Posts

Showing posts with the label Info Tragedi

Operasi menumpaskan musuh masih diteruskan - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD KUALA LUMPUR 6 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menumpaskan musuh di Sabah masih lagi berlangsung hari ini. Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat terus mendoakan kejayaan pasukan keselamatan dalam usaha mereka membanteras setiap musuh yang ada. "Di saat saya berucap ini perwira negara sedang bersabung nyawa dalam satu operasi yang sedang berlangsung. "Marilah kita berdoa mereka ini terselamat dan musuh negara dapat kita tumpas dan hapuskan sama sekali," ujarnya kita berucap di ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130306/dn_46/Operasi-menumpaskan-musuh-masih-diteruskan---PM#ixzz2Mm6IHdPY © Utusan Melayu (M) Bhd

OP DAULAT: SIDANG MEDIA (6 MAC 2013 @ 4.30PM)

Image
OP DAULAT: SIDANG MEDIA (6 MAC 2013 @ 4.30PM) Sidang media oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan... http://fb.me/1ztKHLu5j by Polis Diraja M'sia via twitter 9:34 PM

PBB didesak halang Israel

Image
Pasukan menyelamat Palestin membantu seorang lelaki Palestin yang tertimbus di halaman rumahnya di Beit Lahia, utara Gaza akibat bedilan tentera Israel ke atas wilayah itu, semalam. - AFP NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Related Posts : Info LuarNegara, Info Tragedi, ,

Enam terbunuh serangan lelaki bersenjata

Image
KADUNA, Nigeria 17 Nov. - Sekurang-kurangnya enam penduduk di utara negeri ini terkorban selepas dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata. Serangan itu berlaku lewat kelmarin di kampung Zangpo Katak, kawasan penting tempat berlaku keganasan etnik pada musim pilihan raya lalu yang menyebabkan beratus-ratus penduduk terkorban. “Enam yang terbunuh termasuk wanita mengandung yang ditembak di rumah mereka manakala kanak-kanak yang berusia dua tahun pula dilaporkan cedera,’’ kata Pengerusi Kerajaan Tempatan, Yahya. - REUTERS ORIGINAL LINK Related Posts :Info Tragedi, INFO ALERT,

Pelumba Portugal maut di Grand Prix Macau

Image
HONG KONG 16 Nov. - Pelumba motosikal Portugal, Luis Filipe de Sousa Carreira terbunuh dalam kemalangan ketika menyertai sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Macau. Jawatankuasa penganjur berkata, Carreira mati akibat kecederaan dalam kemalangan tengah hari semalam. "Tiada pelumba lain terlibat dalam insiden itu, yang berlaku di selekoh Fisherman... sesi kelayakan dihentikan serta-merta," kata jawatankuasa dalam satu kenyataan. "Selepas diperiksa oleh pihak doktor, Carreira dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans." Pelumba berusia 35 tahun dari Lisbon itu mati setengah jam kemudian, kata kenyataan itu. - AFP Related Posts :info sukan, Info Tragedi,

Feri berlanggar, 38 terkorban

Image
The bow of the Lamma IV boat (C) is seen partially submerged during rescue operations (AFP, Antony Dickson) Bot Lamma IV mula tenggelam semasa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, semalam selepas ia berlanggar dengan sebuah feri di luar pantai Hong Kong, mengakibatkan 38 orang terbunuh. - AFP HONG KONG 2 Okt. - Sekurang-kurangnya 38 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah feri yang membawa sekumpulan pekerja yang sedang bercuti berlanggar dengan sebuah lagi feri sebelum karam di perairan Hong Kong, malam tadi. Pihak berkuasa berkata, bot milik Syarikat Elektrik Hong Kong itu membawa seramai 120 orang penumpang terdiri daripada kakitangan dan keluarga mereka bagi menyaksikan persembahan bunga api sempena Hari Kebangsaan China di Pelabuhan Victoria, petang semalam, sebelum nahas itu berlaku berdekatan pulau Lamma. Beberapa penumpang tercampak ke dalam laut dan feri itu tenggelam dala

Kebakaran awal pagi musnahkan rumah panjang

Image
SIBU 2 Okt. - Satu kebakaran awal pagi memusnahkan rumah panjang 10 pintu, Rh.Nyantau anak Sandah, di Tamin, Km53 Jalan Sibu-Selangau, dekat sini hari ini. Ketua Stesen Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Masidi Taha berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian tersebut. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pukul 5.27 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat ke tempat kebakaran dan berjaya mengawal api dalam masa satu jam selepas tiba di situ. - BERNAMA

Suspek tembak 2 polis, mati ditembak

Image
KU Chin Wah (kanan) bersama dua anggotanya menunjukkan pistol yang dirampas dari seorang penjenayah yang ditembak mati pada sidang akhbar di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini menembak mati seorang daripada beberapa suspek yang dipercayai terlibat menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun cuba meloloskan diri apabila kereta Proton Waja dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Pusat Beli-belah Mid Valley. Suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti sebaliknya memecut sebelum dikejar anggota pasukan itu sehingga terbabas di kawasan letak kenderaan Desa Water Park. Lelaki tersebut kemudian melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan anggota polis membalas sehingga suspek terbunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin W

Remaja tampil serah diri

Kuala Lumpur: Tidak sampai 24 jam selepas seorang rakan jenayahnya ditembak mati, seorang remaja berusia 17 tahun menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua anggota polis ditembak penjenayah di Jalan Kuchai Lama, Rabu lalu. Remaja beralamat di Taman Wahyu, Jinjang, di sini datang berseorangan dan menyerah diri di Balai Polis Kepong, kira-kira jam 11 pagi semalam selepas gambarnya bersama seorang lagi suspek, Wan Fadrulzaman Wan Mohd Fadhil, 30, dari Mentakab, Pahang disiarkan media. Suspek kini direman Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan suspek kini direman dan polis percaya dia mempunyai maklumat bagi membantu siasatan kes dua anggota polis ditembak, termasuk mengenalpasti lokasi persembunyian seorang lagi suspek. Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin di tempat letak kereta Taman Desa Water Park, polis menembak mati seorang daripada tiga suspek utama kes tembakan yang mencederakan dua anggota po

Koperal R Subramaniam diserang bertalu-talu

Image
Kena serang bertalu-talu Ismail berkata sesuatu kepada Subramaniam ketika melawat anggota polis itu yang cedera ditembak di PPUM, semalam. - Foto Mim Fadlizal Rozaiman Petaling Jaya: "Sepanjang 31 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya ditembak penjenayah,” kata Koperal R Subramaniam, 52, yang parah di perut selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini kelmarin. Risiko anggota polis Dia yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berkata walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah. “Ia pengalaman tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Inilah risiko dihadapi pegawai dan anggota polis setiap hari dalam melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. Menceritakan semula kejadian itu, Subramaniam berkata, dia dan rakan setug

Suspek tembak 2 anggota polis mati ditembak

Image
30 September 2012 R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati salah seorang daripada tiga suspek yang disyaki terbabit menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama, di sini, Rabu lalu.   Dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun itu  melarikan diri apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandunya cuba ditahan polis berhampiran pusat membeli-belah Mid Valley di sini.   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti lalu dikejar anggota polis sehingga kenderaan suspek terbabas di kawasan parkir Taman Desa Water Park.   "Apabila anggota polis mengham

Dua anggota polis ditembak di Jalan Kuchai Lama

Dua anggota anggap kejadian ditembak sebahagian tugas polis PETALING JAYA 27 Sept. - Dua anggota polis yang parah akibat ditembak penjenayah di Jalan Kuchai Lama dekat sini semalam menganggap kejadian yang menimpa mereka itu sebagai sebahagian daripada tugas dan risiko sebagai pasukan keselamatan. Malah walaupun hampir meragut nyawa, dua anggota itu, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, insiden itu sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Menceritakan kejadian itu, Subramaniam yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan berusia lapan dan 23 tahun memberitahu, kejadian tersebut berlaku begitu pantas. "Kami keluar membuat pemeriksaan biasa. Apa yang saya ingat saya nampak suspek keluarkan pistol terus tembak ke arah kami dan kami pun berbalas tembakan untuk mempertahankan diri," kata Subramaniam yang cedera di perut akibat kejadian itu. Kata Subramaniam lagi, kejadian ditembak penjenayah adalah yan

Mariam hubungi anak sebelum kebakaran

Image
SEREMBAN 3 Ogos - "Emak ada menghubungi saya tetapi tidak sempat dijawab. Saya cuba beberapa kali untuk menghubunginya pula tetapi langsung tidak berjawab". Perbualan itu terhenti apabila Ruzilawati Sahari, 38, anak kelima kepada mangsa rentung, Zahari Hasan, 79, dan Mariam Abd. Latif, 69, sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini. Katanya, dia menerima panggilan itu pada pukul 4.10 pagi ini dan pada pukul 4.45 pagi, dia dikejutkan dengan panggilan daripada jiran yang mengatakan emak sakit dan menyuruhnya segera pulang. "Selepas subuh tadi saya bergerak dari Taman Melawati, Kuala Lumpur dan dalam perjalanan, kakak saya, Rokiah memberitahu rumah terbakar dan emak serta ayah sudah tiada," katanya. Dia yang tidak percaya dengan berita itu, terus ke Felda Pasoh 1 di Jelebu dan terkejut apabila melihat rumah mereka hangus dengan kedua-duanya rentung. Related Posts :Info Tragedi

Tragedi awal pagi 14 Ramadan

Image
                      Anggota forensik menjalankan siasatan di dalam rumah pasangan suami isteri warga emas yang rentung dalam kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu, semalam. JELEBU 3 Ogos - Rutin bersahur sepasang suami isteri warga emas awal pagi ini adalah yang terakhir selepas kedua-duanya ditemui mati dalam keadaan rentung selepas rumah yang mereka diami di Felda Pasoh Satu dekat sini hangus. Mangsa, Zahari Hasan, 79, bersama isterinya, Mariam Abd. Latif, 69, ditemui mati di ruang tamu rumah berkenaan oleh sepasukan anggota bomba yang memadamkan kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.39 pagi. Pemangku Penolong Pengarah Bomba Bahagian Operasi, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.46 pagi dan ketika itu hampir 80 peratus rumah telah hangus. Related Posts :Info Tragedi

Jurujual mati ditembak ketika tunggu isteri

SEGAMAT 20 Julai - Seorang jurujual mati ditembak sebanyak tiga das ketika sedang menunggu isterinya selesai bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Utama, di sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, mangsa, Asnan Yunus, 28, dari Felda Palong Timur mati di tempat kejadian setelah tembakan itu mengenai rusuk, tengkuk dan bawah telinga sebelah kiri. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Md. Anuar Ismail berkata, semasa kejadian mangsa sedang menunggu di dalam keretanya tidak jauh dari sebuah kedai serbaneka. - UTUSAN Related Posts :Info Tragedi

Lagi mati ditembak di Segamat

Image
MAYAT Asnan Yunus ditutup plastik hitam di sebelah keretanya selepas ditembak tiga das di Bandar Utama, Segamat, Johor, semalam. SEGAMAT 20 Julai - Dalam tempoh dua bulan, sudah tiga kes bunuh berlaku di daerah ini. Bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai namun, kes tembak yang berlaku di daerah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana ia berlaku di sebuah bandar kecil. Pihak polis kini giat mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana usaha memburu suspek sedang giat dilakukan. Jika pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak di sebuah stesen minyak, disusuli seorang pemandu trak tunda ditembak di persimpangan lampu isyarat pada 23 Jun, satu lagi pembunuhan kejam berlaku di bandar ini awal pagi ini. Kali ini, seorang jurujual produk jualan langsung maut akibat ditembak tiga das semasa menunggu isterinya selesai bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Utama di sini. Dalam

Terkilan tak sempat beri ibu hadiah

ALOR SETAR 21 Julai - Anak tunggal kepada bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, Halimah Yunus yang mati dipercayai dibunuh malam tadi, terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan ibunya jubah dan gelang tangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Norliza Mansor, 46, yang tinggal di Sungai Petani dekat sini berkata, ketika pulang menjenguk Halimah Rabu lalu, ibunya itu menyatakan hajat untuk memakai jubah dan teringin memakai gelang tangan pada hari raya ini. “Saya sudah pun membeli jubah berwarna kelabu dan bercadang membeli gelang tangan emas Korea esok sebagai kejutan untuk ibu. Saya bercadang menemuinya petang esok untuk menyerahkan barangan ini, tetapi tidak kesampaian," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini. Halimah, 66, ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar di leher kiri di atas katil bilik tidurnya di Kampung Bukit Hangus oleh suaminya, Mee Hashim, 63, yang pulang selepas menunaikan solat

Bekas ketua Wanita UMNO mati dibunuh

Image
RUMAH tempat kejadian Halimah Yunus (gambar kecil) mati dipercayai dibunuh selepas ditemui berlumuran darah di bilik tidur rumahnya di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, Alor Setar, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR ALOR SETAR 21 Julai - Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, dekat sini mati dipercayai dibunuh selepas rumahnya dipecah masuk malam tadi. Mangsa, Halimah Yunus, 66, yang mengetuai wanita UMNO cawangan itu sekitar 1990-an ditemui suaminya, Mee Hashim, 63, dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian leher kiri di bilik tidur mereka kira-kira pukul 9.30 malam. Kejadian berlaku ketika mangsa yang menghidap penyakit lelah sejak beberapa tahun lalu berseorangan di rumah itu manakala suaminya ke surau kampung tersebut sejak pukul 7.30 malam untuk menunaikan solat sunat tarawih. Mee berkata, sejurus tiba di rumah, dia terkejut melihat Halimah terbaring di atas katil dalam keadaan cedera parah dan isterinya itu sempa

Pemandu bot pelancong lemas di Pulau Perhentian Besar

BESUT 22 Julai - Seorang pemandu bot pelancong mati lemas di kawasan perairan Pulau Perhentian Besar dekat Tuna Bay Island Resort di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Azhar Idris, 37, dari Kampung Lemal, Pasir Mas, Kelantan. Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria ketika mengesahkan kejadian kira-kira 7.45 pagi itu berkata mangsa dilihat berenang menuju ke botnya di tengah laut, kira-kira 100 meter dari pantai. - BERNAMA Related Posts :Info Tragedi

CIKGU SEKOLAH TELAH DICULIK DAN DILARIKAN

Image
PERHATIAN: CIKGU SEKOLAH TELAH DICULIK DAN DILARIKAN! MOHON SEBARKAN!! Minta perhatian kepada semua pembaca sekalian!!! Andai pembaca sekalian terjumpa atau terserempak dengan wanita seperti gambar di atas, sila hubungi balai polis yang berhampiran atau boleh hubungi terus ke talian 019-7986520 atau 07-8952486 (bapa wanita terbabit). Untuk maklumat pembaca sekalian, wanita terbabit ialah seorang guru yang dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki. Wanita terbabit dipercayai kemungkinan disihir/dipukau dan dilarikan. Maklumat diri wanita tersebut seperti berikut : NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN UMUR : 27 TAHUN STATUS : BUJANG PEKERJAAN : GURU WARNA KULIT : CERAH TINGGI : 5 kaki 6 inci LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI Related Posts :info tragedi