Spesies lebah dan kelulut merupakan agen penting dalam proses pendebungaan tumbuh-tumbuhan. Pada masa sama, terdapat banyak juga spesies serangga akan pupus sebelum ia dapat kenal pasti dan direkodkan kewujudannya akibat aktiviti pembangunan kawasan hutan. Serangga boleh ditemui dalam pelbagai jenis habitat. Malah jangan terkejut jika fakta menunjukkan kebanyakan serangga berkongsi habitat dengan manusia. Sama ada di halaman rumah atau pun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung atau tidak terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi pula mendapati terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung, 2,000 mentadak, 20,000 belalang, 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal, Program Pengurusan dan Penggunaan Sumber Biologi Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, Institut Penyelidik...