Posts

Showing posts with the label info pelajar

Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM

Image
Inilah blog yang menyiarkan ugutan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Perdana Menteri. PULAU PINANG 15 Jan. - Polis menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya. Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang hari ini bagi membantu siasatan. Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut 'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' [Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya]. Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com. Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. "Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia

Bangunkan modal insan selari transformasi

Image
PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pembangunan pendidikan tidak akan tercapai sekiranya modal insan gagal diberi perhatian dalam usaha kerajaan membawa transformasi kepada rakyat. Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja disokong dalam penyediaan keperluan pendidikan, tetapi juga sokongan moral daripada warga pendidik, ibu bapa dan semua pihak bagi menjayakannya. Menurut beliau, kerajaan tidak hanya mahu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik sahaja sebaliknya mempunyai kualiti serta mantap daripada segi akhlak dan penguasaan amalan nilai-nilai murni. "Kita perlu buat perbandingan dengan negara-negara membangun yang mana Malaysia berada di saf hadapan. "Di antara kayu penyukurnya ialah akses pendidikan tinggi yang kini mencecah 37 peratus. Sasaran kita adalah 50 peratus peluang pendidikan dalam masa terdekat yang mana ia menjadi penentu terhadap negara-negara yang sudah maju," katanya. Beliau berkata demikian

Pelajar UiTM turun Selama

Image
KUMPULAN pelajar UiTM berbakti kepada masyarakat apabila turun ke kampung mendekati golongan muda. SEDANG rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari. Peribahasa ini amat sesuai dengan usaha murni pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar mengenai kepentingan pendidikan dan kehidupan universiti. Dalam program Mahasiswa Masuk Kampung itu, seramai 30 pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam, Selangor menghabiskan masa selama tiga hari di Kampung Sungai Siputeh, Selama, Perak baru-baru ini. Pengarah projeknya, Ismail Ibrahim, 23, berkata, program Mahasiswa Masuk Kampung merupakan inisiatif pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam. "Ia bertujuan memupuk kesedaran masyarakat luar bandar mengenai kepentingan pendidikan terutamanya mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. "Kita sedia maklum bahawa mata pelajaran ini amat penting dalam memastikan pelajar dapat memasuki insti

UniMAP jalin kerjasama 6 industri

Image
utusanmelaka@utusan.com.my Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah bersama wakil UniMAP dan beberapa wakil industri selepas memeterai memorandum persefahaman di Melaka, baru-baru ini. MELAKA 10 Jan. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan enam industri dan agensi di negeri ini. MoU tersebut ditandatangani sempena lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP ke Melaka baru-baru ini. Enam industri yang menjalin hubungan kerjasama tersebut adalah Kosmo Biotechnology Sdn. Bhd., Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara, Sri Jentayu Sdn. Bhd., Sirim Berhad, Mechanical Training Solution Sdn. Bhd. dan Ergoworks Sdn. Bhd. Majlis tersebut disaksikan oleh Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang juga Pro-Canselor UniMAP. UniMAP diwakili Naib Canselornya, Brig. Jen. Pr

Erat hubungan Malaysia-Brunei

KUANTAN 10 Jan. - Seramai 70 mahasiswa dan pensyarah dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) serta 13 politeknik dari seluruh negara mengadakan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 15 Disember tahun lalu. Mahasiswa yang terlibat dalam lawatan itu terdiri daripada ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang dipilih dari setiap politeknik di seluruh negara. Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Polisas, Mohd. Khairuddin Abd. Karim berkata, lawatan itu sebahagian daripada pengisian program Eksplorasi Silang Budaya 2011 anjuran Hal-Ehwal Pelajar Polisas dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. "Ia menjadi medan pertemuan untuk bertukar pandangan mengenai perbezaan budaya masyarakat Melayu Brunei dan sistem pembelajaran di universiti negara jiran itu. "Di samping itu, ia bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli JPP dan PR

UTM sasar jadi jenama global

Image
Zaini Ujang menerima basikal daripada Pengarah Kerja UTM, Prof. Ir. Dr. Wahid Omar (kanan) bagi kegunaan kakitangannya pada majlis Amanat Tahun Baru 2012 di Johor Bahru, kelmarin. JOHOR BAHRU 10 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggariskan beberapa pendekatan dalam Pelan Global UTM 2012-2020 bagi melonjak institusi berkenaan menjadi jenama global sekali gus menempa nama dalam kelompok 50 universiti terbaik dunia menjelang 2020. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, fokus pelan perancangan itu turut berperanan meletakkan UTM sebagai sebuah universiti ternama dunia meliputi sumbangan ilmiah, penjanaan modal insan, impak terhadap ekonomi inovasi Malaysia dan serantau, penonjolan pada peringkat antarabangsa serta penyerlahan jenama yang disegani. Beliau berkata, UTM akan memberi penekanan kepada tiga faktor iaitu penambahan penuntut pasca siswazah, mengurangkan tekanan penuntut ijazah pertama serta konsep entrepreneurial. "Sebagai sebuah universi

SMV Sungai Buloh juara Cabaran Cyberkids Maxis

Image
Azmi Ujang (tengah) bersama tiga pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh yang telah dinobatkan sebagai juara Cabaran Kebangsaan Cyberkids Maxis 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. SEKOLAH Menengah Vokasional (SMV) Sg. Buloh, Selangor baru-baru ini telah berjaya memenangi tempat pertama pada Cabaran Kebangsaan Cyberkids Maxis 2011 sebagai sekolah pemenang projek terbaik pertandingan. SMV Sg. Buloh menewaskan lima buah sekolah lain yang layak ke peringkat akhir melalui projek laman sesawang pembelajaran interaktif atas talian terdiri daripada pengaturcaraan dan alat pembangunan yang menawarkan persekitaran bilik darjah dalam bentuk sukatan pelajaran, nota, forum, kuiz dan penilaian. Naib Presiden Kanan Sumber Manusia Maxis, Azmi Ujang berkata, dengan inisiatif pendidikan kepada masyarakat, kami berhasrat untuk menyumbang ke arah membina modal insan yang berpengetahuan, mahir dan inovatif serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. "Program Maxis Cyberkids yang b

Kenali Diri tingkat potensi pelajar

Image
PESERTA Program "Kenali Diri bersama Vale" bekerjasama sebagai satu pasukan dalam cabaran mengisi air menggunakan span pada Kem Pelajar selama 10 hari itu. Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB Syarikat perlombongan Vale telah berjaya menganjurkan Kem Pelajar selama 10 hari "Kenali Diri bersama Vale" yang melibatkan kira-kira 170 pelajar daripada tiga buah sekolah sekitar kawasan Manjung, Perak. Tiga buah sekolah yang terlibat itu termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ahmad Boestamam, SMK Convent dan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis. Ketua Projek Vale, Sunil Yadav berkata, kem itu diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar dengan program kepimpinan dan pembentukan pasukan merangkumi Youth Adventure Course (YAC) bagi pelajar sekolah menengah dan Children Adventure Course (CAC) bagi murid sekolah rendah. "Kami amat berbangga bekerjasama dengan golongan muda seperti pelajar ini iaitu daripada peringkat akar umbi agar nilai-nilai murni yang mah

30 murid miskin terima bantuan peralatan sekolah

Image
Zawahir Abdullah (tengah, barisan belakang) bersama sebahagian murid yang menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis di Kuala Sala, Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 9 Jan. - Seramai 30 murid termasuk lapan anak yatim di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mahawangsa, Kuala Sala di sini menerima bantuan beg sekolah serta alat tulis daripada Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) semalam. Pengerusi IAM, Zawahir Abdullah berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna. "Program di Kedah ini ialah program ketiga diadakan oleh IAM selepas program di Kelantan dan Selangor. "Kesemua kelengkapan seperti beg sekolah, alat tulis, majalah, air kotak dan biskut dibawa dari Kuala Lumpur ke sini untuk diagihkan kepada murid berkenaan," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, program tersebut akan diadakan di negeri lain bagi membantu murid yang memerlukan bantuan bagi meneruskan p

Kementerian sahkan tiada pelajar Malaysia terbunuh di New Jersey

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Tiada pelajar Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di New Jersey, Amerika Syarikat, kelmarin. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, hanya seorang pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Hennis Tung yang menuntut di Universiti Ohio. ''Beliau kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey dan dilaporkan dalam keadaan stabil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan Bernama yang memetik laporan daripada akhbar The Republic yang berpejabat di Indiana, Amerika Syarikat yang mendakwa seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di negara tersebut. Menurut Anifah, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah memberi bantuan kepada pelajar dan keluarga mangsa serta diarahkan untuk memantau keadaannya dari semasa ke semasa. Jelas beliau, abang Hennis yang juga merupakan penuntut di universiti itu telah di

Kelab robotik pupuk minat pelajar

Image
Sebahagian peserta Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 yang diadakan di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini. Robotik kini merupakan bidang yang semakin memainkan peranan penting terutama dalam industri teknologi tinggi. Justeru, menguasai bidang tersebut bukan sahaja satu keperluan, tetapi kemestian dalam konteks membangunkan industri masa hadapan. Penggunaan robot dalam industri bukan satu yang asing sejak beberapa dekad lepas tetapi bentuknya adalah pelbagai mengikut keperluan dan berinspirasikan objek atau haiwan. Ramai hanya memahami dan bersetuju bahawa robot ialah jentera yang dicipta berupa manusia selengkapnya (humanoid) atau seperti haiwan robot.

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjadi pihak pertama membantu para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara sekiranya mereka berhadapan sebarang masalah. Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi KULN, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana kelab itu mempunyai rangkaian yang begitu pantas dan berkesan bagi menghulurkan bantuan dengan segera kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. “Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat,kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada Jabatan Penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)...manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota. “Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kursus Kepimpinan KULN: ‘Transformasi KULN’, di sini semalam. Ahmad Shabery

ISU AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Dengar-dengar khabar mengatakankan bahawa PKR sibuk berusaha memansuhkan AUKU untuk universiti-universiti.Nyata ia adalah umpama menambah bebankan lagi pelajar-pelajar dengan mangambil object tambahan iaitu isu-isu politik dan berkaitan dengannya. apa yang pasti kajian menyeluruh harus lah dilakukan dari segi pengagihan masa pelajar untuk belajar dan ada masa untuk politik seandainya kedua-duanya mereka kena ambil. Dari segi pemantauan dan perhatian hanya pelajar melayu sahaja yang akan active pada politik such as PAS , UMNO , PKR dan pelbagai lagi yang ada. Jika pemerhatian teliti bukan semua pelajar melayu ini yang betul-betul ready untuk ini.takut jikalau mereka akan ketinggalan objectif sebenar dalam pembelajaran mereka sendiri angkara sibuk kan politik. Bagy saya pelajar-pelajar atau mahasiswa adalah benteng pada negara.Sebab seandainya lah semua domocratic law yang ada fail dan perundangan tumbang.Yang ada untuk mempertahankan negara adalah yang cerdik-cerdik pandai.univers

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri

Guru menang Anugerah Apicta Terbaik Perdana Menteri KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kaedah e-Pembelajaran menerusi blog bagi mendidik anak Orang Asli melayakkan seorang guru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia (Apicta) Terbaik Perdana Menteri, tahun ini. Penerimanya, Muhamad Hafiz Ismail, 25, merupakan seorang guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (Utara), Perak berjaya mengetepikan kira-kira 250 calon lain dalam kategori yang sama. Anak kelahiran Kedah itu memenangi anugerah tersebut dengan blog www.apistakkisah.blogspot.com yang bertajuk Life Through My Eyes: A teacher's little steps towards perfection dengan menceritakan pengalaman tahun pertamanya di sekolah berkenaan. "Saya ingin berkongsi pengalaman suka-duka bersama rakan yang lain dalam dunia pendidikan mengenai kaedah yang digunakan oleh saya untuk mendidik murid terutama anak Orang Asli supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhny

Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional

Image
Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional MELAKA 6 Mei - Kerajaan menggesa pihak swasta berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran untuk membangunkan bidang pendidikan teknikal serta vokasional bagi mengisi keperluan ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui kerjasama tersebut, kerajaan dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah swasta bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang tersebut. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tanpa kerjasama sektor swasta, hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar dalam aliran tersebut daripada 10 peratus kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun tidak akan tercapai. ''Saya bercadang untuk mengajak bukan sahaja agensi kementerian yang ada di peringkat Persekutuan tetapi sektor swasta untuk terlibat sama bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah vokasional dan teknikal yang dibangunkan oleh mereka. ''Sebab itu, s

Tawaran baharu kursus perubatan di IPT dibekukan

Image
Tawaran baharu kursus perubatan di IPT dibekukan KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai. "Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya. - Bernama

Penyelidik muda unggul di Vietnam

Image
Penyelidik muda unggul di Vietnam SEBAHAGIAN daripada penyelidik muda UniMAP bersama piala dan sijil yang diterima pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini. TUJUH penyelidik muda ENVEX Young Researcher Club (EYReC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas penyelidikan antarabangsa apabila membolot enam pingat emas dan satu pingat gangsa serta empat anugerah khas pada pertandingan penyelidik muda dan pameran antarabangsa kali-7 (7th IEYI 2020) di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan generasi penyelidik muda itu merupakan bukti nyata bahawa aspek penyelidikan dan inovasi diterapkan di peringkat akar umbi di UniMAP. "Sebagai bukti, produk penyelidikan bersama makmal penyelidikan bahan sensor UniMAP dan Sekolah Menengah Sains Tuanku (SMS) Syed Putra membabitkan peserta termud

INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat

Image
INTI, Wollongong kongsi pusat maklumat INTI Malaysia akan terus meningkatkan kualiti sebagai kolej, universiti penyelidikan dan pembelajaran dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar bertaraf antarabangsa. Terbaru, INTI bersama Universiti Wollongong (UOW), Australia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program pertukaran penyelidikan dan pembelajaran yang melibatkan penuntut antara kedua-dua universiti berkenaan. Antara kerjasama yang dijalankan meliputi bidang penyelidikan dan pendidikan dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di INTI di Subang, Selangor. Timbalan Naib Canselor Antarabangsa Universiti Wollongong, Profesor Joe F. Chicharo berkata, antara skop kerjasama itu termasuk mempromosikan pertukaran dan memudahkan penerimaan ahli fakulti serta penyelidik kedua-dua universiti dalam penyediaan disertasi kursus yang menarik di Subang, Selangor. Beliau berkata, setiap pelajar yang mendaftar di INTI Mala

UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran

Image
UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran Zulkifli Mohd. Yusoff (kiri) menerima cek RM10,000 daripada Alias Mohamed di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Hamzah Abdul Rahman (tengah). KUALA LUMPUR 12 Jan. - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berhasrat melancarkan jurnal penyelidikan al-Quran bertaraf antarabangsa pertengahan bulan depan atau selewat-lewatnya Mac ini. Menurut Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff, jurnal itu bertujuan membukukan idea-idea para penyelidik al-Quran antarabangsa dalam dua bidang utama iaitu al-Quran tulen dan al-Quran dalam aplikasi sains dan komputer untuk kegunaan masyarakat. Usaha itu juga katanya, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengakses kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa khusus dalam bidang berkaitan kajian al-Quran itu secara atas talian. "Jurnal itu adalah antara resolusi yang dicapai selepas Seminar Antarabangsa Al-Quran 2011 selama dua hari y

Mohammad dirai ketika hujan lebat

Image
Mohammad dirai ketika hujan lebat Mohamad Ismail bersalaman dengan sebahagian murid sempena persaraannya di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 6 Jan. - Majlis persaraan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota dekat sini, Mohamad Ismail, 57, hari ini pasti meninggalkan seribu satu kenangan buat beliau apabila diraikan ketika hujan lebat. Disebabkan cuaca buruk, pihak sekolah yang sebelum itu mengatur satu majlis istimewa untuk beliau, terpaksa menangguhkan acara dan mengubahnya sebanyak lima kali. Mengikut perancangan awal, Mohamad akan diarak menaiki sebuah kereta kuda, tetapi kemudiannya ditukar kepada berkuda dan akhirnya hanya diiringi oleh sebuah daripada lima motosikal berkuasa tinggi, gara-gara cuaca tidak mengizinkan. Difahamkan, empat lagi pemilik motosikal berkuasa tinggi berkenaan tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana rumah mereka dinaiki banjir. Namun, bekas guru besar yang berkhidmat selama 35 tahun itu, tetap g