Sara 1Malaysia dilancar bulan depan
http://www.pnb.com.my/ KUALA LUMPUR 28 Dis. - Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu kedua bulan depan, demikian menurut sumber di sini hari ini. Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Difahamkan skim itu hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Tetapi, difahamkan Sara 1Malaysia adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum. Oleh sebab, Sara 1Malaysia adalah skim bantuan, PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu