Posts

Showing posts from November, 2012

Heliza Helmi Akui Diri Masih Single?

Image
Kenyataan ini dibuat melalui portal  mStar  semalam kerana mahu menjelaskan bahawasanya dirinya sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk mencari kekasih hati. "Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. "Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu," katanya  Mengenai perkembangan terbaru, Heliza dilantik sebagai ikon Festival Hijab 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini sebagai ajk pelaksana dalam festival berkenaan yang turut disertai oleh rakan dari kelas Usrah Fitrah seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross . Related Posts :artis malaysia, gossip artis,

Kemenangan satu bonus

Image
ADA sebab Kosmo! menggabungkan tiga figura bersuara hebat iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Hazama. Ketiga-tiga mereka merupakan antara calon 'panas' majlis Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang bakal berlangsung pada Sabtu, 24 November ini. Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, telah berjaya menerima lima pencalonan, malah Jaclyn juga mewakili dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. Sebaliknya bagi Hazama dan Shila Amzah pencalonan mereka dalam AIM kali ini adalah buat julung-julung kalinya. Hazama pertama kali dicalonkan dalam Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) manakala Shila pula buat pertama kalinya lagu ciptaannya iaitu Patah Seribu dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik. Jaclyn harap pada vokal Ini bukan pertama kali Jaclyn atau Jac menerima pe...

Scalogel

Image
Dr. Mohd Effendy Ab Wahid (kanan) dan Thirukanthan Chandra Segaran bersama anugerah masing -masing selepas memenangi pingat emas pada pameran BioInnovation di ibu negara baru-baru ini. ANDA mungkin biasa terluka atau cedera akibat kemalangan jalan raya , ketika bermain acara sukan atau menyertai aktiviti lasak atau kesan luka akibat pembedahan. Biasanya anda terus ke klinik mendapatkan rawatan atau segelintir lagi hanya mencuba ubat-ubatan tradisional seperti herba dan sebagainya. Bagi sesetengah luka, kesan parut tidak akan hilang dan meninggalkan kesan yang agak kurang menyenangkan. Namun begitu, terdapat jenama ubat luka tertentu yang didakwa berkeupayaan mengurangkan kesan parut tetapi ia bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Masalah parut tersebut boleh menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada individu tersebut, dan perasaan malu serta rendah diri seringkali menyelubungi diri mereka. B...

Healen

Image
BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan. Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba,  Healen  merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Kajian yang dilakukan dalam penghasilan  Healen  mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik. DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya. Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai  biophenolic oitment  mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia. Menurut penyeli...

Tebu telur untuk air

Image
Hamizar Ramli bertuah mewarisi ladang tebu milik bapanya untuk diuruskan oleh mereka tiga beradik. ALASANNYA, ia tidak memberi keuntungan lumayan dan berlipat kali ganda. Namun, tanpa mereka sedari, tebu sebenarnya merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bagi  Hamizar Ramli , 30, dia bertuah kerana menerima ladang tebu hasil peninggalan arwah ayahnya yang diusahakan sejak tahun 1982. Pengambilalihan ladang seluas enam hektar di Kampung Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan itu bermula sejak tahun 2008. Selain itu, terdapat juga lima lagi ladang tebu lain yang disewa di sekitar kawasan kampung itu dalam usaha memperluaskan ladangnya. ''Tebu yang ditanam ini adalah daripada baka tebu telur yang biasa digunakan untuk menghasilkan air tebu segar.

Itik penelur

Image
Ketua keluarga berkenaan, Mohd. Nor Mat Salleh, 56, bersama isterinya, Che Najah Muhd. Daud dan dua anak perempuan mereka Nor Azira dan Nor Hidayah ketika itu sedang sibuk memungut telur itik di kawasan penternakan tersebut - kerja rutin mereka sejak dua tahun lepas. Mohd. Nor ketika disapa mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan daripada MARDI dengan mengusahakan ternakan itik tersebut menerusi Projek KPI Menteri Itik Penelur. ''Sebelum ini saya melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari sehinggalah MARDI membantu saya pada 2009," ujarnya yang disenaraikan dalam penerima bantuan e-Kasih.

Tahfiz, usahawan ternakan berjaya

Image
Mohd. Sallehuddin (depan) bersama sebahagian daripada lembu yang diternak telah ditempah oleh pelanggan sempena hari raya korban yang akan datang ini. Meskipun baru menginjak usia 27 tahun, Sallehuddin berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik bagaikan seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Ketika ditanya apakah rahsia, Sallehuddin memberitahu, pengalaman membantu bapanya ketika kecil yang juga seorang usahawan ternakan lembu sebagai panduan mengusahakan projek berkenaan. Katanya, minat dalam bidang keusahawanan terus dipupuk saban hari sehinggalah dia membuat keputusan mengambil alih perniagaan daripada bapanya. Bermula dengan hanya bermodalkan 10 ekor lembu, Sallehuddin memulakan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya pada tahun 2005.

Ancaman siput gondang emas

Image
Seorang petani menunjukkan telur siput gondang emas kepada Dr. Ahmad Ismail (kanan) baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Ismail, serangan siput gondang emas memberi kesan secara langsung kepada petani. Hal demikian kerana petani terpaksa menanggung beban upah, racun, benih, membajak semula sawah dan baja bagi melaksanakan proses menanam semula padi yang telah musnah. "Kos yang ditanggung kadang-kala mencecah RM500 hingga RM 1000 bagi satu petak sawah. "Subsidi kerajaan yang diperoleh didapati tidak mencukupi untuk menanggung kos kerosakan akibat serangan siput gondang emas," ujarnya. Menurut Dr. Ahmad, kos mengusahakan sawah padi kini tidak menentu bergantung kepada keadaan musim. "Jika tiba musim hujan, kos pengurusan air akan meningkat di samping serangan siput yang begitu banyak di dalam sawah," katanya. Kajian demi kajian telah dijalankan oleh penyelidik ...

Ladang Anggur Silverlake

Image
Sebuah ladang anggur di Silverlake berlatarbelakangkan bukit. MENJEJAKKAN kaki ke ladang anggur seluas 500 ekar ini, bagaikan berada di sebuah taman fantasi ala Belanda. Ia begitu mendamaikan. Bukan sahaja bau harum bunga-bungaan menggoda jiwa dan perasaan tetapi kehijauan alam semula jadi di sekitar Silverlake membuatkan hati benar-benar terpaut. Buat seketika, lupakan sebentar cuaca panas di Thailand yang mencecah sehingga 42 darjah Celcius. Ini kerana suasana romantis yang menyerap di segenap sudut ladang anggur ini, dapat dirasai. Silverlake menjadi sebuah taman anggur yang begitu indah sekali hingga menjadi tarikan utama pelancong di Pattaya. Menariknya, jika dilihat di sekeliling ladang anggur ini, ia bagaikan satu taman tema yang diwujudkan khusus untuk penggambaran filem. Ini tidak mustahil kerana Silverlake dibuka atas inisiatif seorang pelakon ternama negara gajah putih itu, Supansa Nuangphirom, yang cukup gah sekitar tahun 1980-an. Bahkan, ladang anggur...

Belalai gajah

Image
ambar SHAHJEHAN MD AMIN Daun belalai gajah yang dipetik dihantar ke kilang TPM Bio-Tech di Raub, Pahang untuk diekstrak sehingga menjadi produk. SEMUANYA bermula apabila ibu rakannya disahkan mengidap kanser perut tahap empat pada September 2010. Doktor yang merawat wanita itu mengesahkan dia hanya boleh hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja. Wanita itu kemudiannya diperkenalkan dengan daun belalai gajah yang dimakannya setiap hari dan sehingga hari ini. Berdasarkan laporan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dengan 6 juta daripadanya meninggal dunia akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, kira-kira 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap kanser setiap tahun. Statistik itu menunjukkan sebanyak tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Keajaiban yang dialami ibu rakannya itu mendorong Pengarah Eksekutif You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd., Hazmi Haron, untuk tampil memodenkan...

Kerajaan belanja RM4.5 juta bina gelanggang futsal

HULU TERENGGANU 14 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta tahun ini bagi pembinaan beberapa buah lagi gelanggang futsal di seluruh negeri ini khususnya di kawasan luar bandar. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, usaha itu sebagai memenuhi hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai bintang bola sepak khususnya futsal di negeri ini selain mencegah remaja terjerumus dalam gejala sosial. Beliau memberitahu, projek pembinaan gelanggang futsal di negeri ini mula dilaksanakan tiga tahun lalu dan untuk tahun ini, jumlah itu ditambah bagi membolehkan golongan belia memanfaatkan kemudahan itu dengan aktiviti riadah. "Kerajaan sedar bagi golongan belia di sini tiada apa yang boleh menyeronokkan mereka. Dengan membina gelanggang futsal, ia langkah terbaik untuk selesaikan masalah mereka," katanya selepas melancarkan gelanggang futsal di Kampung Kuala Telemung di sini hari ini. Menurut beliau, kira-kira 300 buah gelanggang futsal d...

10,000 bekas askar diminta daftar

KUALA TERENGGANU 14 Nov. - Kira-kira 10,000 veteran tentera tidak berpencen di negeri ini belum mendaftar dengan Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) sejak ia ditubuhkan 3 Julai lalu. Yang Dipertua PVTTB Cawangan Terengganu, Alias Abd. Razak berkata, sehingga kini, hanya 2,000 daripada 12,000 veteran tentera tidak berpencen yang telah mendaftar bersama persatuan itu. Sehubungan itu katanya, PVTTB cawangan Terengganu menyeru mereka yang berkenaan menyertai persatuan tersebut selain turut menggalakkan mereka menganggotai Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB). "Kita harap, mereka yang belum mendaftar segera berbuat demikian bagi membolehkan PVTTB mengenal pasti masalah yang dihadapi anggota tentera tidak berpencen, sekali gus memudahkan kita menyalurkan bantuan kerajaan kepada mereka yang layak," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurut Alias, kesemua anggota tentera yang belum mendaftar boleh menghubungi ketua yang dilantik di setiap daerah...

Ismail Tokoh Maal Hijrah

Image
MOHD. Ridzuan Ang Abdullah menerima anugerah Tokoh Aktivis Saudara Kita sempena sambutan Maal Hijrah Terengganu 2012 di Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 15 Nov. - Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2012 peringkat negeri Terengganu. Ismail, 70, tokoh kelahiran Kampung Tanjung Sabtu, Manir itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 selain piala pusingan dan sijil penghargaan. Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah menerima hadiah itu daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh. ...

Lebuh raya milik ah long?

Image
SELAIN iklan pinjaman wang, iklan kelas tuisyen dan iklan membeli kenderaan terpakai turut menjadikan tiang jejambat MRR2 berdekatan Zoo Negara di Hulu Klang, Selangor sebagai tempat mempromosi perkhidmatan mereka. KUALA LUMPUR 14 Nov. - 'Jejambat ah long'. Mungkin itu gelaran yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dilakukan oleh ah long-ah long terhadap jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR) 2. Ini kerana boleh dikatakan setiap tiang jejambat lebuh raya itu, terutama yang merentasi kawasan Hulu Klang, dipenuhi dengan iklan berbentuk sticker bersaiz besar. Malah, bukan iklan ah long saja yang menempati tiang-tiang itu, iklan kelas tuisyen, perkhidmatan sewa lori, mengubah suai dan mengecat rumah, dan membaiki penyaman udara juga dilekatkan. Fenomena ini semakin membimbangkan kerana sekarang saiz iklan yang ditampal lebih besar untuk menarik perhatian ramai dan boleh dilihat dari jauh. Tinjauan  Utusan Malaysia  mendapati jumlah iklan-iklan haram itu...

Caj letak kereta di Kampung Baru jadi rungutan

Image
ORANG ramai tidak ada pilihan selain terpaksa membayar caj RM5 bagi meletakkan kenderaan di kawasan persendirian di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR 15 Nov. - Caj parkir RM5 yang dikenakan kepada pengunjung di kawasan letak kereta persendirian di Kampung Baru dianggap sebahagian pengunjung sebagai membebankan. Caj tersebut bagaimanapun dilihat masih relevan bagi sesetengah pihak jika dibandingkan caj yang dikenakan oleh pihak pengurusan letak kereta di dalam bangunan atau kawasan lain. Tinjauan  Utusan Malaysia  ke Kampung Baru baru-baru ini mendapati, hampir empat buah kawasan letak kereta persendirian mengenakan caj sebanyak RM5 untuk sekali masuk kepada pengguna. Terdapat di antara mereka yang menyewa kawasan kosong daripada pemilik tanah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat letak kereta. Related Posts :Suara Rakyat,

Pekerja kilang terganggu

Image
Kegagalan DBKL dan Alam Flora Sdn. Bhd. melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyebabkan masalah longgokan sampah di belakang kilang di Jalan 6/91, Taman Shamelin terus berlarutan sejak setahun lalu. - Utusan KUALA LUMPUR 15 Nov.-Lorong belakang kawasan perindustrian di Jalan 6/91 , Taman Shamelin Perkasa di sini dikesan menjadi tapak pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak setahun lalu. Selain mangkuk tandas, terdapat juga perabot lama serta sisa konkrit bahan binaan dibuang di kawasan itu. Tinjauan  Utusan Malaysia  ke kawasan berkenaan baru-baru ini mendapati lorong belakang kilang di situ bukan sahaja kotor tetapi dipenuhi semak samun sehingga ada pokok-pokok yang telah menjalar di kawasan itu. Related Posts :Suara Rakyat,

600 Palapes UiTM gempur Bukit Katil

Image
Sebahagian daripada anggota Palapes UiTM bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar bersama penduduk Bukit Katil di Melaka, baru-baru ini. MELAKA 14 Nov. - Seramai 600 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggempur Parlimen Bukit Katil bagi menjayakan program Sekilas Kasih Jiwa Murni baru-baru ini. Mereka menyahut cabaran melalui program turun padang menjalankan tugas-tugas khidmat masyarakat kepada komuniti dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan di Parlimen Bukit Katil. Program Palapes UiTM itu adalah kerjasama kerajaan negeri bersama Majlis Tertinggi Kelab Sukarelawan Intelek (KSI), Persatuan Warisan Anak Merdeka dan institusi pengajian tinggi (IPT). Ketua Jurulatih Palapes UiTM, Mejar Azman Abdul Rahman berkata, program itu dianjurkan dengan tujuan memberi pengalaman kepada peserta menyahut cabaran untuk turun padang dan mendekati masyarakat setempat.

Kegiatan 2 lelaki curi kucing Parsi dirakam CCTV

Image
Kelibat seorang pencuri memecah masuk ke dalam kediaman sebelum melarikan tiga ekor kucing berbaka Parsi berjaya dirakamkan oleh CCTV di sebuah rumah di Jalan Astana 2, Kuching, malam semalam. KUCHING 15 Nov. - Kegiatan dua lelaki mencuri tiga ekor kucing baka Parsi terbongkar apabila perbuatan mereka itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kediaman di Jalan Astana 2 di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.36 tengah malam, dua lelaki menaiki motosikal Honda EX5 dikesan memanjat pagar sebuah rumah dan melarikan tiga ekor kucing tersebut. Rakaman CCTV di rumah tersebut merakamkan imej pencuri berkenaan yang memakai baju berwarna biru manakala seorang lagi memakai baju kelabu walaupun wajah kedua-dua mereka tidak dapat dilihat kerana memakai topi keledar. Related Posts :Info Jenayah,

PBB didesak halang Israel

Image
Pasukan menyelamat Palestin membantu seorang lelaki Palestin yang tertimbus di halaman rumahnya di Beit Lahia, utara Gaza akibat bedilan tentera Israel ke atas wilayah itu, semalam. - AFP NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu. Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin. Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin. "Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya. Related Posts : Info LuarNegara, Info Tragedi, ,

AF ADIRA - Tidak lagi mencari cinta

Image
PENGALAMAN cinta lalu banyak mengajar Adira untuk berhenti mencari cinta.PENGALAMAN MENGEKORI kembali perjalanan seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan sarat dengan sensasi. Mengakui dia juga masih mencuba, Bintang Akademi Fantasia ini nampaknya tidak menolak untuk mengatakan deretan kontroversi yang menghurungi dirinya sebelum ini menyebabkan dia seakan lali dengan dunia hiburan yang penuh dengan kejutan ini. Tidak pernah berharap keajaiban akan berlaku, Adira percaya hanya dengan usaha keras dia mampu mencapai impian untuk bergelar seorang penghibur yang disegani kelak. Masih terumbang ambing dengan transisi dunia remajanya kini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, memberitahu dia tidak lagi mahu mencari cinta.

Amukan Ibrahimovic rencat penampilan ke-100 Gerrard

Image
Zlatan Ibrahimovic meraikan kejayaannya menjaringkan gol keempat Sweden pada aksi persahabatan menentang England di Stockholm, semalam. - AFP STOCKHOLM - Zlatan Ibrahimovic meraih pujian dari segenap sudut apabila menjaringkan kesemua gol Sweden, termasuk tendangan gunting dari jarak jauh untuk pasukannya menumpaskan England 4-2 dalam perlawanan persahabatan, semalam. Jaringan pembukaan Ibrahimovic pada minit ke-20 memahat namanya sebagai penjaring gol pertama di stadium baru, Friends Arena, Stockholm. England merencatkan kegembiraan Sweden buat seketika apabila membalas dua gol menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker. Malang buat anak-anak buah Roy Hodgson, biarpun berjaya bangkit dengan dua gol, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyekat amukan Ibrahimovic. Persembahan hebat Ibrahimovic membayangi penampilan ke-100 Steven Gerrard bersama skuad England, namun bintang tengah Liverpool itu menyanjungi prestasi penyerang Sweden itu. "Saya fikir gol kee...

Perancis bangkit benam Itali

Image
MARIO Balotelli melepasi asakan pemain Perancis, Anthony Reveillere pada aksi persahabatan di Parma, semalam. - REUTERS PARMA, Itali - Perancis bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam Itali 2-1 semalam, sekali gus memberikan Azzurri kekalahan keenam berturut-turut dalam aksi persahabatan antarabangsa. Penyerang muda kian meningkat, Stephen El Shaarawy meletakkan Itali di depan pada minit ke-35. Begitupun, Perancis memerlukan hanya dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Mathieu Valbuena sebelum pemain gantian, Bafetimbi Gomis meledak gol kemenangan pada minit ke-67. Daripada lima perlawanan persahabatan yang diharungi Itali sebelum ini, mereka kalah kepada Poland, Uruguay, Amerika Syarikat, Rusia dan England. Namun, Itali hebat dalam kejohanan rasmi, dengan muncul naib juara Euro 2012 Julai lalu dan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2014,  Azzurri  memenangi tiga daripada empat perlawanan setakat ini dan seri satu lagi. "Kami perlu bersed...

Melayu bebas anuti agama lain mengarut - Sultan

Image
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang kepada Datuk Mohd. Mokhtar Shafii 70, di Dewan Jubli Perak, Kuantan, semalam. Turut sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. - UTUSAN/MAHATHIR ALI KUANTAN 15 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini. Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam. "Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini. Related Posts :ISU AGAMA,

Enam terbunuh serangan lelaki bersenjata

Image
KADUNA, Nigeria 17 Nov. - Sekurang-kurangnya enam penduduk di utara negeri ini terkorban selepas dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata. Serangan itu berlaku lewat kelmarin di kampung Zangpo Katak, kawasan penting tempat berlaku keganasan etnik pada musim pilihan raya lalu yang menyebabkan beratus-ratus penduduk terkorban. “Enam yang terbunuh termasuk wanita mengandung yang ditembak di rumah mereka manakala kanak-kanak yang berusia dua tahun pula dilaporkan cedera,’’ kata Pengerusi Kerajaan Tempatan, Yahya. - REUTERS ORIGINAL LINK Related Posts :Info Tragedi, INFO ALERT,

Kabus tebal: Penerbangan di Heathrow dibatal

Image
LONDON 16 Nov. - Berpuluh-puluh pesawat di Lapangan Terbang Heathrow di sini terpaksa dibatalkan selepas kabus tebal menyelubungi bandar raya itu semalam. Jurucakap lapangan Terbang itu berkata, sebanyak 78 penerbangan masuk dan keluar terpaksa dipindahkan ke hab lapangan terbang barat. Katanya, pihaknya menjangka kabus tebal itu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari, kejadian ini merupakan hari kedua berlaku di lapangan terbang paling sibuk di dunia itu. - AFP Related Posts :info semasa, INFO ALERT

Pelumba Portugal maut di Grand Prix Macau

Image
HONG KONG 16 Nov. - Pelumba motosikal Portugal, Luis Filipe de Sousa Carreira terbunuh dalam kemalangan ketika menyertai sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Macau. Jawatankuasa penganjur berkata, Carreira mati akibat kecederaan dalam kemalangan tengah hari semalam. "Tiada pelumba lain terlibat dalam insiden itu, yang berlaku di selekoh Fisherman... sesi kelayakan dihentikan serta-merta," kata jawatankuasa dalam satu kenyataan. "Selepas diperiksa oleh pihak doktor, Carreira dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans." Pelumba berusia 35 tahun dari Lisbon itu mati setengah jam kemudian, kata kenyataan itu. - AFP Related Posts :info sukan, Info Tragedi,

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Image
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI AL-MARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri.Sembilan), D.K (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L`Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L`Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra(Arab Saudi) , Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan) DULI YANG MAHA MULIA TUANKU TENGKU FAUZIAH BINTI AL-MARHUM TENGKU ABDUL RASHID  D.K., S.S.P.J., S.P.M.P. D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang) Grand Croix De L`Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), The Order of the Sacred Tr...

Raja Perlis seru orang Melayu elak sengketa

Image
PADANG BESAR 16 Nov. - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu orang Melayu mengelak sengketa dan syak wasangka sesama sendiri bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang kukuh. Baginda bertitah bangsa Melayu perlu mempunyai masa depan yang baik dan setiasa berfikiran jauh ke hadapan dengan mengutamakan semangat perpaduan. Bangsa Melayu perlu kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi pada sepanjang masa demi masa depan generasi akan datang, titah baginda ketika melancarkan sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri Perlis serentak dengan perasmian Masjid Nurul Naim di Felcra Lubok Sireh di sini malam tadi. Tuanku Syed Sirajuddin bertitah selain itu pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan juga penting dalam membentuk kesatuan umat secara harmoni. Pendekatan itu adalah sejajar dengan tema sambutan Maal Hijrah 1434 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' dan ia perlu dihayati oleh seluruh umat Islam, titah b...