Posts

Erra belum sedia dedah lelaki di hati

Image
Pelakon Erra Fazira sudah berpunya tapi dia belum sedia mendedahkan nama lelaki yang sedang rapat dengannya. Erra mengaku sekarang sedang mengenali seorang lelaki bujang sekali gus menafikan gosip yang mengaitkan namanya dengan VIP. “Saya terpaksa membuat pengakuan yang saya kini sedang rapat dengan seorang teman sebab mahu menutup gosip. ” Saya memang tak mencari VIP, saya tak keluar rumah macam mana nak jumpa VIP. Saya pun tak cari VIP sebaliknya bergantung kepada kesesuaian hati saya,” kata Erra. Erra mendedahkan demikian semasa ditemui pada majlis santai bersama pelakon teater Takhta Tiga Ratu di Kuala Lumpur hari ini. Erra kelihatan ceria walaupun diaju soalan peribadi khusus untuk mengorek rahsia siapakah lelaki yang dimaksudkan. “Bila ada gosip yang mengaitkan nama saya dengan nama nama lain, pasti pihak sana tertanya tanya sebab itu saya kena bercakap menafikannya. ” Saya tak kisah berkawan dengan orang biasa atau kalangan artis

kerja kosong

Diane von Furstenberg Shop Manager / Supervisor Minimum 3 years of experience in similar capacity with a luxury / high fashion brand. Strong leadership skills and experience in handling all aspects of store operations, staff management and customer service. Good verbal and written communication skills. We offer attractive remuneration, which includes: Basic salary plus commission and monthly target incentives 5-days work week (including weekends and public holidays) Please email resume and contact number to recruit@globalluxe.com.sg Genting Lounge Customer Service Officers Daily operations of Genting Lounge. Must possess at least SPM. Minimum of 1 - 2 years experience will be an added advantage. Pleasant personality and friendly. Able to converse in 3 languages (Malay, English and Chinese). Able to work on shift, weekends and public holidays. Please email resume and contact number to terrence.phang@genting.com Johor Premium Outlets Customer Service

Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang

Image
Nora Danish Harap Hanez Suraya Diberi Peluang Berhubung kontroversi pelakon Hanez Suraya diganti dengan pelakon lain menerusi telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, Nora Danish yang turut terlibat dalam telefilem itu agak terkejut dengan berita tersebut.  Nora yang tidak dimaklumkan mengenai hal itu meluahkan rasa bersalah kerana sebelum ini dia ada memuat naik gambar bersama Hanez dan gambar tersebut dilemparkan dengan komen-komen negatif. Sewaktu penggambaran pada hari pertama, saya rasa begitu teruja apabila melihat Hanez Suraya. Lagipun saya suka bertanyakan mengenai rahsia kecantikannya kerana dia seorang yang sangat cantik.  “Saya ada memuat naik gambar bersama Hanez di Instagram dan saya diberitahu oleh kawan pada malam itu bahawa gambar tersebut terlalu banyak komen berunsurkan negatif. Saya pun delete dan block semua komen-komen tersebut.  “Hari keesokan untuk penggambaran telefilem tersebut, saya terk

Harga Kayu Gaharu RM130,000/kg

Image
Norchahaya Hashim (kiri) bersama kakitangannya meninjau ruang pameran kayu gaharu d Kuala Terengganu, semalam.  KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Nilai gaharu gred A di pasaran yang kini mencecah RM130,000 sekilogram berbanding sekitar RM20,000 hingga RM25,000 sekilogram sebelum ini memberikan rangsangan baharu kepada perkembangan perladangan pokok karas. Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Norchahaya Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tersebut kerana bekalan yang semakin sukar diperoleh selain pokok yang bermutu tinggi semakin terbatas di negara ini terutama di Pantai Timur dan Indonesia. Dalam masa sama, beliau memberitahu, Malaysia menyasarkan pengeksportan kayu gaharu ke Asia Barat dalam tempoh lima tahun lagi bagi menembusi pasaran yang lebih luas. “Pokok yang turut dikenali sebagai pokok debu di sini akan diproses dan dikomersialkan oleh negara-negara pengimport untuk dijadikan minyak wangi manakala daun dan batangnya boleh

RM100,000 bina pasar peladang di Kg. Teluk Kerang

Image
SHAMMODIN ABDUL HALIM (tengah) menyampaikan sumbangan zakat Nafas sambil diperhatikan Abd. Rahim Abu Bakar (dua dari kiri) di Pontian, baru-baru ini.   PONTIAN 14 Nov. – Sebuah pasar peladang akan dibina di Kampung Teluk Kerang, dekat sini bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan menjual terus hasil keluaran mereka kepada pengguna. Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, Abd. Rahim Abu Bakar berkata, kos pembinaan pasar berkenaan sebanyak RM100,000 telah diluluskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri. “Sejajar dengan usaha meme­rangi orang tengah, mereka yang berminat serta berkemampuan untuk menjalankan perniagaan akan ditawarkan di pasar tersebut kelak,” katanya selepas penyampaian zakat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), di sini kelmarin. Majlis penyampaian zakat kepada 84 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin di PPK Pontian Selatan disempurnakan oleh P

Sarawak terima RM4.03 bilion

Image
SYLVESTER ENTRI MURAN  KUCHING 14 Nov. - Kira-kira RM4.03 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat khusus untuk membiayai program per­­tanian di negeri ini sejak 2006 hingga tahun ini. Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) negeri, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, setiap tahun, kerajaan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM447.5 juta bagi melaksanakan program berkenaan. “Peruntukan tersebut digunakan bagi membiayai pelbagai program berkaitan dengan sektor tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur, industri asas tani, khidmat sokongan, institusi peladang, penternak dan nelayan serta projek ekonomi khas. “Bantuan terdiri dalam pelbagai bentuk seperti baja, perkakas dan bahan tanaman,” katanya. Beliau menjawab soalan Martin Ben (BN-Kedup) berhubung bentuk subsidi pertanian yang telah diagihkan dan jumlah subsidi tahunan yang diterima oleh Sarawak daripada Kerajaan Pusat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini. Tambah belia

Tingkatkan saiz keluasan tanaman kopi

Image
                                                                Radin Malleh TENOM – Skim insentif khas untuk para pekebun kopi perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan tanaman kopi di negeri ini, termasuk membabitkan kerjasama serta pelaburan sektor swasta. Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh (gambar) berkata, hal demikian kerana jumlah saiz keluasan tanaman itu di negeri ini dilihat menurun saban tahun. “Ini berpunca daripada banyak kawasan tanaman kopis digantikan dengan tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. “Mungkin skim insentif khas perlu diperkenalkan bagi meningkatkan jumlah saiz keluasan itu,” katanya ketika berucap sempena majlis pe­rasmian Pesta Kopi Te­nom 2014 dekat sini baru-baru ini. Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Radin memberitahu, berdasarkan maklumat Jabatan Pertanian negeri, jumlah keluasan saiz tanaman kopi di negeri ini pada 2010 iala