Posts

Showing posts from November, 2011

Produk hiliran tambah pendapatan

Image
KEROPOK lekor antara makanan berasaskan ikan yang menjadi kegemaran ramai. SELAIN inisiatif pembangunan aktiviti nelayan dan menambah baik industri perikanan negara, tumpuan turut diberi terhadap program penghasilan produk hiliran. Justeru Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan program Pembangunan Usahawan dan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP). PPHP menyasarkan matlamat meningkatkan ekonomi dan pendapatan Persatuan Nelayan melalui penghasilan produk nilai tambah.

Tips tanam petola

Image
Petola antara sayuran yang sangat popular dan mendapat permintaan tinggi di pasaran. - Gambar hiasan Persediaan tanah Petola segi akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan mempunyai saliran yang baik. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sm untuk memudahkan pertumbuhan akar. Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara 1-1.2 meter,tinggi batas antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter.

Santan sawit kurang kolestrol

Image
Santan sawit sangat sesuai digunakan dalam masakan bagi menggantikan santan kelapa kerana tidak cepat 'pecah minyak' biarpun gulai dimasak pada suhu yang tinggi. Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan. Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang. Namun, akibat kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila industri perladangan kelapa semakin menyepi. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit. Menurut Pengarah Urusannya, Jasri Mohd. Rashid, santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa.

Soya ganti santan dalam nasi lemak

Image
Sampel lauk kari ayam versi Melayu yang digantikan sebahagian santan dengan susu kacang soya. KEMAKMURAN ekonomi sesebuah negara biasanya dapat dilihat daripada gaya hidup rakyatnya. Gaya hidup itu pula meliputi pelbagai aspek antaranya dilihat daripada di mana mereka menginap, jenis kediaman , jenis pakaian yang dipakai , jenis kenderaan yang dinaiki sehinggalah kepada makanan. Dengan kayu ukur yang disebutkan itu, tidak sukar membandingkan keadaan bagi rakyat sesebuah negara terutama negara makmur atau negara yang mana penduduk mereka mengalami kebuluran. Begitupun, negara yang rakyatnya mengalami kebuluran merupakan masalah ketika ini tetapi tanpa kawalan juga, akhirnya rakyat negara kaya mudah terjerumus kepada masalah kerana terlebih makan atau tersalah makan.

UMT fokus kajian makanan tempatan

Image
Penghasilan pelbagai produk makanan berasaskan bahan mentah tempatan menjadikan UMT dikenali sebagai pusat pengajian yang mengutamakan produk tempatan dan meningkatkan nilai pemakanan. AGAK menarik untuk melihat pembabitan sebuah universiti yang memberi fokus kepada bidang pemakanan. Ini kerana, pelbagai keunikan makanan akan ditampilkan menerusi penyelidikan menggunakan produk berasaskan tanaman tempatan. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antaranya yang memfokuskan penyelidikan makanan tempatan dengan menghasilkan pelbagai jenis makanan sama ada berat atau ringan. UMT menerusi Jabatan Sains Makanan, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rosel melalui Roselle Special Interest Group (RSIG) seperti ais krim, yogurt, jeruk, gegelung buah (leather bar) dan biskut.

KULN perlu guna kelebihan bantu pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) perlu menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk menjadi pihak pertama membantu para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara sekiranya mereka berhadapan sebarang masalah. Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi KULN, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana kelab itu mempunyai rangkaian yang begitu pantas dan berkesan bagi menghulurkan bantuan dengan segera kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. “Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat,kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada Jabatan Penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)...manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota. “Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kursus Kepimpinan KULN: ‘Transformasi KULN’, di sini semalam. Ahmad Shabery ...

UMNO Kelantan bawa usul ekonomi, agama ke Perhimpunan Agung UMNO

BACHOK 27 Nov. - UMNO Kelantan akan membawa usul ekonomi dan agama pada Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya sudah melantik tiga tokoh berpengalaman untuk mengemukakan usul tersebut dalam konteks negeri Kelantan, lengkap dengan hujah dan fakta berkaitan kedua-dua bidang berkenaan. "Mereka ialah Datuk Hanafi Mamat (Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas merangkap Bendahari UMNO Kelantan) yang diamanahkan untuk membawa usul ekonomi, Mohd. Affandi Yusoff (Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang merangkap Exco Pemuda UMNO) akan membahaskan bidang keagamaan dan Alwi Che Mat (Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh) dipertanggungjawabkan membahaskan usul ucapan Presiden," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ketiga-tiga pembahas itu telah diminta merangka persiapan yang selar...

Barat diberi amaran jangan campur tangan pilihan raya Rusia

28/11/2011 2:32am MOSCOW 28 Nov. - Perdana Menteri, Vladimir Putin hari ini memberi amaran kepada negara-negara barat untuk tidak campur tangan dalam pilihan raya Rusia yang akan datang. Pengumuman itu dibuat selepas beliau bersetuju bertanding sebagai Presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada bulan Mac depan. Putin berkata, sebarang usaha dari kuasa-kuasa barat untuk membangkitkan rasa tidak puas hati bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya adalah tidak berguna. Kata beliau dalam satu mesyuarat parti United Rusia, negara-negara asing membayar beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk mempengaruhi perjalanan kempen pilihan raya Rusia. - AFP

Tiga anggota polis cedera ditembak pengganas Boko Haram

28/11/2011 2:32am KANO 28 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk tiga anggota polis mengalami kecederaan selepas ditembak oleh beberapa ahli kumpulan pengganas Boko Haram ketika menyerang sebuah balai polis, bank dan bar, semalam. Seorang pegawai kanan Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria di Geidam berkata, lelaki-lelaki bersenjata itu melakukan serangan bom dan senjata api ke atas sebuah balai polis dan bar di bandar Geidam, 160 kilometer dari Damaturu. “Tiga anggota polis mengalami luka tembakan dan seorang penduduk tercedera semasa lari menyelamatkan diri,” katanya. Tambahnya, keempat-empat orang itu kini sedang dirawat di hospital. - AFP

Anwar akui ada wakil rakyat PKR lupa tugas, abai tanggungjawab

28/11/2011 2:32am JOHOR BAHRU 28 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada wakil rakyat dari parti itu yang hidup senang lenang selepas memegang jawatan berkenaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan parti. Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Kelapan di sini semalam, Anwar dengan kesal berkata, perkara itu bertentangan dengan prinsip parti dan akhirnya menimbulkan masalah dalaman.

periksa saman Polis trafik anda jika ada

Image
Bagaimana untuk periksa saman Polis trafik anda jika ada 2. Semakan saman POLIS melalui SMS Taip POLIS SAMAN [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728 Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728 3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS Taip jpj your IC Number and send to 37773 Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773   4. Melalui SMS 15888 Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu: Taip POLIS SAMAN No Plat kenderaan dan hantar ke 15888 Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 check secara onlineSERVICES

Bagaimana untuk periksa jikalau anda punya saman JPJ

Image
SMS Services :: JPJ SMS :: Check your driving license expiry date, kejara points, class, JPJ summons status through SMS. Key in jpj your IC Number and send to 37773 Example: jpj 660104084938 and send to 37773

Mangsa banjir Kelantan bertambah

Image
PENIAGA tetap meneruskan perniagaan di tepi jalan raya sekitar pekan Rantau Panjang, Kelantan meskipun kawasan itu sudah ditenggelami banjir semalam. KOTA BHARU – Bilangan mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan semalam meningkat kepada 1,817 orang membabitkan 502 keluarga berbanding 1,184 daripada 288 keluarga kelmarin dengan mangsa terbaharu melibatkan jajahan Tumpat. Bagaimanapun, mangsa banjir di Kuala Krai dan Machang yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sudah dibenarkan pulang pada tengah hari semalam berikutan keadaan banjir di kawasan itu beransur pulih menjadikan enam daerah sahaja yang terlibat pada masa ini iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Pelbagaikan disiplin ilmu - Sultan Selangor

Image
SULTAN Sharafuddin (kiri) mengetuk tukul sebagai simbolik perasmian serta pengisytiharan bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru semua pegawai Mahkamah Syariah terutama Hakim Syarie supaya melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran besar. Titah baginda, kes-kes di Mahkamah Syariah kini bukan lagi hanya tertumpu kepada kes penceraian malah melibatkan kes tuntutan harta bernilai jutaan ringgit. Selain itu, baginda bertitah, cabaran turut membabitkan kes yang mencabar sensitiviti masyarakat seperti permohonan pengisytiharan bukan orang Islam. "Kecekapan dan ketegasan dalam pengendalian kes akan dapat menegakkan keadilan," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) di Persiaran Masjid semalam. Jakess berpindah ke bangunan baharu setinggi tujuh ...

Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

Image
INI memang senario paling lucu dalam industri hiburan tempatan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Bertambah lucu apabila ia datang daripada sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan! Jika ingin dilihat secara kasar, memang tidak masuk akal langsung apabila AIM yang tahun ini sudah masuk usia 18 tahun boleh melakukan kesilapan paling bodoh untuk jenama besar mereka. AIM 18 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut . Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Image
EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis. PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pneumokokal membawa maut maut

Image
MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya. Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini. Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus). Punca kematian kanak-kanak

Rakyat harus sedar dan sokong program kerajaan

Image
26/11/2011 2:35am       JELEBU 26 Nov. — Rakyat harus sedar tentang objektif program-program yang diperkenalkan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan mahu membantu mereka memiliki masa depan yang lebih baik. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, justeru rakyat perlu memberi sokongan dan dokongan kepada program-program ini agar ia dapat diterjemahkan dengan lebih baik. "Pembangkang tidak dapat buat perkara-perkara seperti ini walaupun mereka mempunyai pelbagai teori, jadi kita harus insaf bahawa di bawah gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, kita harus memberi dokongan kepada yang benar. "Ini saya rasa salah satu pencernaan perjuangan rakyat sendiri selain kerajaan juga memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmika...

Perdana Menteri ucap tahniah

Image
Perdana Menteri ucap tahniah Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI 2011 menewaskan Indonesia, semalam. Najib menerusi laman Twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan yang mendebarkan. "Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya. Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Amukan basikal hasil 4 emas

Image
Amukan basikal hasil 4 emas Fatehah Mustapha meluru dari belakang untuk memintas pelumba Filipina, Apryl Epperinger bagi memenangi emas acara pecut wanita akhir, Jakarta, semalam. JAKARTA - Pelumba negara 'mengamuk' pada hari terakhir acara basikal trek di Velodrom Rawamangun di sini, apabila menghasilkan empat pingat emas, semalam. Watak utama di sebalik kejayaan besar skuad basikal negara diterajui ratu pecut wanita Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net. Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah setelah juga memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu wanita pada hari pertama saingan. Dua lagi pingat emas semalam diraih Idros Yunos dalam acara pecut individu lelaki manakala Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi Omnium. Selain kilauan emas, pingat perak berjaya diraih oleh Mohd. Fattah Amri Zaid (pecut individu lelaki) dan Muhamad Adiq Husainie Othman dalam acara 30...

Renang berirama sapu bersih emas

Image
Renang berirama sapu bersih emas Atlet renang berirama negara mengangkat jurulatih mereka, Long Yan selepas menjuarai acara rutin bebas berpasukan di Kolam Renang Jakabaring, Palembang, semalam. PALEMBANG - Emas kelima renang berirama semalam membuktikan bahawa kita berada di kelas tersendiri dalam acara tersebut meskipun acara itu sudah 10 tahun tidak dipertandingkan. Rutin bebas berpasukan menjadi emas kelima milik renang berirama Malaysia, semalam sekali gus menyapu bersih ke semua pingat emas yang dipertandingkan dan menjadi antara acara penyumbang emas terbanyak di Palembang. Semalam Malaysia menghabiskan rutin dengan menduduki tempat pertama mencatat 75.363 mata mengetepikan Singapura di tempat kedua (73.101) dan tuan rumah meraih pingat gangsa (71.713. Jurulatih skuad renang berirama negara, Long Yan, dia amat gembira dengan pencapaian anak-anak buahnya walaupun pada hakikatnya menyedari peluang untuk melayakkan ke Sukan Olimpik 2012 London agak sukar. "Kita berada t...

KiddyTrack GPS untuk setiap anak kecil

Image
KiddyTrack GPS untuk setiap anak kecil Model menunjukkan set Kiddy Track yang baru dilancarkan. Sempat berkongsi pengalaman, Pengurus Besar KiddyTrack Sdn. Bhd., Simon Lim juga pernah melalui detik-detik kehilangan anak. “Ketika itu saya sekeluarga bercuti ke Pulau Pangkor. Saya mempunyai tiga anak perempuan. Saya membawa anak bongsu yang ketika itu berehat di chalet kerana dia mengantuk dan akhirnya saya pun tertidur sama. “Namun betapa paniknya saya apabila bangun dari tidur mendapati Anya, 3, tiada di sisi saya. Ketika itu saya sanggup menyerahkan apa saja asalkan anak saya ada di depan mata kembali,” cerita Simon pada awal sesi perkenalan KiddyTrack kepada pihak media. Bertitik tolak daripada kejadian yang menimpa dirinya itu, Simon telah menghasilkan KiddyTrack iaitu satu penyelesaian pengesan kanak-kanak yang pertama seumpamanya. Inovasi itu menggunakan teknologi GSM/GPS yang dikuasakan oleh teknologi mesin-ke-mesin (M2M) Maxis. “KiddyTrack telah dicipta untuk memenuhi ke...

Kes cabar Bersih.20 pertubuhan haram ditangguh 29 Mac

Image
Kes cabar Bersih.20 pertubuhan haram ditangguh 29 Mac 22/11/2011 12:01pm KUALA LUMPUR 22 Nov. – Permohonan anggota Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) termasuk pengerusinya, Datuk S.Ambiga untuk mencabar perintah Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram ditangguh sehingga 29 Mac tahun depan.

Palestin mohon campur tangan PBB batal sekatan Israel

Image
Palestin mohon campur tangan PBB batal sekatan Israel 22/11/2011 3:21am

4 syarikat penerbangan dilarang guna ruang udara Eropah

Image
4 syarikat penerbangan dilarang guna ruang udara Eropah 22/11/2011 11:52am BRUSSELS 22 Nov. - Kesatuan Eropah semalam menyenaraihitam empat syarikat penerbangan dari Filipina, Honduras, Republik Congo dan Demokratik Congo daripada menggunakan ruang udara di 27 buah negara anggota pertubuhan tersebut.

Demonstrasi: Menteri Kebudayaan Mesir letak jawatan

Image
Demonstrasi: Menteri Kebudayaan Mesir letak jawatan 22/11/2011 11:51am                                                                                                         Emad Abu Ghazi

Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah

Image
Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah 22/11/2011 11:52am      

ISU AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Dengar-dengar khabar mengatakankan bahawa PKR sibuk berusaha memansuhkan AUKU untuk universiti-universiti.Nyata ia adalah umpama menambah bebankan lagi pelajar-pelajar dengan mangambil object tambahan iaitu isu-isu politik dan berkaitan dengannya. apa yang pasti kajian menyeluruh harus lah dilakukan dari segi pengagihan masa pelajar untuk belajar dan ada masa untuk politik seandainya kedua-duanya mereka kena ambil. Dari segi pemantauan dan perhatian hanya pelajar melayu sahaja yang akan active pada politik such as PAS , UMNO , PKR dan pelbagai lagi yang ada. Jika pemerhatian teliti bukan semua pelajar melayu ini yang betul-betul ready untuk ini.takut jikalau mereka akan ketinggalan objectif sebenar dalam pembelajaran mereka sendiri angkara sibuk kan politik. Bagy saya pelajar-pelajar atau mahasiswa adalah benteng pada negara.Sebab seandainya lah semua domocratic law yang ada fail dan perundangan tumbang.Yang ada untuk mempertahankan negara adalah yang cerdik-cerdik pandai.univers...

Petua tanam flokoli

Image
Flokoli boleh mengubat stres, sakit kepala dan anti kanser.

Usahawan muda ternak ikan keli

Image
PROSES suntikan penggalak akan memudahkan ikan keli betina menjalani proses bertelur.

Hikayat Merong Mahawangsa [2011]

Image

Blind [K-Movie] (2011)

Image
Blind [K-Movie] (2011)

Eternal First Love [J-Movie] (2010) BDRip MKV

Image
Eternal First Love [J-Movie] 20 September, 2011

DeadHeads (2011) BRRip 720p MKV

Image
DeadHeads (2011)

Alamak Toyol (2011) (Malay) PPVRiP MKV

Image
Alamak Toyol (2011) (Malay) PPVRiP MKV | 379 MB

Lynas pasang alat bacaan radiasi bukti ketelusan

Image
Lynas pasang alat bacaan radiasi bukti ketelusan                   KUANTAN 20 Nov. - Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) memasang dua unit alat khas yang dikenali sebagai Aerosol Monitoring System (AMS) di tapak kilang tersebut di Gebeng bagi memantau kualiti udara termasuk tahap pencemaran radiasi. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, sebuah lagi alat tersebut yang bernilai RM700,000 setiap satu akan dipasang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan tidak lama lagi. "Operasi alat ini dipantau Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bagi membuktikan ketelusan kami. Orang ramai pada bila-bila masa boleh mengetahui bacaan alat ini termasuk secara dalam talian. "Menerusi alat itu, mereka boleh ketahui sendiri yang operasi kami kelak tidak mendatangkan bahaya seperti mana ditohmah pihak-pihak tertentu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang te...

2,000 peluang kerja ditawarkan oleh Lynas - kerja kosong

2,000 peluang kerja ditawarkan oleh Lynas KUANTAN 20 Nov. - Pembukaan kilang Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang di samping bakal merancakkan aktiviti ekonomi setempat. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad berkata, buat permulaan Lynas telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir. "Selain itu kami turut mengambil 250 pekerja kontrak untuk bekerja di sini sebagai kumpulan sokongan kepada syarikat ini. Malah, semua kakitangan Lynas termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali empat pakar nadir bumi dari China," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada media mengenai perkembangan terkini kilang tersebut di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini kelmarin. Tambah beliau, industri sokongan juga akan menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan tamba...

NGO desak kerajaan negeri baiki kualiti bekalan air

Image
NGO desak kerajaan negeri baiki kualiti bekalan air               KUALA LUMPUR 20 Nov. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pengguna di negara ini mendesak supaya kerajaan Pas negeri Kelantan mengambil tindakan segera bagi memperbaiki kualiti bekalan air di negeri itu. Ini kerana NGO-NGO berkenaan bimbang rakyat di negeri itu akan berterusan teraniaya apabila terpaksa menerima bekalan air yang tidak bersih dan mengancam kesihatan. Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, isu bekalan air tidak bersih sudah lama berlarutan di Kelantan dan kerajaan negeri sepatutnya sudah mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah itu. “Apa yang kita lihat sekarang, kerajaan negeri tidak prihatin terhadap pengguna di Kelantan dan tidak pernah mengambil inisiatif. Kita kecewa dengan kerajaan negeri Kelantan kerana tidak mengatasi isu yang merupakan satu keperluan bagi semua orang,” katanya ke...

Rakyat diancam penyakit berjangkit

Image
Rakyat diancam penyakit berjangkit           BACHOK 20 Nov. – Kajian saintifik mengenai tahap kualiti air yang didedahkan akhbar ini hari ini membuktikan rakyat Kelantan terutama golongan tua dan kanak-kanak berhadapan dengan ancaman besar penyakit berjangkit yang berpunca daripada air. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berpendapat, keputusan kajian yang mengejutkan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air sejak Pas mengambil alih pemerintahan negeri ini kira-kira 20 tahun lalu. Justeru, katanya, rakyat Kelantan yang semakin terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit itu perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan sejak sekian lama. “Setiap kali pilihan raya umum kita (BN) kalah, kita tak dapat selesai masalah ini (air), negeri lain, Melaka umpamanya bila BN menang, banyak perkara dan masalah dapat diselesaikan. “Juster...

Pengguna tolak cubaan menutup Kedai Rakyat

Image
Pengguna tolak cubaan menutup Kedai Rakyat         KUALA LUMPUR 20 Nov. - Cubaan parti pembangkang memburukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) tidak menghalang pengguna untuk terus berbelanja di kedai tersebut. Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati pengguna bukan sahaja membantah sekeras-kerasnya cubaan menutup kedai rakyat itu tetapi mahu ia dibuka lebih banyak lagi. Mereka turut sepakat kualiti produk Kedai Rakyat juga lebih baik atau sama seperti produk lain, malah lebih selamat kerana dijamin kerajaan. Siti Rohaya Abd. Karim, 27, berkata, dia tidak bersetuju jika ada pihak yang cuba menutup Kedai Rakyat sedangkan ia membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah. "Murah tidak bermaksud produk Kedai Rakyat tiada kualiti," katanya. Samsudin Rahmat, 48, berkata, Kedai Rakyat mampu menggelakkan pengedar atau kedai-kedai di luar menaikkan harga sesuka hati. "Saya cadangkan setiap kawasan Parlimen dibuka satu Kedai Rakyat unt...

Logam berbahaya dalam air lumrah

Image
Logam berbahaya dalam air lumrah KOTA BHARU 20 Nov. - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendakwa kemunculan bakteria dan logam berbahaya dalam air adalah sesuatu yang lumrah dan ia berlaku di semua negeri dan bukan di Kelantan sahaja. Pengurus Besar AKSB, Ir. Mohamad Hanapi Mahmud berkata, syarikat perkhidmatan air di semua negeri berhadapan dengan situasi serupa dan apa yang sentiasa dilakukan adalah pemantauan berkala oleh syarikat dan Kementerian Kesihatan terhadap tahap keselamatannya. "Kalau betul air di Kelantan sekotor sebagaimana digambarkan, sudah lama habis mati semua rak-yat negeri ini," katanya ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini. Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko. Kementerian Kesihatan menerus...

Jangan anak tiri bangsa sendiri

Image
Jangan anak tiri bangsa sendiri     IPOH 20 Nov. - Pemimpin Melayu dalam kerajaan diingatkan supaya tidak menganaktirikan bangsa sendiri semata-mata mahu memenangi hati kaum lain kerana ia hanya akan mengakibatkan orang Melayu terus ketinggalan. Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, selepas Pilihan Raya Umum 1999, ada pemimpin yang membuat andaian bahawa survival politik kerajaan bergantung kepada undi orang Cina dan India. "Sedangkan undi orang Melayu yang meletakkan mereka di tampuk pemerintahan. Malah, selepas Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai cara dilakukan untuk menarik sokongan mereka. "Kenapa tidak labur jutaan ringgit untuk ajak parti Melayu Islam untuk mengukuhkan perpaduan ummah," katanya pada Forum Titah Raja Muda Perak di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 2011 di sini hari ini. Mohd. Annuar turut dukacita dengan beberapa tindakan melampau parti komponen Barisan ...

Rangka kerja wujudkan FTA ASEAN+1

Image
Rangka kerja wujudkan FTA ASEAN+1     NUSA DUA, BALI 20 Nov. - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 yang berakhir semalam bersetuju menyediakan rangka kerja ke arah mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Asia Timur yang menggabungkan 10 negara ASEAN dan enam rakan dagangnya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja itu juga akan mengambil kira kepentingan ASEAN dan memastikan ‘pemusatan ASEAN’ dalam kewujudan FTA ASEAN+1 itu. Katanya, sidang itu dalam memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Ekonomi Komprehensif telah mengambil maklum cadangan-cadangan rakan dialognya China dan Jepun untuk memperluaskan integrasi ekonomi kawasan Asia Timur. Turut diperakukan ialah Rangka Kerja Pembangunan Ekonomi Saksama bagi memastikan integrasi ekonomi memanfaatkan seluruh rakyat di rantau ASEAN dan merangkumi inisiatif baru seperti kiriman wang antarabangsa dan akses pembiayaan kepada semua. Beliau menegaskan, sebarang keputusa...

Rayu Sultan Kedah campur tangan isu madrasah

Rayu Sultan Kedah campur tangan isu madrasah ALOR SETAR 20 Nov. – Seluruh jemaah dan ahli kariah Madrasah Salihiah memohon Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah agar campur tangan bagi menghalang tindakan kerajaan negeri membenarkan kerja-kerja merobohkan madrasah itu untuk dibina kompleks beli-belah. Pengerusi madrasah, Ahmad Hamzah berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil sekiranya kerajaan negeri terus membenarkan pengambilalihan itu dan mahu membina surau di bawah Kompleks Tunku Yaacob tersebut. “Kita mungkin mempersembahkan rayuan kepada Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam negeri kerana kerajaan negeri ketika ini mengetepikan syiar Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. Ahli-ahli kariah dan masyarakat Islam setempat baru-baru ini membantah tindakan kerajaan Pas Kedah mahu merobohkan madrasah itu bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah di atas tanah wakaf tersebut. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, madra...

Saya jadi mangsa media sosial - PM

Saya jadi mangsa media sosial - PM KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan. Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar. ''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita. ''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat t...

Seri Paduka tiba untuk lawatan ke benua Antartika

Image
Seri Paduka tiba untuk lawatan ke benua Antartika TUANKU Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan beramah mesra dengan veteran perang dunia kedua di Malaya (Malaysia) ketika diberikan sambutan selamat datang di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch, New Zealand, semalam. - bernama CHRISTCHURCH 20 Nov. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tiba di sini sempena lawatan khas ke benua Antartika. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch kira-kira pukul 9.25 pagi waktu tempatan (4.45 pagi waktu Malaysia). Ketibaan baginda disambut Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker dan isterinya, Joanna Nicholls-Parker, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Datuk Mazlan Muhammad dan pegawai kanan Suruhanjaya Tinggi. Seri Paduka diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Salleh Mohd. Nor dan Pengarah Pusat Penyelid...

Slogan khas BN Pilihan Orang Muda

Slogan khas BN Pilihan Orang Muda KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda . Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan itu dilancarkan Presiden UMNO sejurus selepas menyampaikan amanat kepada pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO pada Majlis Amanat Presiden Kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. "Presiden telah melancarkan slogan baru untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis amanat itu. Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasional disegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu. "Sekarang kita segarkan semul...

Kehadiran lebih 500,000 pengunjung bukti jenama BN terus diterima

Kehadiran lebih 500,000 pengunjung bukti jenama BN terus diterima KUALA LUMPUR 20 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang kecacatan pada jenama Barisan Nasional (BN) dan yakin ia akan terus diterima oleh rakyat Malaysia. Beliau berkata, sebagai buktinya lebih setengah juta rakyat Malaysia, khususnya golongan muda hadir di sepanjang Karnival Kerjaya Pemuda BN, walaupun ada sesetengah pihak sangsi dengan penerimaan masyarakat terhadap jenama BN. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, selagi mana produk dan perkhidmatan yang disediakan parti itu menepati cita rasa serta mengambil kira kehendak rakyat, program yang dilaksanakan pasti akan mendapat sambutan. Menurutnya, begitu juga dalam soal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika calon yang dikemukakan BN mempunyai ciri-ciri sebagai calon yang boleh menang, tiada sebab untuk parti itu ditolak oleh rakyat. "Sekiranya ada pihak yang sangsi dengan jenama BN, maka kesangsian mereka meleset. Buktinya K...

UMNO tuntut Parlimen Wangsa Maju

UMNO tuntut Parlimen Wangsa Maju KUALA LUMPUR 20 Nov. - UMNO Bahagian Wangsa Maju menuntut kawasan Parlimen tersebut dikembalikan kepada calon daripada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sejajar dengan dasar pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang hanya mahu meletakkan calon boleh menang. Ketuanya, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah menegaskan, ia juga berikutan keputusan dan desakan sebulat suara pergerakan Pemuda UMNO di situ dalam mesyuarat baru-baru ini, selain selepas mendengar reaksi beberapa parti komponen BN serta sambutan masyarakat di peringkat akar umbi. "Kami mahukan kawasan Parlimen ini ditandingi semula calon UMNO kerana peluang untuk merampas kerusi lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang," katanya di sini, hari ini. Mohd. Shafei yang juga Pengerusi BN Parlimen Wangsa dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, komposisi terbaru penduduk di kawasan berkenaan iaitu 55 peratus bumiputera, 50 peratus (Cina), lapan pera...

Pandangan Dr. M cabaran UMNO

Pandangan Dr. M cabaran UMNO KUALA LUMPUR 20 Nov. – Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO. “Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja. “Malah saya tidak nafikan bahawa apa yang berlaku itu boleh membelenggu proses dalam kita merombak atau melakukan transformasi kepada parti, lebih-lebih lagi menentukan kelangsungan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. “Dan mengenali Tun (Dr. Mahathir), menjelang persidang...

Amanat Presiden UMNO pendekatan terbaik

Image
Amanat Presiden UMNO pendekatan terbaik Najib Tun Razak (tengah) turut menyanyikan lagu UMNO pada Majlis Amanat Presiden Parti kepada Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Naib Presiden UMNO (dari kiri) Mohd. Shafie Apdal, Hishammuddin Tun Hussin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan). - bernama KUALA LUMPUR 20 Nov. - Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merupakan satu suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, amanat yang disampaikan Presiden khas kepada Pemuda dan Puteri itu merupakan satu program yang julung kali diadakan bagi mengingatkan kepada ahli parti generasi muda tentang pelbagai perkara terutama berhubung ...

My Future Boyfriend (2011)

Image
 My Future Boyfriend (2011)

Kubur Tak Bertanda (2011)

Image
 Kubur Tak Bertanda (2011)

MARDI giat ganda dorper

Image
Biri-biri Dorper mula dibawa masuk ke negara ini pada tahun 2006. SEJARAH biri-biri di negara ini bermula sejak 50 tahun lalu. Tetapi biri-biri yang biasa terdapat di negara empat musim tidak sesuai dengan persekitaran negara yang panas dan lembap. Ketika itu banyak biri-biri di negara ini yang berpenyakit malah mati akibat tidak dapat bertahan dengan cuaca di negara ini. Pada awal tahun 1980-an, penternak menternak biri-biri baka rerambut seperti Barbados, Black Belly, Santa Ines, Bali-Bali, St. Croix dan Novada yang sesuai dengan keadaan cuaca tropika kerana tidak mempunyai bulu yang tebal.

Peluang sertai kursus walet

Image
Suzana Jasmin menunjukkan beberapa produk berasaskan burung walet di Alor Gajah, baru-baru ini. MEREKA yang berminat dalam industri burung walit berpeluang menceburi bidang tersebut dengan menyertai kursus lanjutan yang dianjurkan AQ Walit Training Centre di Alor Gajah, Melaka pada 12 dan 13 November ini. Kursus berkenaan merupakan susulan daripada beberapa siri sebelum ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang mahu berjinak-jinak dalam bidang berkenaan. Menurut Pengurus Syarikat, Suzana Jasmin, bengkel berkenaan melibatkan beberapa sesi yang akan membincangkan pelbagai topik penting dalam perusahaan walit. Antara topik tersebut ialah potensi dan senario industri walit di negara ini, perancangan pembinaan perumahan burung walet dan teknik teknik pelaksanaan yang terkini. Topik yang tidak kurang penting ialah kawalan musuh walit, kaedah memasak sarang burung dan produk hiliran.

Najib wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Honolulu

Image
HONOLULU 11 Nov. - Malaysia akan menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini dalam suasana kemelesetan ekonomi semakin buruk di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang dibimbangi boleh merebak ke negara-negara lain dan menjejaskan ekonomi global. Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri sidang ke-19 itu bermula Jumaat telah menyatakan kebimbangan berkenaan pada mesyuarat peringkat Menteri Kewangan APEC hari ini.

Faralyna Idris seronok berlakon kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai

Image
“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,” kata Faralyna Idris ketika sidang preview media filem Klip 3gp.

Cantik Fasha Sandha di Majalah GLAM

Image
Fasha Sandha muncul sebagai cover model untuk majalah personaliti hiburan, GLAM edisi November 2011. Cover majalah ini menampilkan Fasha Sandha mengenakan gaun Bottega Gown dan gelang Yves St. Laurent, diamil di rumah pereka fesyen terkenal tanahair, Rizalman Ibrahim. Hakikatnya, Fasha kelihatan sungguh gorgeous walaupun tohmahan, kontroversi dan kritikan diterimanya sepanjang bergelar selebriti.

Hattan akhiri zaman duda

Image
Hattan akhiri zaman duda                             KUALA LUMPUR 11 Nov. - Setelah menduda hampir enam tahun, akhirnya penyanyi Hattan selamat bernikah dengan pasangannya malam ini. Majlis yang diadakan secara tertutup tetapi meriah dihadiri hampir 100 keluarga terdekat dan sahabat handai penyanyi berkenaan. Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah itu selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ketika dihubungi selepas majlis akad nikah, Hattan mengucap syukur dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar suami. Bagaimanapun Hattan belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang berusia awal 30-an itu. "Bila tiba masa yang sesuai baru saya akan perkenalkan dia," kata Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin. Turut menyaksikan majlis tersebut, anak tunggal H...

Lan A to Z tamatkan status duda

Image
Lan A to Z tamatkan status duda       HULU SELANGOR 11 Nov. - Norazlan Abdul Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Lan A To Z yang menduda selama lebih empat tahun, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nur Ain Daud, 24, di sini hari ini. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada pukul 11.20 pagi. Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00 iaitu sempena tarikh hari lahirnya yang ke-24, hari ini. Lan yang dikenali melalui lagu Itik Gembo-Gembo dan Darjat memberitahu, dia mengenali isterinya itu sejak tiga tahun lepas. "Mungkin disebabkan fobia kegagalan perkahwinan pertama membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkahwin kali kedua. "Harapan saya hanya satu agar perkahwinan kali ini memberikan kebahagiaan buat saya," katanya. Sementara itu, majlis resepsi akan be...

Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

Image
Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik                       KUALA LUMPUR 11 Nov. - Parti pembangkang digesa tidak mempolitikkan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, sebaliknya, usaha murni itu perlu disokong kerana Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang keperluan akibat ketidaktentuan ekonomi global.