Posts

Showing posts from November, 2010

Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera - AHB

AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara - PM 29/11/2010 4:37pm KUALA LUMPUR 29 Nov. - Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang dilancarkan hari ini memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk turut sama merasai kekayaan negara dan berjaya dalam lapangan ekonomi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelancaran skim ini merupakan hasrat kerajaan untuk membawa perubahan besar kepada ekonomi negara agar kekayaannya tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata. "Kita tidak ingin melihat jurang antara mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah semakin melebar, melalui usaha seperti ini maka kita dapat membantu untuk mengurangkan jurang ini. "Ia juga dapat memberikan satu lagi instrumen di mana kekayaan negara kita ini boleh dimiliki oleh seberapa ramai rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap melancarkan AHB di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...

Raja Arab Saudi - Raja Abdullah semakin pulih

Image
Sakit tulang belakang: Raja Abdullah semakin pulih Raja Abdullah RIYADH 29 Nov. - Kesihatan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang menjalani pembedahan Rabu lalu kini semakin baik apabila beliau kini boleh berjalan sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul Aziz. Putera Nayef yang juga merupakan adik tiri kepada Raja Abdullah berkata, Penjaga Dua Kota Suci itu kini mula berjalan-jalan di sekitar hospital di New York yang merupakan tempat beliau dirawat kerana sakit di bahagian tulang belakang. Bagaimanapun, Putera Nayef tidak mengulas lanjut sama ada Raja Abdullah telah dibenarkan keluar dari Hospital New York atau masih lagi menjalani rawatan. - AFP

Asid tumpah di Ayer Keroh

Asid tumpah dalam nahas lori dekat Ayer Keroh 29/11/2010 4:03pm MELAKA 29 Nov. - Sebuah lori membawa 80 tong asid nitrik terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 198.4 Lebuhraya Utara-Selatan pada 5.40 pagi tadi menyebabkan berlaku tumpahan bahan itu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Melaka, R. Ezhumalai berkata, kejadian itu menyebabkan 24 tong bahan itu bertaburan, sembilan daripadanya didapati bocor. "Kemalangan yang berlaku tiga kilometer dari plaza tol Ayer Keroh itu telah menyebabkan tumpahan asid sehingga terbentuk kabus tebal dipercayai penyebab berlakunya satu lagi kemalangan melibatkan tiga buah kereta,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Menurutnya setiap tong seberat 280 kilogram mengandungi 200 liter asid nitrik berkepekatan 68 peratus dan asid kelas 8 itu bersifat menghakis dan kabus yang terbentuk boleh memudaratkan kesihatan. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Ezhumalai sambil menjelaskan bahawa punca kejadian mas...

Rasuah: Penolong Pengurus Felda

Rasuah: Penolong Pengurus Felda dipenjara dua minggu, denda 29/11/2010 4:51pm ALOR SETAR 29 Nov. - Seorang Penolong Pengurus Felda dikenakan hukuman penjara selama dua minggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah lima tahun lalu. Hakim Chan Jit Li menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Salleh Md. Said, 47, di akhir pembelaan kes hari ini. Tertuduh didakwa menerima seunit komputer riba bernilai RM3,100 sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses penyediaan bayaran bagi kerja-kerja tambahan kepada kerja membekal, membina dan menyiapkan jalan-jalan pertanian di Felda Lubuk Merbau, dekat sini oleh sebuah syarikat. Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di Sentosa Plaza di sini kira-kira pukul 5 petang pada 14 Mei 2005. Salleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama. Tertuduh turut diperintahkan menjalani h...

Bomba malaysia tetap masa 10 minit

Image
Bomba tetap masa 10 minit untuk tiba di lokasi KUALA TERENGGANU 29 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menetapkan masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang berdekatan dan kurang 20 minit bagi tempat yang agak jauh. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penetapan itu sebagai usaha memperbaiki imej jabatan yang tercalar sebelum ini berikutan dakwaan lambat tiba bagi membantu kes-kes kebakaran dan sebagainya. Jabatan itu akan memastikan maklum balas bagi sesuatu panggilan kecemasan dipercepat dan disegerakan bagi meningkatkan imejnya dan menetapkan tempoh maklum balas itu merupakan Petunjuk Prestasi utama (KPI) jabatan. “Kelewatan sampai di tempat kejadian akan merugikan apabila kebakaran merebak yang sukar dikawal dan diselamat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja pertama ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Negeri Md Salleh Sarbini. - Bernama

Isteri rentung, suami melecur dalam kemalangan

Isteri rentung, suami melecur dalam kemalangan 29/11/2010 7:35pm KUANTAN 29 Nov. - Seorang wanita rentung selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain lalu terbakar di Km 35 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Baging di sini hari ini. Mangsa, Senik Osman, 69, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang berumur 72 tahun yang memandu kereta Proton Iswara mereka cedera parah serta melecur separuh badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian pada 1.45 petang itu, kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Kuantan. "Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta yang jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai gagal memotong kenderaan dihadapannya sebelum merempuh kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya, kereta yang dinaiki mangsa kemudian terbakar dan menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk...

Norsyarehan juara Citra Wanita One Drop

Image
Norsyarehan juara Citra Wanita One Drop NORSYAREHAN Ahmad Razali (tengah) muncul juara Citra Wanita One Drop Perfumes/Mingguan Malaysia bersama Normala Samsudin, para peserta dan penaja di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur, semalam. - mingguan malaysia/AZLAN BAHRU M KUALA LUMPUR 27 Nov. - Tirai pencarian Citra Wanita One Drop Perfume/Mingguan Malaysia dilabuhkan di Hotel Seri Pacific di sini hari ini dengan pereka fesyen, Norsyarehan Ahmad Razali dinobatkan sebagai juara. Gadis berusia 23 tahun yang juga model pakaian muslimah itu mengalahkan sembilan peserta lain bagi melayakkan beliau menjulang trofi juara di samping membawa pulang wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai RM5,000, hamper One Drop Perfumes dan pakej pelancongan ke Bali, Indonesia. Tempat kedua dimenangi oleh seorang pendidik, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed yang menerima wang tunai RM2,000, barang kemas bernilai RM2,000, hamper One Drop Perfumes dan pakej pelancongan ke Kota Kinabalu, Sabah. Seorang lagi pendid...

Dr. Mahathir syor ATM guna paramotor

Image
Dr. Mahathir syor ATM guna paramotor dalam operasi DR. Mahathir Mohamad bersama juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di Kompleks Pekan Rabu, Kuah, Langkawi, semalam. LANGKAWI 27 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka. Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat. “Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di pekarangan Kompleks Pekan Rabu, Kuah di sini, hari ini. Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di selatan Thai yang mengambil masa sejam melibatkan perjalanan sejauh 58 kilometer. Dr. Mahathir berkata, pa...

PROTON HYBRYTH

Image
Kenderaan hibrid Proton Antara kereta yang menyertai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Proton 2010 di Stadium Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 27 Nov. – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan 50 hingga 200 model kenderaan berteknologi hibrid dan elektrik bagi kegunaan rasmi kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya mulai Januari tahun depan. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pengeluaran itu merupakan peringkat kedua yang dilakukan Proton dalam usaha membangunkan teknologi kenderaan hibrid dan elektrik sebelum pengeluaran berskala besar untuk pasaran pengguna di negara ini dilakukan. Katanya, Proton telah mendapat kelulusan Kabinet untuk pengeluaran sejumlah kenderaan tersebut bagi kegunaan kerajaan. “Peringkat pertama untuk membangunkan kenderaan teknologi ini, kita telah menyertai cabaran Brighton to London Future Challenge di United Kingdom dan memenangi Best Range Extender Electric Vehicle pada 6 November lalu menyaingi bebera...

Pegawai seleweng diesel tidak dilindungi

Image
Pegawai seleweng diesel tidak dilindungi Ismail Sabri BERA 27 Nov. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan melindungi atau berkompromi dengan mana-mana kakitangannya yang terlibat dengan aktiviti penyelewengan subsidi diesel. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, perbuatan kakitangan kementerian itu termasuk nelayan, persatuan nelayan dan pembekal yang terlibat melakukan penyelewengan tersebut dianggap sebagai pengkhianat negara. Katanya, akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, kerajaan terpaksa menanggung kerugian ratusan juta ringgit. ‘‘Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu penyelewengan subsidi diesel ini kerana ia melibatkan wang rakyat,” tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini hari ini. Ismail Sabri memberitahu, pihaknya dan beberapa kementerian telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi...

MR253 & MR263 tingkatkan hasil padi

Image
Varieti MR253, MR263 tingkatkan hasil padi SERDANG 27 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melancarkan dua varieti padi baru sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA 2010), di sini. Varieti padi MR253 dan MR263 itu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan ketara. Menurut kenyataan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), varieti MR253 mampu memberikan hasil padi yang tinggi walaupun ditanam di kawasan tanah bermasalah seperti tanah gambut dan berasid. "MR253 toleran terhadap persekitaran tersebut dan membantu meningkatkan hasil agar lebih berdaya maju dan membantu peningkatan pengeluaran. "Di samping itu, hasil varieti ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperi kerintangan terhadap perosak utama selain kualiti biji yang baik," katanya. Bagi varieti MR263 pula, MARDI berkata ia mempunyai ciri utama yang rintang...

Bendung krisis makanan

Image
Bendung krisis makanan SERDANG 27 Nov. - Kerajaan akan mengadakan kerjasama strategik untuk mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara sebagai salah satu usaha meningkatkan bekalan makanan Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata perkara itu adalah antara langkah-langkah yang diambil untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan. "Misalnya tanaman padi, kita tidak mungkin dapat (menghasilkan) 100 peratus, kalau dapat 70 peratus pun sudah cukup. "Saya fikir kita boleh lihat kemungkinan untuk memajukan kawasan (pertanian) di luar negara kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding kos menambah tanaman padi di negara kita," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian serentak Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2010 di s...

PKR - Putrajaya makin lesu

Image
Tawan Putrajaya makin lesu NAJIB Tun Razak memegang setangkai jambu air Malaysia di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Serdang Selangor, semalam. – mingguan/ ismail kamadin PETALING JAYA 27 Nov. – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dihujani pelbagai persoalan daripada seorang wakil Perak, Zulkifli Ibrahim ketika berbahas menyokong ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Ketujuh parti itu di sini hari ini. Selain menempelak JPP dengan persoalan mengenai kelemahan dalam pemilihan PKR yang baru berakhir beberapa hari lalu, Zulkifli juga mencuri tumpuan perwakilan apabila mendakwa semangat parti itu untuk menawan Putrajaya kini semakin lesu. Katanya, kedua-dua keadaan itu berlaku kerana PKR gagal membuktikan perubahan seperti yang dijanjikan oleh para pemimpin parti dan keadaan itu memberi ruang kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN) untuk kembali menarik sokongan rakyat. “Pemilihan parti 2010 akan termak...

Anwar anugerah Tuhan?

Image
‘Anwar anugerah Tuhan’ SEORANG petugas mengarahkan ahli parti yang mengadakan demonstrasi bersurai semasa kongres PKR di Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 27 Nov. – Dalam tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk mengembalikan keyakinan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan. “Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. “Jika beliau insan biasa seper...

Kabinet lulus bantuan RM60j

Kabinet lulus bantuan RM60j KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kabinet hari ini meluluskan bantuan RM60 juta untuk para petani di Kedah dan Perlis yang terjejas akibat banjir awal bulan ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bantuan kepada lebih 23,000 petani terutama pesawah itu akan mula diagihkan seawal bulan depan. Menurut beliau, Kabinet pada mulanya menimbangkan untuk menangguhkan penyaluran bantuan berikutan khuatir dengan kemungkinan gelombang kedua banjir dalam masa terdekat. "Bagaimanapun Kabinet bersetuju menyalurkan bantuan awal itu kepada golongan pesawah terlebih dahulu kerana penanaman semula padi tidak boleh ditangguhkan lagi. "Pemerhatian saya di Kedah baru-baru ini juga mendapati sebahagian pesawah sudah memulakan proses penanaman semula. Untuk itu, bantuan RM60 juta itu akan disalurkan secepat mungkin dengan menggunakan dana kementerian dahulu," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perasmian Rum...

Info - PM rasmi karnival jualan produk PDK 4 Disember

PM rasmi karnival jualan produk PDK 4 Disember PUTRAJAYA 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan karnival jualan produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) peringkat kebangsaan dan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program anjuran Bakti itu melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga rakan kongsi utama dengan kerjasama badan-badan amal isteri pemimpin negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan. Isteri Perdana Menteri berkata, program tersebut yang dianjurkan buat julung kalinya itu adalah satu strategi membantu negara dalam membangunkan masyarakat dan menterjemahkan rasa prihatin terdapat golongan orang kurang upaya (OKU). ''Seramai 560 peserta terdiri...

Peluang 120 usahawan terus aktiviti

Image
120 usahawan berpeluang terus aktiviti SERDANG 26 Nov. - Lebih 120 usahawan Pahang berpeluang meneruskan pelbagai aktiviti di Pavilion Rumah Pahang di sini sepanjang tahun selepas Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA 2010) berakhir. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah berkenaan merupakan tapak kekal negeri itu dan ia akan dibuka setiap hari. ''Rumah ini kita akan bangunkan bersama-sama usahawan yang sanggup menggerakkannya. ''Peluang ini terbuka kepada usahawan yang bersedia berkecimpung dan menggerakkan secara kekal rumah ini. Malah, penyelenggaraan aktiviti secara berkala akan dilakukan bagi mengekalkan laman kekal ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pavilion Rumah Pahang di sini hari ini. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Adnan berkata, usaha tersebut perlu bagi mempromosikan industri kecil d...

Selesaikan isu air secepat mungkin

Image
Selesaikan isu air secepat mungkin - FOMCA PETALING JAYA 26 Nov. - Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) perlu berbincang dan mencapai kata sepakat secepat mungkin bagi memastikan negeri itu tidak berdepan dengan krisis air pada masa depan. Presiden Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, pertikaian demi pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan rakyat. "Ini bukan isu siapa menang siapa kalah dalam perlawanan melibatkan Menteri Besar dengan Pengerusi Syabas. Ini isu rakyat Selangor sebagai pengguna air di negeri ini. "Ia juga tentang kepercayaan. Jika kita tidak percaya kepada orang sendiri, kepada siapa kita hendak percaya," katanya. Beliau berkata demikian semasa berdialog dalam Forum Air Selangor Tiga Penjuru bertajuk Water Demand Management anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Persa...

Kerajaan PKR -Selangor - tidak tahu malu

Kerajaan PKR Selangor tidak tahu malu – Shahrizat KUALA LANGAT 26 Nov. – Cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya peruntukan kebajikan yang disediakan kerajaan Pusat diserahkan kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap sebagai memalukan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia kerana cadangan itu merupakan jalan mudah bagi menutup kecuaian kerajaan PKR dalam menyediakan peruntukan kebajikan yang cukup kepada rakyat negeri ini. Justeru kata Shahrizat, Abdul Khalid sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. ‘‘Minta maaf. Kalau dia hero dialah kena jaga orang Selangor. Ini minta duit dari kementerian saya yang wanita ni dan kemudian kata pada rakyat, ini duit aku bagi. Banyak cantik. Tak malu,” katanya. Shahrizat ditemui selepas menyampaikan bantuan Program Gempur Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Is...

PM lancar MAHA 2010 hari ini

Image
PM lancar MAHA 2010 hari ini SERDANG 26 Nov. - Hari pertama Pameran Pertanian, Horikultur dan Argo-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) menyaksikan lebih 50,000 pengunjung membanjiri tapak pameran seluas 50 hektar itu di sini sehingga pukul 1 tengah hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah tersebut belum termasuk jumlah pengunjung sebelah petang dan malam dan dijangka akan meningkat lebih tinggi lagi selepas majlis pelancaran MAHA 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok. "Kita menjangkakan lebih ramai pengunjung esok beserta ramai kenamaan yang pastinya tidak dapat menghabiskan lawatan di seluruh tapak pameran serta 2,500 gerai jualan dalam masa satu hari sahaja. "Walaupun lebih 7,000 tapak meletak kereta disediakan, mereka yang ingin mengunjungi MAHA 2010 dinasihatkan mendengar radio atau membaca maklumat di akhbar mengenai laluan di sini bagi mengelakkan kesesakan," katanya. Beliau berkata ...

Tentera Darat sedia tangani rampasan pesawat

Tentera Darat sedia tangani rampasan pesawat PULAU PINANG 26 Nov. - Tentera Darat sentiasa bersedia menangani krisis keganasan melibatkan pesawat udara yang dicetuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab termasuk dari luar. Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, untuk tujuan itu, Tentera Darat sentiasa mengkaji serta menilai kepakaran dan tahap kesiagaan pasukan khas yang ditubuhkan iaitu Unit Lawan Keganasan (ULK) 11 Rejimen Gerak Khas. Menurut beliau, persiapan tersebut termasuk memperoleh peralatan dan kelengkapan canggih terkini seiring dengan kepesatan teknologi persenjataan. "Kita tidak boleh menafikan pesawat kita atau milik syarikat penerbangan lain mungkin boleh dirampas oleh kumpulan pengganas dan kepakaran kita diperlukan untuk menangani krisis tersebut. "Justeru, kecekapan pasukan khas perlu sentiasa dilihat termasuk keperluan persenjataan baru," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan latihan operasi menyelamat...

Pasukan petugas khas ditubuh

Pasukan petugas khas ditubuh SERDANG 26 Nov. - Satu pasukan petugas khas akan dibentuk bagi menyiasat penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Menurut beliau, kerjasama itu melibatkan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya, arahan penubuhan itu diambil selepas beliau berbincang isu kepakaran kementeriannya menyiasat perkara itu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed hari ini. "Saya sempat berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebentar tadi mengenai siasatan penyelewengan diesel bersubsidi kepada nelayan dan kita akan menubuhkan pasukan petugas khas bersama SPRM dan KPDNKK untuk menyiasat dan membendung gejala tersebut. "Kementerian ini tiada kepakaran untuk menyiasat. Oleh itu, saya berharap pasukan ini dapat mengenalpasti kelemahan yang boleh menyeb...

Najib sumbang RM1.7j untuk anak yatim

Image
Najib sumbang RM1.7j untuk anak yatim NAJIB Tun Razak menyampaikan replika cek bernilai RM1.7 juta kepada Zawawi Ramli untuk membiayai Rumah Amal Limpahan Kasih, Kampung Sri Aman, Puchong di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 26 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengotakan janjinya memberikan sumbangan sejumlah RM1.7 juta bagi pembinaan dua buah blok asrama anak yatim dan sebuah surau untuk kegunaan Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong dekat sini. Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri kepada pengasas rumah anak yatim itu, Rabaah Abdul Aziz dan pengetuanya, Zawawi Ramli yang hadir bersama lima orang anak yatim rumah amal berkenaan di pejabatnya di sini. Perdana Menteri berkata, beliau telah menjanjikan sumbangan tersebut ketika lawatannya ke rumah tersebut pada Ramadan lalu dan mengambil kesempatan bersahur bersama anak-anak yatim tersebut. ''Seperti yang dijanjikan tempoh hari ini, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk pembinaa...

Tiada laporan pelajar Malaysia di Korea perlu dipindahkan

Tiada laporan pelajar Malaysia di Korea perlu dipindahkan KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menghubungi Kedutaan Malaysia di Korea untuk mengetahui perkembangan serangan Korea Utara ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan, baru-baru ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ( gambar ) berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan yang memerlukan tindakan diambil untuk memindahkan pelajar-pelajar Malaysia ke tempat lain. Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan diambil bergantung pada laporan yang diterima daripada kedutaan. "Seperti di mana-mana negara luar yang kita hantar pelajar, kita akan melihat keadaan dan sekiranya laporan memerlukan mereka dipindahkan ke tempat lain, kita akan lakukan," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 ELS Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai keadaan pelajar-pelajar Malaysia ekoran konflik yang melanda Semenanj...

7,000 bebola lumpur dilontar ke Pd

Image
7,000 bebola lumpur dilontar ke pantai PD TELUK KEMANG 26 Nov. - Kaedah bebola lumpur mikroorganisma efektif (EM) dalam usaha melestarikan keindahan alam sekitar masih kurang meluas penggunaannya untuk memulihara pantai peranginan Port Dickson di sini. Namun, kaedah tersebut dilihat cukup efektif dan murah memandangkan bebola lumpur mengandungi mikroorganisma yang sangat berkesan membersihkan air selain ia terdiri daripada bahan semula jadi. Menyedari hakikat tersebut, program Projek Revive-PD 2010 yang berlangsung dua hari bermula hari ini berusaha mengetengahkan kaedah tersebut dengan menjadikan aktiviti membaling bebola lumpur sebagai aktiviti utama program. Menurut pengarah projek, Raymund Gagarin dari syarikat Revival Production Sdn. Bhd., sebanyak 7,000 biji bebola lumpur dilontarkan peserta ke laut dalam program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di Dataran Seri Kemang, Batu 8 Jalan Pantai Port Dickson di sini. "Kaedah mel...

Ganti Tambak Johor

Image
Boleh ganti Tambak Johor – Dr. M Tun Dr. Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR 26 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan mengundang implikasi undang-undang daripada kerajaan Singapura jika ia menggunakan formula ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sewaktu pentadbirannya. Menurut bekas Perdana Menteri itu, keyakinan berkenaan adalah berasaskan reaksi Singapura yang tidak membantah rancangan pembinaan jambatan itu atau membuat apa-apa tuntutan termasuklah mengenai laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Katanya, kerana itulah kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dengan menambak sebahagian daripada Tambak Johor yang berada dalam kawasan Malaysia untuk dijadikan tempat penyambungan ‘jambatan bengkok’ dari arah Johor. “Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan in...

GEMPAR - IBC Angkasapuri

Image
Petugas IBC Angkasapuri gempar Para petugas di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) Angkasapuri diarahkan keluar sebagai langkah keselamatan setelah berlaku kebocoran gas nitrogen di tingkat 1 bangunan itu petang semalam KUALA LUMPUR 26 Nov. - Para petugas di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) Angkasapuri di sini gempar apabila berlaku kebocoran gas nitrogen di sebuah bilik elektronik di tingkat 1 bangunan itu hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.53 petang dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Pusat dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, terdapat 13 silinder gas yang bocor dari sistem pemadaman kebakaran jenis yang mengeluarkan gas nitrogen. "Kebocoran itu berlaku secara tidak sengaja ketika pihak kontraktor sedang membuat penyelenggaraan di tingkat satu bangunan ...

KUALA LUMPUR - Dua ditembak

Dua ditembak di khalayak ramai KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dipercayai angkara dendam, dua orang lelaki cedera selepas ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di khalayak ramai di Bandar Baru Sungai Buloh di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5.30 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 25 dan 28 tahun itu cedera di kaki selepas ditembak sebanyak lima das oleh suspek dari jarak dekat. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang duduk di atas sebuah kerusi di hadapan sebuah kedai pajak gadai yang telah ditutup. "Tiba-tiba, muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal dengan memakai topi keledar berpenutup penuh berhenti di hadapan mangsa. "Seorang daripada suspek kemudian melepaskan lima das tembakan ke arah kedua-dua mangsa tanpa sempat mereka melarikan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Beliau menambah, suspek kemudian melarikan diri manakala kedua-dua m...

PKR - parah

Image
PKR semakin parah SUASANA di dalam dewan lengang dirakamkan oleh jurugambar Utusan Malaysia ketika majlis perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR sempena Kongres Nasional Tahunan Ke-7 PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Petaling Jaya, semalam. HULU SELANGOR 26 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu tamparan pada hari pertama berlangsungnya Kongres Nasional parti itu apabila lebih 1,300 orang ahli di Cabang Hulu Selangor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta. Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka dengan cara kepimpinan parti menangani kemelut pemilihan peringkat cabang itu yang didakwa dicemari dengan pelbagai unsur penipuan dan salah guna kuasa. Bekas calon Ketua Cabang Hulu Selangor, Zahar Rusli yang mengetuai tindakan keluar parti itu berkata, pihaknya amat kesal kerana suara mereka langsung tidak didengari sekali gus memberi gambaran PKR tidak memberi keadilan kepada ...

Iran - gempa bumi 5.6 skala Richter

Iran digegar dengan gempa bumi 5.6 skala Richter TEHERAN 27 Nov. – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter telah menggegarkan sekitar kawasan gunung di selatan Iran semalam, tetapi tiada kerosakan yang dilaporkan berlaku. “Gegaran berlaku sekitar kawasan gunung berhampiran Firouzabad dalam wilayah Fars pada pukul 4.03 petang waktu tempatan (8.33 malam waktu Malaysia),” lapor televisyen Iran yang memetik kenyataan dari pusat seismologi Universiti Tehran. “Sehingga kini tidak ada sebarang kerosakan yang dilaporkan berlaku,” kata agensi berita IRNA. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa berukuran pada kadar 5.6 skala Richter itu berlaku dalam kedalaman 10.1 kilometer. - Reuters

Sean Lien - Ditembak ketika berkempen

Image
Ditembak ketika berkempen pilihan raya di Taiwan TAIPEI 27 Nov. – Anak bekas Naib Presiden Taiwan kena tembak di muka ketika berkempen untuk parti Kuomintang, sehari sebelum menjelang pilihan raya tempatan semalam, menurut para pegawai parti. Sean Lien kini dirawat di hospital setelah ditembak, meskipun “bahagian otaknya tidak terluka dan nyawanya tidak dalam bahaya,” kata pegawai kanan parti, We Den-yih. “Kami terkejut dan sedih bila mendapat tahu kejadian ini. Penyerangnya telah ditangkap ditempat kejadian itu juga,” katanya kepada pemberita. Menurut laporan media tempatan, Lien sedang menuju ke pentas untuk berkempen di daerah Taipei bila seorang lelaki mendekatinya dan menembak ke arah mukanya. Jutaan rakyat Taiwan akan keluar mengundi pada pilihan raya tempatan hari ini sebagai tanda simpati mereka menjelang pemilihan presiden pada pilihan raya 2012 nanti. – AFP

Ancam bunuh Obama

Image
Warga emas yang mengancam bunuh Obama ditahan WASHINGTON 27 Nov. – Lelaki warga emas yang mengancam untuk membunuh Presiden Barack Obama dengan serangan berani mati ditahan bersama senjata di tempat tidurnya, kata para pegawai semalam. Menurut aduan, Michael Bowden dari selatan negeri Carolina Selatan memberitahu jururawat di kilinik warga emas yang dikunjungi bahawa dia mahu tembak presiden dengan membunuh dirinya sendiri. Jurucakap agensi Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan berkata, Bowden, 77, warga emas berkulit putih itu ditahan pada 18 November lepas. Ketika menggeledah rumah Bowden, pihak berkuasa menemui empat laras senjata semiautomatik yang sarat dengan peluru di tempat tidurnya serta sembilan laras rifel, dua senapang patah dan selaras pistol dalam bilik anaknya. Dia ditahan atas dakwaan mengancam presiden. – AFP

Pengusaha minyak haram dipenjara

Image
Pengusaha tangki minyak haram dipenjara IPOH 24 Nov. – Seorang pengusaha tangki minyak haram (skid tank), Rosli Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini hari ini atas kesalahan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun, denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda boleh dihukum penjara selama enam bulan. – Utusan

Tindakan hina mahkamah atas saksi

Image
Mohon tindakan hina mahkamah atas saksi KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini supaya seorang pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dikenakan tindakan menghina mahkamah. Ketua Pembangkang tersebut buat kali keduanya turut membuat permohonan agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah digugurkan daripada mendengar kes liwatnya itu. Anwar melalui peguam bela utamanya, Karpal Singh mengemukakan permohonan menghina mahkamah ke atas saksi pendakwa ketiga, Dr. Siew Sheue Feng yang didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mencampuri pentadbiran kehakiman. Ini berikutan tindakan saksi tersebut merujuk kepada borang protokol perubatan (proforma) yang diisi sebelum memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 sewaktu prosiding mahkamah berhenti seketika. Hakim Mohamad Zabidin akan membuat keputusan berhubung permohonan itu esok se...

Mahkamah lawat lokasi laluan Aminulrasyid

Image
Mahkamah lawat lokasi laluan Aminulrasyid SHAH ALAM 23 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini ditunjukkan 12 lokasi yang dilalui oleh Aminulrasyid Amzah, bermula di sebuah restoran sebelum remaja berusia 15 tahun itu ditembak mati di Seksyen 11, pada 26 April lalu. Lokasi tersebut dilawati dengan dipandu arah oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob dari Cawangan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Mohd. Azamuddin Omar, 15, rakan yang berada bersama mangsa di dalam kereta Proton Iswara Aeroback BET 5023 pada malam kejadian. GAMBAR RAJAH GAMBARAN LOKASI Tiga anggota unit kereta peronda yang bertugas pada malam tersebut turut menunjukkan lokasi mereka melihat kereta dipandu Aminulrasyid dan mula mengejar mangsa sehingga ia terbabas di Jalan Tarian. Lawatan oleh Hakim Latifah Mohd. Tahar bersama barisan pendakwaan, peguam bela serta tertuduh, Koperal Jenain Subi yang dibawa menaiki sebuah bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Restoran Ali's Corne...

Keputusan cabar SPR 14 Januari

Image
Keputusan cabar SPR 14 Januari KUALA LUMPUR 23 Nov. – Permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, V. Sivakumar dan lima lagi yang mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN akan diputuskan pada 14 Januari tahun depan. Tarikh tersebut ditetapkan hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Datuk Aziah Ali selepas selesai mendengar hujahan dalam prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pemohon. Pada 3 Februari tahun lalu, Sivakumar mengeluarkan notis kepada SPR bahawa berlaku kekosongan kerusi selepas menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang). Oleh kerana meragui surat peletakan jawatan mereka, SPR enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi itu. Sivakumar kemudian memfailkan semakan kehakiman pada 10 Mac tahun lalu denga...

Zakiah, suami diberi tempoh 3 bulan

Image
Zakiah, suami diberi tempoh 3 bulan KUALA LUMPUR 23 Nov. – Jawatankuasa Pendamai yang dilantik bagi menyelesaikan permohonan bercerai secara baik oleh personaliti TV3, Zakiah Anas dengan suaminya, diberi tempoh tiga bulan lagi untuk meneruskan proses rundingan. Keputusan tersebut dibuat setelah Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dekat sini hari ini, Ghazali Ahmad tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan Jawatankuasa Pendamai yang dilantik oleh Zakiah, 43, dan suaminya, Mohamad Yusof @Mohamed Yusof Taib, 48, sejak 1 Julai lalu. Dua wakil tersebut iaitu Md. Hairi Md. Salleh merupakan wakil bagi pihak defendan, Mohamad Yusof, manakala Zakiah selaku plaintif memilih anak saudaranya, Affendi Yusoff sebagai wakil dalam jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Menurut Ghazali, sebanyak dua perbincangan telah diadakan pada 6 Ogos dan 23 Oktober lalu namun wakil daripada pihak plaintif tidak pernah ha...

Lafaz cerai Joey - tahun depan

Lafaz cerai Joey tahun depan KUALA LUMPUR 23 Nov. – Perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dikemukakan isteri kepada pelakon dan penyanyi, Joey hari ini ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini berikutan peguam syarie yang mewakili plaintif tidak hadir kerana mengadu sakit. Ketidakhadiran Peguam Syarie Amli Embong yang mewakili Noraini Nasir, dimaklumkan oleh Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Joey, selaku defendan kepada Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah. Sehubungan itu, hakim syarie tersebut menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan. Terdahulu, Fakhrul Azman memaklumkan pihaknya telah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap permohonan tersebut seperti yang diarahkan oleh mahkamah pada prosiding lalu. Joey dan Noraini tidak hadir pada prosiding hari ini. Pada 20 Oktober lalu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, menafikan dakwaan isterinya yang mendakwa dia pernah rujuk semula selepas be...

kes liwat - Anwar tegang

Image
Bicara kes liwat Anwar tegang KUALA LUMPUR 23 Nov. - Buat pertama kalinya hari ini, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Tinggi di sini bermula lebih awal daripada biasanya iaitu sebelum pukul 9 pagi. Permulaan yang bagus itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila berlaku pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan, antara peguam bela dengan hakim serta antara pihak pendakwaan dengan penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Walaupun kejadian 'pertikaman lidah' itu sering dilihat sejak perbicaraan bermula pada 3 Februari lalu namun insiden hari ini boleh disifatkan sebagai tidak terkawal. Ia bermula apabila saksi ketiga pendakwa, pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng, 40, memohon untuk merujuk kepada laporan perubatan lengkap yang telah disediakan dan dikemukakan kepada mahkamah sebagai bukti. Permintaan tersebut bagaimanapun dihalang oleh peguam bela uta...