Tips tanam kangkung Tanaman kangkung menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Kangkung ( Ipomoea aquatic ) tergolong dalam famili Convolvulaceae adalah berasal dari India. Di negara Cina, kangkung dikenali sebagai weng ca i. Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage , water convolvulus , atau water spinach . Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air. Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fos...