Posts

Showing posts with the label Info Niaga

Sungai Muroli ikon tagal Sabah

Image
Ikan pelian atau kelah yang berkeliaran bebas di Sungai Muroli sentiasa menunggu kehadiran pelawat. MELIHAT ribuan ikan kelah atau dikenali sebagai ikan pelian di Sabah yang berenang bebas sambil meliuk-liukkan badannya di kawasan air yang cetek cukup menggeramkan. Malah, sebaik sahaja kaki dicecah ke dalam air, ikan pelian tersebut mula mengerumuni dan menggigit manja kaki pengunjung. Laksana sebuah spa terbuka, pengunjung yang hadir ada yang terjerit-jerit kegelian. Malah ada juga berkesempatan membelai dan memberi makan ikan-ikan tersebut persis haiwan peliharaan yang amat manja. Jika di kawasan lain, kehadiran ribuan ikan pelian yang berenang tanpa berasa takut dengan kehadiran manusia sudah pasti akan berakhir dalam pinggan untuk dijadikan hidangan. Namun mereka bernasib baik kerana berada di Sungai Muroli, Kampug Luanti Baru, Ranau, Sabah yang mengamalkan sistem tagal sejak beberapa tahun lalu.

Penyenaraian Felcra dipertimbang selepas kajian

Image
          KUALA LIPIS 15 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengkaji secara mendalam mengenai cadangan menyenaraikan Felcra di Bursa Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya. Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kajian itu perlu memandangkan Felcra adalah entiti berbeza berbanding Felda, walaupun menjadi hasrat kerajaan membawa Felcra ke peringkat tertinggi. "...Felda jauh lebih besar keupayaannya termasuk keluasan tanahnya manakala tanah Felcra masih dimiliki oleh individu bersama Felcra dan tanahnya tidak seluas seperti yang Felda uruskan. "Jadi, sinerginya yang kita nak lahirkan dalam bursa saham itu bukan sebesar Felda, namun kita akan teliti cadangan itu secara mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat di Kampung Kerambit, di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mencadangkan ag

Proton sasar 4,000 sebulan

Image
Orang ramai melihat demonstrasi kenderaan baharu Proton pada Pameran Kejuruteraan Proton di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 16 Mac - Proton Holdings Bhd. (Proton) menjangka model terbaharunya, P3-21A akan terjual sebanyak 4,000 buah sebulan selepas pelancarannya yang dijangka pada hujung bulan ini. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model itu yang dibangunkan dengan penerapan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian antarabangsa, mampu menarik perhatian pembeli selepas pengenalannya. Malah katanya, harga yang diletakkan juga adalah kompetitif berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk yang ditampilkan. "Pengenalan P3-21A merupakan langkah awal kami untuk memasuki pasaran Asia dan seterusnya antarabangsa "Oleh itu, ciri yang diterapkan haruslah menepati keperluan antarabangsa. Kita tidak boleh berharap jualan di pasaran domestik semata-mata," katanya kepada pemberita di Pameran Automot

Fama janji beli semua hasil pertanian program

Image
KOTA BHARU 18 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memberi jaminan akan membeli semua hasil pengeluaran pertanian di kawasan Projek Diraja melalui program ladang kontrak. Pengarah Fama Wilayah Timur, Mohd. Ariffin Awang berkata, kerajaan menggalakkan petani yang terlibat dalam projek itu menjual hasil pertanian kepada Fama bagi menyeragamkan harga di samping mengelak berlaku longgokan hasil pertanian. Sebanyak 400 tan metrik 30 jenis buah-buahan dan sayuran dijangka dibeli Fama di bawah program ladang kontrak itu yang melibatkan 224 kawasan projek di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak pemasaran antara ketua-ketua blok pengusaha pertanian di bawah Projek Diraja di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Banggol di sini hari ini. Mohd. Ariffin mewakili Fama menandatangani dokumen perjanjian itu manakala empat ketua blok mewakili kumpulan petani Projek Diraja Banggol, Kota Bharu dan Kuala Krai. Perjanjian itu ak

Proses tender jualan saham GLC adil - PM

Image
SHAH ALAM 18 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, proses tender bagi penjualan saham syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah adil dan objektif. "Kita sedang belajar daripada apa yang kita lakukan dahulu. Kita kena buat proses penilaian yang lebih telus, lebih objektif. "Pada peringkat awalnya kita kaji betul-betul, (bila) sudah puas hati baru kita bagi (beri)," katanya pada majlis bersama lebih 800 pesara pegawai kanan kerajaan di sini. Najib mengulas ucapan aluan wakil pesara terbabit, Datuk Zainal Abidin Nordin iaitu bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang mahu kepentingan Bumiputera terpelihara termasuk dalam soal penjualan saham GLC. Bagaimanapun, Najib berkata, proses penilaian pembida saham syarikat GLC tidak menjamin kemungkinan berlakunya kegagalan namun sekurang-kurangnya proses tersebut adalah lebih telus dan objektif. Najib menjelaskan, saham GLC bukan dijual kepad

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia

Image
Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia www.dutchlady.com.my/ KUALA LUMPUR 13 Mac - Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady Malaysia) telah melantik Rahul Colaco sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat itu berkuatkuasa 1 April depan, menggantikan Bas Van Den Berg yang akan kembali ke Eropah selepas dua tahun menerajui syarikat tenusu itu di Malaysia. Menurut kenyataan Dutch Lady Malaysia, Colaco yang menyertai syarikat itu pada akhir 2009 ketika ini memegang jawatan Pengarah Pemasaran. Pengerusi Dutch Lady Malaysia, Datuk Zainal Abidin Puteh berkata, pihaknya gembira kerana mendapat pengganti yang sudah mempunyai pengalaman luas di Eropah dan Asia. Related Posts :INFO BUSINESS

HSBC kekal operasi di Asia

Image
HSBC kekal operasi di Asia HONG KONG 13 Mac - HSBC Holdings PLC (HSBC) hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan akan menjual atau menutup operasinya di Asia, seperti yang dilaporkan Financial Times. HSBC menjelaskan, syarikat berkenaan akan terus fokus kepada operasinya di enam buah negara di luar Hong Kong yang ketika ini mencatat pertumbuhan keuntungan selain mengintai dua pasaran baharu, menurut Ketua Eksekutif HSBC Asia, Peter Wong. Pasaran utama HSBC di Asia adalah Australia, China, India, Indonesia, Malaysia dan Singapura manakala negara berpotensi adalah Vietnam dan Taiwan. - Dowjones Related Posts :INFO BUSINESS

Kerjasama sekuriti hutang BNM, Hong Kong

Image
Kerjasama sekuriti hutang BNM, Hong Kong   www.bnm.gov.my/ KUALA LUMPUR 13 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM), Penguasa Kewangan Hong Kong (HKMA) dan Euroclear Bank mengumumkan pelancaran platform bagi pelaburan rentas sempadan dan penyelesaian sekuriti hutang sekuriti secara bersama. Platform itu akan mula beroperasi pada 30 Mac ini bagi meningkatkan kecekapan aktiviti penyelesaian sekuriti hutang serta penerbitannya di rantau Asia. BNM dalam satu kenyataan bersama menjelaskan, platform itu akan membolehkan pelabur di Hong Kong dan Malaysia membeli dan memegang sekuriti hutang asing dan menyelesaikan transaksi merentas sempadan berdasarkan konsep serahan berbanding pembayaran (DvP). Selain itu, penerbit bon tempatan dan asing boleh menawarkan pelbagai bentuk sekuriti hutang. Jelas kenyataan itu, platform itu akan mengukuhkan pelaburan asing di dalam bon tempatan di Hong Kong dan Malaysia. Ia juga menyediakan data sekuriti hutang Asia yang dikendalikan oleh Eurocle

Dagangan Malaysia-India RM45b

Image
Dagangan Malaysia-India RM45b KUALA LUMPUR 13 Mac - Perdagangan dua hala antara Kuala Lumpur dan New Delhi berpotensi mencecah sehingga AS$15 bilion (RM45.5 blion) tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Katanya, melalui banyak inisiatif seperti misi perdagangan, pameran dan taklimat yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dan India, pergerakan barangan dan perkhidmatan akan meningkat dengan banyak dan sejajar dengan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehnsif Malaysia-India (CECA). "Inilah yang sedang kami usahakan dan ia tidak boleh dicapai jika kita berpeluk tubuh. Satu inisiatif langsung, di mana kita melakukan pemadanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan India, benar-benar akan membantu meningkatkan perangkaan perdagangan. "Saya berkeyakinan bahawa sasaran US$15 bilion boleh dicapai tahun ini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kimia India 2012

Ananda rancang jual firma satelit?

Image
SINGAPURA 29 Feb. - Orang kedua paling kaya di Malaysia, Ananda Krishnan (gambar), merancang menjual kepentingannya dalam syarikat operator satelit, MEASAT Global Bhd., langkah yang diambil beberapa hari selepas beliau mula menjual aset tenaga bernilai AS$3 bilion (RM9 bilion). Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bahawa aset tenaga dan satelit berkenaan bernilai hampir AS$3.5 bilion (RM10.5 bilion), yang menunjukkan MEASAT mungkin bernilai sekitar AS$500 juta (RM1.5 bilion). Sambil memetik sumber perbankan, akhbar itu melaporkan cakap-cakap mengenai jualan itu bermula pada lewat 2011, dan firma satelit Arab Saudi, Arabsat, mungkin menjadi pemegang strategik atau kepentingan majoriti dalam firma satelit Malaysia itu. Jutawan itu baru-baru ini menjual keseluruhan portfolionya dengan melantik Standard Chartered untuk mengurus transaksi, membabitkan kira-kira sedozen loji tenaga.   http://de.wikipedia.org/wiki/MEASAT_Satellite_Systems

Komersialkan R&D, inovasi IPT

Image
R&D, inovasi IPT NAJIB Tun Razak bersama 10 wakil universiti pada pelancaran Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 anjuran Proton Holdings Bhd., dan Agensi Inovasi Malaysia di Putrajaya semalam. Turut hadir Mohamad Nadzmi Mohamad Salleh (depan, empat kiri) dan Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (depan, tiga kiri). - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN PUTRAJAYA 29 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dikomersialkan untuk pasaran tempatan atau antarabangsa. Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan bukan sahaja masa dan tenaga penyelidik yang menyediakan bahan kajian R&D dan inovasi itu dibazirkan malah wang rakyat yang disalurkan untuk kajian itu mesti diambil kira.
Image
Rancang senarai 4 perniagaan Mohd. Bakke Salleh ketika mengumumkan kedudukan kewangan Sime Darby Bhd, semalam. - UTUSAN/MOHD. NOOR AMIN KUALA LUMPUR 29 Feb. - Sime Darby Bhd. (Sime Darby) merancang untuk menyenaraikan empat perniagaan terasnya - perladangan, motor, hartanah dan industri pada tahun depan. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, kini segmen-segmen itu bersedia untuk penyenaraian dan pihaknya cuma menunggu masa terbaik untuk berbuat demikian. ''Kita akan melakukannya secara berperingkat-peringkat dan yang pasti kami perlu mengoptimumkan nilai," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi separuh pertama 2011/12 di sini hari ini. Beliau berkata, konglomerat itu juga bersedia menimbangkan untuk melaksanakan pengambil alih dan penggabungan tetapi ia terhad kepada segmen-segmen terasnya, khususnya dalam memperluaskan bank-bank tanah ladangnya.

Kumpulan Utusan catat untung RM19.1j

Image
Kumpulan Utusan KUALA LUMPUR 29 Feb. – Kumpulan Utusan mencatatkan untung bersih sebanyak RM19.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, peningkatan sebanyak RM16.8 juta berbanding RM2.3 juta untuk tempoh yang sama, tahun sebelumnya. Kumpulan dalam kenyataan di sini berkata, ia juga mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi suku keempat sebanyak RM11.6 juta, hampir menyamai dengan keuntungan yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2010 iaitu sebanyak RM11.8 juta. Jelas Kumpulan Utusan lagi, jumlah perolehan sepanjang tahun 2011 telah meningkat sebanyak RM24.8 juta kepada RM366.72 juta daripada RM341.4 juta pada tahun 2010. “Penyumbang utama keuntungan ialah segmen pengiklanan yang bertambah sebanyak 16 peratus. “Segmen pengedaran turut meningkat sebanyak empat peratus. Namun begitu, kos operasi juga meningkat terutamanya kos bahan mentah dan kos pekerja yang masing-masing naik sebanyak 20 peratus dan 10 peratus,’’ jelas Kumpulan Utusan.

ECER tarik 9 pelaburan baru

Image
ECER dan pelaburan baru NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin bergambar bersama pelabur-pelabur pada Majlis Pertukaran Dokumen Komitmen Pelaburan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS PUTRAJAYA 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan pelaburan baru bernilai RM9.04 bilion dalam suku pertama tahun ini membabitkan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Perdana Menteri berkata, sembilan projek tersebut melibatkan dua projek bernilai RM5.5 bilion di Mersing, Johor; lima projek di Pahang (RM2 bilion) dan masing-masing satu projek bernilai RM1 bilion di Terengganu dan RM500 juta di Kelantan. Tiga projek lagi telah diumumkan awal Januari lalu membabitkan pelaburan bernilai RM363 juta. Menurut Najib, kesemua 12 pelaburan tersebut bakal mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di samping menyumban

Pencarum LTAT dapat 15% bonus, dividen

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bonus dan dividen sebanyak 15 peratus kepada semua pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun kewangan 2011. Beliau berkata, jumlah yang diberikan itu meningkat satu peratus berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya. Ujarnya, pemberian bonus serta dividen itu merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus sebanyak satu peratus dan bonus khas sebanyak tujuh peratus dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada setiap pencarum aktif. ‘‘Jumlah pembayaran bagi dividen dan bonus kali ini adalah sebanyak RM680.4 juta iaitu naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun 2010,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dalam perkembangan berkaitan Ahmad Zahid berkata, pada keseluruhannya iaitu berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT telah berjaya mencatat jumlah pen

Khazanah, PNB diminta lupus perniagaan bukan teras

Image
PUTRAJAYA 9 Feb. — Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini memutuskan untuk meminta Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melupuskan syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras, untuk ditadbir dan diserah milik kepada syarikat Bumiputera menerusi proses tender terbuka. Najib berkata, setakat ini lima syarikat dari Khazanah dan lima dari PNB sudah dikenal pasti untuk tujuan pelupusan itu. "Syarikat-syarikat Bumiputera akan libatkan, dan syarikat terbaik, kukuh, yang mempunyai kemampuan, boleh memiliki syarikat-syarikat tersebut, yang seterusnya dapat menambah nilai ekuiti Bumiputera,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media di sini, selepas mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Bilik Mesyuarat Perdana di sini. — BERNAMA

Defisit pertama Jepun selepas 31 tahun

Image
TOKYO 25 Jan. - Jepun berkata negara itu telah mengalami defisit perdagangan tahunan pertamanya selepas 31 tahun ekoran bencana alam yang melanda pada Mac lalu selain pengukuhan Yen yang menjejaskan eksport serta peningkatan harga minyak yang mendorong kenaikan bil import. Ia mencatat defisit barangan sebanyak 2.49 trilion Yen, kata menteri kewangannya. Nilai import pula meningkat 12 peratus berbanding 2010 terutama sekali bagi minyak mentah dan gas cecair asli (LNG) sementara eksport jatuh 2.7 peratus diterajui automobil, semi konduktor dan komponen-komponen lain. Selepas bangkit daripada kehancuran semasa Perang Dunia Kedua, Jepun membina negara tersebut sebagai sebuah ekonomi perdagangan dan menikmati lebihan perdagangan yang berterusan disokong oleh eksport kenderaan pada harga kompetitif, barangan elektronik serta pelbagai produk lain. Bagaimanapun, negara tersebut mengalami kerugian teruk pada 2011 selepas bencana alam gempa bumi dan tsunami memusnahkan rangkaian

WCEF wujud pelaburan baru

Image
NAJIB Tun Razak bersama Michael Yeoh (tiga, kiri); Mohd. Sidek Hassan (kiri); Lee Kim Yew (dua, kiri); Chua Soi Lek (tiga, kanan); Jefry Cheah (empat, kanan) dan Koh Tsu Koon (dua, kanan) menggaul ‘yee sang’ sempena pelancaran Forum Ekonomi China Sedunia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA PUTRAJAYA 25 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) hari ini, yakin inisiatif itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam koridor Pertumbuhan Ekonomi Segi Tiga baru. Perdana Menteri berkata, ini kerana koridor yang merangkumi China melalui Asia Tenggara dan India hingga ke Asia Barat itu akan mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan yang sangat banyak. ‘‘Satu usaha baru yang akan membina jambatan antara Timur dan Barat, pada masa sama ia untuk menggalakkan kerjasama, memperkukuh integrasi ekonomi dan meningkatkan perdagangan di rantau ini,” katanya. Beliau berkata

Program Usahawan Trampil (UTRA)

Image
Program Usahawan Trampil (UTRA) adalah sebuah program yang diwujudkan sebagai kesinambungan kepada latihan kemahiran dan latihan asas perniagaan untuk bakal usahawan bagi menceburi bidang perniagaan. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera yang berkualiti, berdaya saing dan berdaya tahan dalam semua sektor sama ada di dalam negeri mahu pun di luar negara dan bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara dapat dipenuhi. Di bawah program ini, Skill-Tech bukan sahaja menyediakan latihan tetapi turut membantu pelatih dalam urusan pendaftaran perniagaan serta mendapatkan pinjaman perniagaan dari institusi kewangan tertentu. Program ini akan membantu usahawan muda Bumiputera meneroka pelbagai sektor industri, terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian kerana masih banyak produk pertanian yang masih diimport dari luar negara. Semasa pelancaran Program Usahawan Terampil (UTRA) pada 6 Ogos 2009, di Putrajaya, Timbalan Menteri, Kementerian Perdaga

Bioteknologi

Image
Kursus Tajaan Pengenalan Kepada Kursus Pelatih akan didedahkan kepada dunia bioteknologi yang sedang pesat berkembang dewasa ini. Teknologi tisu kultur antara lain membolehkan pengeluaran benih yang baik dan konsisten yang berupaya mengeluarkan tumbesaran dan hasil tanaman yang bermutu tinggi dengan kos yang efektif. Pelatih akan didedahkan kepada prosedur penggunaan makmal yang sempurna dari pelbagai aspek latihan dan keselamatan. Mereka akan melakukan aktiviti penyediaan sampel dengan mengambil sampel di tapak projek, melakukan pendaftaran sampel dan ujian pada sampel. Mereka juga mempelajari cara melakukan ujian inokulasi, cecair, fizikal dan analisis kimia ke atas sampel-sampel di dalam makmal. Pelatih akan mempelajari cara menyelenggara peralatan makmal dengan  melakukan pemeriksaan pada peralatan dan merekod peralatan. Tahap 2 Khususnya beliau perlu: Mempelajari tentang keselamatan makmal dengan melakukan latihan kesel