin bebas berpasukan menjadi emas kelima milik renang berirama Malaysia, semalam sekali gus menyapu bersih ke semua pingat emas yang dipertandingkan dan menjadi antara acara penyumbang emas terbanyak di Palembang. Semalam Malaysia menghabiskan rutin dengan menduduki tempat pertama mencatat 75.363 mata mengetepikan Singapura di tempat kedua (73.101) dan tuan rumah meraih pingat gangsa (71.713. Jurulatih skuad renang berirama negara, Long Yan, dia amat gembira dengan pencapaian anak-anak buahnya walaupun pada hakikatnya menyedari peluang untuk melayakkan ke Sukan Olimpik 2012 London agak sukar. "Kita berada t

Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah

Image
Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah 22/11/2011 11:52am      

Rangka kerja wujudkan FTA ASEAN+1

Image
Rangka kerja wujudkan FTA ASEAN+1     NUSA DUA, BALI 20 Nov. - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 yang berakhir semalam bersetuju menyediakan rangka kerja ke arah mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Asia Timur yang menggabungkan 10 negara ASEAN dan enam rakan dagangnya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja itu juga akan mengambil kira kepentingan ASEAN dan memastikan ‘pemusatan ASEAN’ dalam kewujudan FTA ASEAN+1 itu. Katanya, sidang itu dalam memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Ekonomi Komprehensif telah mengambil maklum cadangan-cadangan rakan dialognya China dan Jepun untuk memperluaskan integrasi ekonomi kawasan Asia Timur. Turut diperakukan ialah Rangka Kerja Pembangunan Ekonomi Saksama bagi memastikan integrasi ekonomi memanfaatkan seluruh rakyat di rantau ASEAN dan merangkumi inisiatif baru seperti kiriman wang antarabangsa dan akses pembiayaan kepada semua. Beliau menegaskan, sebarang keputusan untuk m

Sukan SEA: Suriani sumbang emas pertama negara

Image
Sukan SEA: Suriani sumbang emas pertama negara 12/11/2011 9:18pm PALEMBANG, Indonesia 12 Nov. - Malaysia mendapat pingat emas yang pertama melalui Nor Suriani Taibi dalam kategori 50m rifle 3 posisi acara menembak Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di sini sebentar tadi. Acara tersebut turut menghasilkan gangsa kedua bagi negara yang disumbangkan oleh Nur Ayuni Farhana Abd. Halim. - Utusan

5 halangan utama majukan sukan

Image
5 halangan utama majukan sukan Muhyiddin Yassin dan Mohd. Ali Rustam bersama para pelajar yang memenangi pertandingan reka bentuk laman web antara sekolah seluruh Melaka pada Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 di Ayer Keroh, semalam. PUTRAJAYA 6 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membincangkan lima perkara yang dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pembangunan industri sukan negara. Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di sini hari ini, antara halangan itu adalah tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan, beberapa kementerian melakukan promosi sukan secara berasingan dan ketiadaan sepenuhnya produk jenama Malaysia. "Selain itu, halangan turut berpunca daripada penganjuran 'acara besar' yang tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak terbabit dan bidang sukan tidak dipupuk dari peringkat sekolah," menurut kenyataan

Kelantan kuasai takhta liga super

Image
Kelantan kuasai takhta liga super KUALA LUMPUR 7 Mei — Kelantan menguasai persada Liga Super dengan kelebihan jaringan apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan liga di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu, malam ini. Kelantan hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi bekas pemain kebangsaan, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-54 dan S. Chanturu pada minit ke-66. Kejayaan Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu itu membolehkan pasukan itu mengumpul 39 mata, sama dengan pencabar terdekat Selangor, Di Stadium Shah Alam, Selangor dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Johor FC 3-2. Gol Red Giants masing-masing dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-64, Mohd Amri Yahyah (min-69) dan Azidan Sarudin (min-77) sementara gol pelawat dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad (min-22) dan Mohammad Khairul Ismail (min-79).

Misbun bukan untuk Chong Wei

Misbun bukan untuk Chong Wei   KUALA LUMPUR - Datuk Misbun Sidek bakal kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, namun kepulangannya bukan untuk Datuk Lee Chong Wei, sebaliknya beliau diberi cabaran baru, melahirkan pengganti jaguh No. 1 dunia itu dengan sasaran adalah Sukan Asia 2014 dan Sukan Olimpik 2016. Keputusan tersebut dicapai oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuaratnya semalam, yang memutuskan Misbun akan membimbing sekumpulan pemain pelapis yang belum dikenal pasti, pada ketika Chong Wei pula kekal di bawah bimbingan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek sehingga tamat Sukan Olimpik London 2012. Bermakna, permintaan jurulatih berpengalaman itu untuk membimbing anaknya, Misbun Ramdan Misbun, antara punca beliau meletakkan jawatan sebelum ini, hampir akan dikabulkan oleh BAM. Namun, butiran terperinci mengenai siapa pelatih yang bakal bernaung di bawah beliau hanya akan diputuskan selepas mesyuarat exco 28 April ini. "K

Selangor kembali terajui liga Super

Image
Selangor kembali terajui liga Super Pemain Selangor Amirulhadi Zainal (kiri) menanduk bola sambil diasak pemain Perak, Mohd. Noor Hazrul pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. KUALA LUMPUR - Selangor merampas semula teraju carta saingan bola sepak Liga Super 2011 daripada Terengganu yang bermain lebih awal kelmarin setelah menundukkan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam , semalam. Rembatan kaki kanan ketua pasukan negara, Safiq Rahim pada minit ke-68 yang memanfaatkan keadaan kelam-kabut depan gol, memadai untuk melonjakkan Gergasi Merah mengumpul 26 mata setakat ini berbanding Terengganu 24 mata. Kemenangan anak buah K. Devan ini turut menunda langkah skuad Seladang di tangga ketiga, yang turut mengidam ke tangga teratas selain Kelantan dari tangga keempat setelah Wira Merah sekadar seri 0-0 dengan Sabah di Kota Bharu. Perlawanan di Stadium Sultan Muhammed IV itu turut menyaksikan jurulatih Sabah, Gary Phillips diarah meninggalkan bangku simpanan pasukan ke

Manassero juara golf Terbuka Malaysia

Image
Manassero juara golf Terbuka Malaysia 17/04/2011 4:49pm KUALA LUMPUR 17 Apr - Pemain remaja berusia 17 tahun, Matteo Manassero dari Itali muncul juara golf Maybank Terbuka Malaysia dengan catatan 16 bawah par 272. - Utusan

Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA

Image
Tewaskan MU, Manchester City mara ke akhir Piala FA 17/04/2011 5:09am LONDON 17 April – Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan kelab jirannya, Manchester United 1-0 di Stadium Wembley, awal pagi ini. Gol tunggal City hadir menerusi rembatan kencang Gneri Toure Yaya pada minit ke-52. United pula terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Scholes dibuang pada pada minit ke-72. City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Liga pada 1976, akan berdepan dengan pemenang antara Stoke City dan Bolton 14 Mei ini. - AFP

Wozniacki mudah ke perlawanan akhir Piala Family Circle

Image
Wozniacki mudah ke perlawanan akhir Piala Family Circle 10/04/2011 11:48am   CHARLESTON, Carolina Selatan 10 April – Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki menewaskan Jelena Jankovic dari Serbia 6-4, 6-4 pagi ini untuk mara ke perlawanan akhir bertemu Elena Vesnina pada kejohanan Piala Family Circle, di sini. Pemain Denmark ini kini mengintai kejuaraan ketiga kejohanan tersebut tahun ini selepas memenanginya di Indian Wells dan Dubai. Sementara itu, Vesnina, pemain ranking ke-56, tidak pernah memenangi sebarang kejohanan Jelajah WTA dan berharap mencipta kejayaan pada perlawanan akhir kelima beliau. Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan pemain China, Peng Shuai 7-6, 6-3 di peringkat separuh akhir. - Reuters