Posts

Showing posts from January, 2012

John Grisham Collection Epub (23 Books)

Image
23 John Grisham collection list: A Painted House A Time to Kill Ford Country Playing for Pizza Runaway Jury Skipping Christmas The Appeal The Associate The Bleachers The Brethren The Broker The Chamber The Client The Firm The Innocent Man The King of Torts The Last Juror The Partner The Pelican Brief The Rainmaker The Street Lawyerv The Summons The Testament the painted garden Click to view password http://adf.ly/401729/jgce

239 Tips for Producing and Managing Flash-based e-Learning Content

Image
PDF | English | 4.7MB(zip) Author: David Holcombe Includes chapters on the following topics: 105 Tips for Using Adobe Flash Professional & Flash Player 6 Tips for Using Adobe Acrobat Connect Pro 26 Tips for Using Adobe Captivate 3 Tips for Using Adobe Dreamweaver 2 Tips for Using Adobe Presenter 9 Tips for Using Articulate Presenter & Engage 4 Tips for Using Artculate Rapid e-Learning Studio & Studio Pro 6 Tips for Using Trivantis Lectora 4 Tips for Using Camtasia Studio Screen Recording & Presentation 21 Tips for Using Other Tools 22 Tips Provided by Tool Vendors 3 1 Tips on Work Practices and General Tips  DOWNLOAD : Mediafire Uploading  Click to view password download-free-ebooks-mediafire.blogspot.com

Percutian berakhir dengan tragedi

Image
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mangsa kemalangan di KM 254.1, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, semalam. - BERNAMA SEREMBAN 25 Jan. - Kegembiraan sebuah keluarga selepas bercuti di Langkawi tidak berpanjangan apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 254.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat Senawang di sini, hari ini. Danish Abdul Latif, 6, maut di tempat kejadian selepas van jenis Joylong yang dinaiki bersama lapan ahli keluarganya terbabas di tepi longkang lebuh raya tersebut. Nahas yang berlaku pukul 6.45 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar sebelum van berkenaan menghempap mangsa di kepala. Ibu mangsa, Zurina Omar, 36, dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, bersama enam lagi ahli keluarga, termasuk dua kanak-kanak berusia setahun dan 10 tahun cedera dan diberi rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Jurucakap polis memberitahu, van yang dipandu oleh Abdul Latif itu hilang kawalan seb...

Kaji selidik UMCEDEL bukti rakyat sokong BN

Image
PONTIAN 25 Jan. - Kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang merupakan petanda baik kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau yakin respons yang menyatakan sokongan kepada BN dalam kaji selidik yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) adalah hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri. "Bermula dengan Klinik 1Malaysia, kini telah dibuka Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), semuanya untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2011 Parlimen Pontian di sini semalam. Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Pegawai Daerah Pontian, Muji ...

Facebook kini jadi lubuk jerung

Image
http://facebook.com KUALA LUMPUR 25 Jan. - Para pengguna laman sosial Facebook seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya mengenai segala bentuk kemewahan yang dicanangkan oleh rakan 'maya' yang dikenali menerusi laman berkenaan. Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin menyifatkan Facebook sebagai lubuk 'jerung' yang hanya menanti mangsa untuk disambar. Katanya, masyarakat harus sedar tiada jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan besar melalui pelaburan seperti yang digambarkan dan helah itu adalah sama dengan skim-skim lain yang diperkenalkan sebelum ini. "Penipuan menerusi pelaburan Internet sudah lama berleluasa dan tidak sepatutnya masih ada mangsa yang terpedaya dengan omongan pihak-pihak berkenaan yang menjanjikan keuntungan sehingga 10 peratus sebulan daripada nilai pelaburan. "Itu semua adalah sandiwara semata-mata bagi menarik minat mereka yang ...

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000

Image
TANAH MERAH 25 Jan. - UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam. Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain. Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. "Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembak...

Ribut - Pokok tumbang, rumah rosak

Image
POKOK tumbang menimpa sebuah kereta dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF KUALA LUMPUR 25 Jan. – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang ini mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan kerosakan rumah termasuk bumbung diterbangkan angin. Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu adalah Taman Desa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, PPR Sri Cempaka dan PPR Seri Indah di Pantai Dalam. Kawasan yang paling teruk dilanda ribut dikesan di Jalan Desa Utama apabila banyak pokok tumbang di sepanjang jalan tersebut. Beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengalihkan pokok-pokok yang tumbang. Tinjauan Utusan Malaysia di Blok E, PPR Sri Cempaka malam ini mendapati se...

Selesaikan segera isu sampah

Image
SEORANG pekerja restoran terpaksa menutup hidung untuk mengelak bau busuk sampah di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. SELAIN masalah sosial membabitkan kewujudan rumah urut berleluasa dan penjualan arak secara terbuka, isu sampah kini dikatakan turut mencalar kredibiliti kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Bagi penduduk setempat, apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik. Timbul juga persoalan, walaupun banyak aduan terhadap masalah tersebut dibuat, namun tiada penyelesaian konkrit diambil pihak terbabit. Sekiranya ia melibatkan masalah antara kontraktor dan kerajaan negeri, mengapa pula rakyat yang terpaksa menerima kesannya!

Lantik firma perunding mampu beri gambaran sebenar

Image
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Keputusan kerajaan melantik firma perunding perakaunan bagi mengaudit projek Pusat Fidlot Nasional mampu menjernihkan keadaan dan memberikan gambaran sebenar tentang pusat itu kepada orang ramai. Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Wan Shahinu Izmir Salleh berkata, pada masa sama, penemuan daripada audit bebas itu akan dapat mengurangkan kritikan sekali gus membuktikan fakta sebenar berhubung projek berkenaan. ''Paling mustahak, ia akan memperbetulkan salah faham dan mengembalikan kredibiliti syarikat yang dilempar dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. ''Justeru, kita mengalu-alukan keputusan kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan dalam projek Pusat Fidlot Nasional ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingannya da...

Fenomena ribut matahari

Image
WASHINGTON 25 Jan. - Radiasi solar daripada ribut matahari paling kencang dalam tempoh hampir sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi semalam, memaksa sebuah syarikat penerbangan mengubah laluan pesawatnya. Fenomena alam itu juga mendorong pemerhati cakerawala menjejaki pertunjukan cahaya yang menakjubkan di langit. Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Delta Air Lines berkata, pihaknya telah mengubah laluan penerbangan merentas kutub di antara Asia dan AS bagi mengelakkan masalah berpunca daripada radiasi solar itu. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan, radiasi yang disebut sebagai coronal mass ejection (CME) itu mula bertembung dengan medan magnet Bumi pada sekitar 10 pagi semalam (11 malam tadi waktu Malaysia). Menurut NASA, ribut itu kini dianggap sebagai yang terbesar sejak Oktober 2003. Ribut radiasi solar tidak memudaratkan manusia di Bumi tetapi boleh menjejaskan operasi satelit dan radio gelombang pendek. Radiasi solar it...

9 maut pemandu amuk langgar pejalan kaki

Image
NEW DELHI 25 Jan. - Seorang pemandu bas yang mengamuk, memandu kenderaan tersebut secara melulu dan melanggar pejalan kaki, menyebabkan sembilan terbunuh dan 27 lagi cedera di bandar Pune, barat India, hari ini. Pesuruhjaya Polis Pune, Meeran Borwankar berkata, suspek, Santosh Mane adalah pekerja perkhidmatan bas milik kerajaan negeri Maharashtra. Menurutnya, Mane membawa bas itu keluar daripada terminal dan mengamuk selama 30 minit dengan merempuh kawasan sesak yang dipenuhi orang ramai. Sekurang-kurangnya 40 kenderaan turut rosak dan 27 mangsa yang cedera telah dihantar ke tiga hospital di bandar itu. "Anggota polis turut bertindak menembaknya untuk memberhentikan bas terbabit tetapi tidak berjaya. "Beberapa orang awam kemudiannya menaiki bas itu ketika ia dipandu perlahan dan memaksa suspek memberhentikan kenderaan terbabit," kata Borwankar. Mane ditahan polis dan punca kejadian masih disiasat. - DPA

Calon pilihan raya Gabenor Aceh jalani ujian bacaan Al-Quran

Image
Pasangan calon pilihan raya Gabenor Aceh (dari kiri) Muzakir Manaf, Zaini Abdullah, Fakhrulsyah Mega, Zulfinal, Yuli Zuardi dan Hendra Fadli ketika menjalani ujian bacaan Al-Quran di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh, kelmarin. – AGENSI JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam. Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata. Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003. “Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abza...

60 dikhuatiri maut tanah runtuh di Papua New Guinea

Image
Pandangan udara menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus kawasan hutan, – REUTERS SYDNEY 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tanah runtuh di pedalaman Papua New Guinea, ketika kebanyakan mangsa sedang nyenyak tidur, semalam. Kejadian di Nogoli, tengah Papua New Guinea itu berlaku berhampiran projek besar gas asli cecair ExxonMobil di selatan negara tersebut. Menurut media Papua New Guinea, 40 mayat telah ditemui dan 20 lagi masih hilang. Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan, Martin Mosi berkata, bilangan yang terkorban dalam bencana itu mungkin lebih ramai, tetapi menegaskan pihaknya masih belum dapat mengesahkan angka sebenar. “Anggota kami kini dalam perjalanan ke tempat kejadian dan kami akan mendapat gambaran yang jelas tidak lama lagi. “Namun yang pastinya, ia adalah bencana tanah runtuh yang besar dan meliputi kawasan yang luas,” kata Mosi. Perdana Menteri Peter O’Neill dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kejadian. Gamba...

AS tekad halang nuklear Iran

Image
WASHINGTON 25 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, penyelesaian masih boleh dicapai secara aman dalam konfrontasi antarabangsa dengan Iran berhubung program nuklearnya tetapi beliau enggan menolak tindakan ketenteraan sebagai satu pilihan. Kenyataan Obama itu membayangkan kesempatan untuk diplomasi semakin terhad, terutamanya ketika Iran sudah mengancam untuk menutup Selat Hormuz iaitu laluan utama bagi bekalan minyak dunia, ekoran sekatan antarabangsa yang semakin ketat dihadapinya. Masyarakat antarabangsa sudah mengatasi perbalahan (berhubung isu Iran) dan kini bersepakat mengenai langkah untuk menyekat cita-cita nuklear Iran, kata Obama dalam ucapan tahunannya kepada anggota kedua-dua dewan Kongres AS, malam tadi. Kesepakatan tersebut dicapai menerusi 'kekuatan diplomasi kita', kata Presiden itu, tanpa menyentuh kenyataan bahawa Rusia dan China terus berkeras menentang tindakan untuk memperketatkan sekatan ke atas Teheran. "Amerika...

Defisit pertama Jepun selepas 31 tahun

Image
TOKYO 25 Jan. - Jepun berkata negara itu telah mengalami defisit perdagangan tahunan pertamanya selepas 31 tahun ekoran bencana alam yang melanda pada Mac lalu selain pengukuhan Yen yang menjejaskan eksport serta peningkatan harga minyak yang mendorong kenaikan bil import. Ia mencatat defisit barangan sebanyak 2.49 trilion Yen, kata menteri kewangannya. Nilai import pula meningkat 12 peratus berbanding 2010 terutama sekali bagi minyak mentah dan gas cecair asli (LNG) sementara eksport jatuh 2.7 peratus diterajui automobil, semi konduktor dan komponen-komponen lain. Selepas bangkit daripada kehancuran semasa Perang Dunia Kedua, Jepun membina negara tersebut sebagai sebuah ekonomi perdagangan dan menikmati lebihan perdagangan yang berterusan disokong oleh eksport kenderaan pada harga kompetitif, barangan elektronik serta pelbagai produk lain. Bagaimanapun, negara tersebut mengalami kerugian teruk pada 2011 selepas bencana alam gempa bumi dan tsunami memusnahkan rangkaian ...

Wanita tempatan rekrut keldai dadah antara ditahan

Image
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa setelah menahan lapan individu termasuk dua wanita tempatan yang dipercayai keldai dadah di sekitar ibu negara, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, salah seorang daripada suspek wanita itu merupakan orang tengah sindiket yang merekrut wanita tempatan untuk menjadi keldai dadah. Beliau berkata, kesemua rampasan dalam tiga operasi tersebut bernilai RM1.53 juta. – Utusan

Tenis: Sharapova kalahkan Kvitova untuk mara ke final

Image
click on picture to view slides MELBOURNE 26 Jan. - Bekas juara Maria Sharapova mengalahkan pemain kedudukan kedua Petra Kvitova dalam tiga set untuk layak ke final Terbuka Australia. Pemain berasal dari Rusia itu menewaskan Kvitova 6-2, 3-6, 6-4 dan akan menentang pemain Belarus, Victoria Azarenka. - AFP

Kemerosotan minat pelajar terhadap jurusan sains membimbangkan

Image
PUTRAJAYA 26 Jan. - Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi. "Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya. Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain ...

Melaka bayar pampasan RM7.7 juta ambil alih syarikat bas henti-henti

Image
MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Februari depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000. "Kita berharap transformasi ini dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Melaka yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti walaupun (kerajaan Melaka) terpaksa menanggung kerugian akibat pengambilalihan ini,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Panorama Melaka Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd dan 10 pengusaha syarikat bas henti-henti di negeri itu di sini. — BERNAMA

Pengurusan tidak amanah punca kegagalan koperasi - Tun Mahathir

Image
26/01/2012 4:23pm ALOR SETAR 26 Jan. - Sikap tidak amanah anggota atau pihak pengurusan menjadi punca utama kegagalan perniagaan berkonsepkan koperasi di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Saya difahamkan ada lebih 8,000 koperasi di negara ini tapi hanya 20 peratus daripadanya yang dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang baik. "Kalau ada koperasi tidak berjaya, bila diselidik ada masalah tadi (tidak amanah). Apabila terima tanggungjawab, hendaklah tunaikan dengan sempurna,” katanya pada sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini. Beliau berkata, amat sukar untuk mencari individu yang benar-benar jujur kerana ramai yang tidak amanah dan gelap mata apabila berurusan dengan wang. Katanya, dalam aspek pengurusan wang, perlu ada kecekapan dalam kalangan pihak pengurusan serta anggota koperasi kerana ia akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dr. Mahathir berkata, perniagaan ber...

Blogger: 'Wartawan gay' dedah isu beli belah Rosmah

4:02PM Jan 25, 2012 Penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatannya ke Australia pada awal tahun ini. Salah satunya disuarakan blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay." "Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang memfitnah Datin Seri Rosmah, berkokok sakan seantero dunia Pakatan membawa berita. "...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik. Tulisan itu juga menyatakan bahawa Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita. Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjo...

ANDREW HORNERY TERKEDU PEMBOHONGANNYA TERBONGKAR

Image
blogger finder*** >> WEDNESDAY, 25 JANUARY 2012 Dari blogger Johotpolitico http://www.johorpolitico.com/ Memang betul lah wartawan gossip Australia, Andrew Hornery ni berhak dianugerahkan pingat "Australia's Worst Journalist" kerana fitnah dia tentang DS Rosmah spend lebih RM300,000 untuk shopping di Sydney telah pun disangkal oleh Carl Kapp, pereka fesyen yang konon adalah sumbernya. READ MORE Kenyataan Kapp itu membuktikan lagi kepada kita betapa Gossip Queen Andrew Hornery itu tidak ada kredibiliti sebagai seorang journalist dan memang betullah mamat ni suka menulis ikut imaginasi dia sendiri dan tidak bersandarkan fakta.  READ MORE Kapp di dalam kenyataannya kepada Malaysiakini juga hairan bagaimana Andrew ni boleh dapat figure RM300,000 sedangkan beliau sendiri tidak pernah memberitahu jumlah sebenar pembelian yang didakwa dilakukan oleh DS Rosmah.  Nampak gayanya, mamat ni segaja mereka-mereka jumlah itu untuk tujuan mensensasi...

Fitnah Anak PM: Wartawan Gay Andrew Hornery terkedu sebab #kantoi

Image
Hornery dinobatkan sebagai Australia WORST Journalist Andrew Hornery : Sydney Morning Herald Friday, 09 October 2009 11:24 Andrew Hornery - Journalist Sydney Morning Herald - Aug 8 to 9, 2009 Sydney Morning Herald - Sep 26 to 27, 2009 (repeat) Numerous factual errors.  Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole. Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist's purpose.  Any correspondence with the editor responsible, Peter Kerr, fails to elicit a satisfactory response. P/S: wah? seram lah kalau ada jurnalist camnie.ada raba2 tak?..wakakaka...         lawak-lawak..nama dia pun ada sikit2..bunyi camtu.. hornery-horney...wakakaka..sound funny..no wonder"

Najib Gegar Wilayah Persekutuan!

Image
Hari ini, Dato Seri Najib telah meluangkan masa melawat Wilayah Persekutuan dan berkunjung di beberapa parlimen. Semenjak menjadi Perdana Menteri, PM ini sering kali turun ke Lembah Klang menjenguk warga kota, sebelum ini beliau telah turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman dan walaupiun tidak menghebohkan kehadiran beliau, ramai rakyat kota mengambil kesempatan bersalam dengan PM kita. Pada awal pagi PM kita telah melawat Pasar Basah Teratari Mewah, PM kita telah menghabiskan masa sekitar 15 min bersalaman dengan semua peniaga di pasar itu. Selepas sahaja habis di sana, PM kita telah bersarapan pagi di Kampung Puah Lembah. Kampung Puah Lembah yang wujud sejak 50 tahun lalu antara perkampungan yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisi Melayu meskipun berada di tengah kota raya yang pesat membangun. Di sini, PM kita berkata "Jadi tak usah panjang cerita, saya minta Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail) bersama UKAS (Unit K...

HANGAT!! - LGE NYANYI LAGU BN

Image
Haaaa..Apa cite Lim Guan Eng?? Terkejut ker dengan sambutan rakyat P.Pinang..Itulah reaksi LGE apabila dikelilingi oleh 10ribu pengunjung ke Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang.Sokongan yang sungguh menggalakkan diberikan oleh masyarakat Cina. Awat macam tu LGE?? Terkedu melihat aura Tranfomasi yang yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak ker?? Hi hi hi Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas iltizam kerajaan untuk menerapkan semangat Gagasan 1Malaysia, rakyat Malaysia kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas. "Minggu lepas sahaja negara Malaysia telah didapati menduduki tempat keempat di duni...

MESTI BACA: WARTAWAN GAY FITNAH ROSMAH??

Image
PANAS!!!! Dunia media baru sekarang ni panas dengan cerita isteri YAB PM DS Rosmah Mansur membelanjakan ratusan ribu ringgit di luar negara. Cerita panas berunsur fitnah ini dihebahkan oleh media dari Pakatan Rakyat itu sendiri dengan menggunakan sumber dari negara tersebut. Agak melucukan bila mereka ini menggunakan seorang wartawan dari Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay". Cerita fitnah yang direkacipta memang tak berasas langsung. Lihat #Tweet GR sharekan di atas wartawan ini mengatakan Ds Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri Malaysia tentang membelanjakan wang RM 300,000 untuk ber-shopping di SYDNEY,AUSTRALIA. Ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Agak pelik kalau kita fikirkan secara logik, seorang wartawan hiburan yang memang tidak menulis apa pun pasal politik negaranya sendiri tiba-tiba boleh tau pasal hal politik di Malaysia lagi-lagi boleh "faham" sanga...

PEMBAYARAN BR1M SECARA BERPERINGKAT!!

Image
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BRIM bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN). “Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BRIM pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya sebanyak 168,000 borang BRIM telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. “Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan d...

Perkeso nafi lambat selesai tuntutan

Image
LIM Yu Tian (kiri) menerima cek pampasan daripada Chris Lee Ching Yong sambil diperhatikan oleh Jamalluddin Mohamad di Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 25 Jan. - Dakwaan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini tidak bersikap adil dan sukar untuk berurusan semasa membuat tuntutan pampasan adalah tidak benar sama sekali. Pegawai Khas Menteri Besar, Chris Lee Ching Yong berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai dakwaan itu tetapi ia merupakan kes terpencil kerana terdapat maklumat yang tidak tepat dan palsu. "Dalam beberapa kes terdahulu terdapat sebahagiannya sukar membuat tuntutan kerana didapati mengandungi maklumat tidak tepat dan berunsur penipuan. Keadaan ini menyebabkan urusan tuntutan pampasan menjadi lewat sehingga membebankan kehidupan mereka sendiri. "Saya ingin menasihati orang ramai yang ingin membuat tuntutan supaya memberikan maklumat yang tepat dan bersikap jujur," katanya kepada pemberita selepas menyamp...

NS setuju jual air kepada Selangor

Image
SEREMBAN 25 Jan. - Kerajaan negeri bersetuju menjual air terawat kepada Selangor bagi mengatasi kemelut bekalan air yang bakal dihadapi oleh negeri jiran itu menjelang 2014. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon supaya kerajaan negeri mempertimbangkan perkara tersebut selepas wujudnya kekurangan bekalan air terawat di beberapa kawasan di Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Katanya, ketika ini, SPAN telah memohon supaya kerajaan negeri menyalurkan bekalan air sebanyak 45juta hingga 70 juta liter sehari kepada Selangor. ''Kita sedang berbincang butiran lanjut perjanjian itu dan nilai yang kita tawarkan mengikut harga komersial," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Mohamad turut menjelaskan, kerajaan negeri telah pun sebelum ini menyalurkan bekalan air terawat ke kawasan berhampiran seperti di Broga dan Semenyih, Selangor. '...

15,000 orang terima RM7.5 juta

Image
Chor Chee Heung (kiri) dan Ahmad Bashah Md. Hanipah mendekati rakyat yang menerima wang bantuan BR1M di Anak Bukit, Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 25 Jan. – Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan sejumlah RM7.5 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seramai 15,000 penerima di negeri ini sejak 16 Januari lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses penyerahan sebanyak RM500 kepada 350,000 keseluruhan penerima yang layak di Kedah sedang berjalan di setiap peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pertengahan Mac ini. “Setiap hari, enam DUN membuat penyerahan wang bantuan berkenaan dengan setiap satu melibatkan kira-kira 1,000 penerima. “Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan, 15,000 penerima di negeri ini telah mendapat wang berkenaan sehingga kini,” katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penduduk dalam DUN Kota Darul Aman di Dewan Serbaguna Kompleks Mu’adzam Shah, di sini, hari ini. Ha...

Raptai tidak jejas aliran trafik

Image
Sebahagian daripada peserta menjalani raptai di Dataran Merdeka semalam untuk persediaan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012. - BERNAMA KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penutupan beberapa jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada raptai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 tidak menjejaskan aliran trafik di sekitar ibu kota. Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, keadaan trafik setakat ini terkawal dan hanya beberapa laluan bergerak perlahan. "Setakat ini, penutupan jalan yang kita lakukan belum menyebabkan kesesakan yang ketara, mungkin orang ramai masih belum pulang dari bercuti," katanya ketika dihubungi. Rusli berkata, cuma dua jalan ditutup hari ini iaitu Jalan Raja dan Jalan Hishamuddin, namun kemungkinan besar lebih banyak jalan ditutup esok sempena raptai penuh sambutan itu. Hari Wilayah Persekutuan yang disambut setiap 1 Februari diraikan lebih awal kali ini iaitu pada 28 Januari ini. - BERNAMA

Kemalangan bongkar rahsia lelaki miliki dadah

Image
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal melanggar kanak-kanak yang sedang berjalan kaki di Desa Tasik, Sungai Besi semalam, membongkar rahsia lelaki itu memiliki sembilan peket dadah jenis heroin. Rahsia suspek berusia 22 tahun itu terbongkar selepas seorang anggota polis yang kebetulan melihat kejadian berkenaan menahan lelaki terbabit dan meminta dokumen pengenalan diri. Namun dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, semasa suspek hendak mengeluarkan dokumen miliknya, polis menemui sembilan peket dadah dipercayai heroin yang disimpan di dalam kotak rokok. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak bekerja dan memiliki satu rekod jenayah lampau. "Kanak-kanak itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini. Katanya, kes it...

Rayuan mangsa kebakaran

Image
Ahmad Asit kini terpaksa berteduh di dalam khemah yang dibina di tapak rumahnya di Kampung Seri Inai, Hulu Klang yang terbakar pada 8 Januari lalu. HULU KLANG 25 Jan. - Kawasan setinggan itu kelihatan seperti sebuah penempatan untuk pelarian. Beberapa khemah kelihatan didirikan di celah-celah sisa rumah yang telah terbakar dan runtuh. Mereka bukan mangsa perang, tetapi mangsa kebakaran yang berlaku dua minggu lalu, namun terpaksa kekal di situ kerana tiada tempat lain untuk mereka jadikan tempat tinggal. Kawasan setinggan yang dikenali sebagai Kampung Seri Inai di Batu 17 itu sebelum ini menempatkan 26 buah rumah. Hanya 10 yang terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, 8 Januari lalu. Kini, mangsa kebakaran itu merayu pihak berkenaan agar segera membantu mereka mendapatkan tempat tinggal yang lebih sempurna. Mereka mendakwa, selepas keluar daripada penempatan sementara di Dewan Serbaguna AU5 Keramat di mana mereka tinggal selama seminggu, masing-masin...

Cabaran graduan usahawan tani

Image
Saifuddin Abdullah mencuba salah satu hasil tanaman yang dijual oleh pelajar di Karnival Siswatani 2011, di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini. SEKTOR pertanian di negara ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan malah bidang ini kurang diminati oleh segolongan besar rakyat walaupun ia mampu memberikan pulangan yang amat lumayan. Menyedari kesedaran di kalangan rakyat negara ini kurang didalam bidang pertanian, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011. Disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), ia berkonsepkan pertandingan yang nyata berdasarkan realiti bidang pertanian sebenar. Menurut Timbalan Pengerusi DPMMS, Zulkifly Ali, tujuan program tersebut adalah untuk mendedahkan pelajar terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) kepada landskap sebenar tentang perniagaan tani tempatan. "O...